window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!

Khairil · Sep 21, 2021 06:45 PM

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 01

Yamaha Motor India, hari ini melancarkan model yang ditunggu-tunggu di seluruh dunia, Yamaha YZF-R15M dan YZF-R15 V4 sekaligus menjadi negara pertama 'World premiere' memperoleh model generasi keempat jentera 'Sportbike' aras mula popular jenama itu.

Yamaha YZF-R15M 2021 ditawarkan pada harga ₹ 1.77 lakh (RM 10,110) di Delhi dengan pilihan warna tunggal, Metallic Grey.

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 01

Yamaha YZF-R15M 2021

Kepada yang mahukan versi lebih istimewa, pilihan Yamaha YZF-R15M Monster Energy Yamaha MotoGP Edition juga ditawarkan dengan tawaran harga ₹ 1.79 (RM 10,224).

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 02

Yamaha YZF-R15M Monster Energy Yamaha MotoGP Edition

Tiga pilihan warna ditawarkan untuk Yamaha YZF-R15 V4 iaitu Racing Blue, Dark Knight dan Metallic Red dengan harga pengenalan ₹ 1.68 lakh (RM 9,559) mengikut tukaran wang semasa.

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 03

Metallic Red

Sebagai generasi baharu, Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendapat perubahan yang signifikan termasuk dari sudut teknologi dan reka bentuk yang pastinya lebih mengujakan.

Antara ciri-ciri menarik yang dipadankan kepada model terbaharu ini termasuklah Traction Control System (TCS) dan teknologi Quick Shifter yang kebiasaannya hanya ditemui dalam motosikal bersesaran tinggi dan premium.

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 04

Dark Knight

Ciri-ciri menarik dan premium lagi termasuklah penggunaan fork jenis terbalik (USD), sambungan Bluetooth dengan Yamaha Motorcycle Connect dan kluster instrumen meter terbaharu yang diinspirasi daripada model 'Superbike' YZF-R1 yang lengkap dengan petunjuk gear dan mod tunggangan.

Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 05

Racing Blue

Dari sudut reka bentuk, seperti yang tersebar sebelum ini, Yamaha YZF-R15 V4 tampil dengan penggayaan baharu yang mengambil inspirasi model terbaharu jenama itu, Yamaha YZF-R7.

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 06

Selain lebih menarik dan 'sedap' mata memandang, rekaan terbaharu itu tampil lebih aerodinamik dan semakin mirip jentera berkuasa tinggi.

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 07

Dari bahagian trenkuasa, Yamaha YZF-R15 V4 2021 menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, 4 Injap, SOHC lengkap dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

Juga baca: Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic

Trenkuasa itu kemudian digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan Assist & Slipper Clutch manakala kuasa maksimum yang dihamburkan adalah 18.1 Hp pada 10,000 rpm dan tork 14.2 Nm pada 7,500 rpm. 

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 08

Bagi meningkatkan keyakinan ketika menunggang, sistem henti motosikal dengan berat 142 kg ini menggunakan cakera tunggal bersaiz 282 mm (depan) dan 220 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. 

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 09

Pengerusi Yamaha Motor India, Motofumi Shitara ketika pelancaran berkata YZF-R15 V4 membawa DNA yang sama dengan jentera 'Sportbike' aras tinggi jenama berkenaan, YZF-M1 & YZF-R1 dengan model itu mengaplikasinya teknologi terbaharu Yamaha yang diperoleh daripada aktiviti sukan bermotor.

Juga baca: Warna baharu untuk Yamaha YZF-R15 2021 di pasaran tempatan, Silver, harga kekal RM 11,988!

Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k! 10

Tidak dapat dipastikan bila model terbaharu R15 ini tiba di pasaran Malaysia namun apa yang dapat dipastikan, kehadirannya pasti membuatkan ramai teruja.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda