window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul?

Khairil ยท Jan 29, 2022 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul? 01

Sebagai model generasi baharu, Yamaha YZF-R15 V4 sememangnya mengalami perubahan agak besar terutama dari sudut reka bentuk dengan ia cukup jelas mirip satu lagi penawaran terkini jenama itu, YZF-R7 yang juga baru dilancarkan tahun lalu di peringkat global.

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul? 02

Selain panel  badan yang dikatakan lebih aerodinamik, ia juga lebih 'seksi' menerusi rekaan lampu depan lampu utama LED tunggal yang diapit oleh sepasang lampu siang (DRL). Dan lebih menarik, ia turut dilengkapkan dengan pelbagai komponen menarik dan ada kalanya tampak premium untuk motosikal dalam kelasnya. 

Juga baca: Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k!

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul? 03

Antaranya ialah fork jenis terbalik (USD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda belakang dan depan, sambungan Y-Connect, Klac Assist & Slipper, lampu depan dan belakang LED, suspensi belakang monoshock dengan lengan ayun aluminium dan lampu kecemasan.

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul? 04

Untuk varian tertinggi YZF-R15M V4 pula, ia dipadankan dengan pelbagai lagi 'jajan' buat kaki motor seperti 'Quick Shifter', 'Traction Control System' (TCS), YZR-M1 Styled Triple Clamp, Panel meter digital ala YZR-R1, Switch Off dan dua mod tunggangan.

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul? 05

Di bahagian trenkuasa, Yamaha YZF-R15 V4 menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama teknologi VVA (Variable Valve Actuation).

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul? 06

Kuasa yang dihamburkan adalah 19.3 PS pada 10,000 rpm dan tork maksimum 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

Yamaha YZF-R15 V4 bakal tiba di Thailand tahun ini, Malaysia menyusul? 07

Sekalipun perkhabaran itu jelas menarik, namun tiada tarikh tepat bila jentera itu bakal dilancarkan di Thailand dan persoalan lebih utama, adakah Malaysia bakal menjadi destinasi seterusnya? Sama-sama kita nantikan berita baik daripada Hong Leong Yamaha Motor.

Juga baca: Warna baharu untuk Yamaha YZF-R15 2021 di pasaran tempatan, Silver, harga kekal RM 11,988!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda