window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic

Khairil ยท Jan 22, 2021 09:00 AM

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic 01

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), hari ini mengemaskini motosikal Sportbike popularnya, YZF-R25 bagi versi 2021 dengan menambah corak warna baharu iaitu Cyan Metallic.

Perkembangan menarik itu diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia dan selain Cyan Metallic, warna rasmi Yamaha Blue turut dikekalkan.

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Pendominasi kuasa dan gaya, inilah Yamaha R25, kini hadir dengan pilihan warna baharu, Cyan Metallic untuk penunggangan yang lebih teruja. Anda sendiri boleh rasai keterujaanya hari ini di Pengedar Sah Yamaha yang berdekatan dengan anda."

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic 01

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi mekanikal berbanding versi yang dilancarkan pada 2019 lalu. Ia masih menggunakan enjin bersesaran 249cc, Penyejuk Cecair, DOHC, 2 Silinder, 8 Injap yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 35.5Hp pada 12,000rpm dengan Tork 22.6Nm pada 10,000rpm.

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic 02

Antara ciri-ciri lain adalah sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, sistem brek cakera 2-piston di depan serta brek cakera piston tunggal di belakang.

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic 03

Selain lampu depan berkembar yang agresif menggunakan LED yang diinspirasikan daripada Superbike R1, R25 turut didatangkan dengan panel instrumen digital LCD dengan pelbagai info selain rekaan suis 3 dalam 1.

Tampil dengan rekaan yang ergonomik dan sporty, YZF-R25 yang menggunakan kerangka badan jenis berlian mempunyai ketinggian tempat duduk 780mm, tangki bahan api sebesar 14.3 liter.

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic 04

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic 05

Bagi model 2020, harga yang disyorkan oleh HLYM untuk YZF-R25 adalah sebanyak RM19,998 (tanpa kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Begitupun, harga untuk versi 2021 masih belum diumumkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda