window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat?

Khairil ยท Aug 13, 2021 10:00 AM

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 01

Yamaha YZF-R25 tidak dinafikan antara motosikal 'Sportbike' aras mula paling laris di rantau ini termasuk Malaysia dan laporan mengenai model ini sedang menjalani ujian di negara jiran, Indonesia baru-baru ini cukup dialu-alukan.

Di Malaysia, generasi kedua (V2) R25 baru saja mendapat kemaskini kosmetik dengan penawaran warna baharu, awal tahun ini dan ia dijual pada tanda harga asas RM 19,998.

Juga baca: Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat seragam baharu, Cyan Metallic

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 01

Yamaha YZF-R25 2021 di pasaran Malaysia

Begitupun, hakikat pahit yang perlu ditelan, populariti model ini kian menguncup dengan kehadiran beberapa pesaing lebih berkuasa dan canggih antaranya Honda CBR250RR 2021 dan Kawasaki Ninja ZX-25R (di pasaran negara lain).

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 02

Honda CBR250RR 2021 (kiri) dan Kawasaki Ninja ZX-25R

Untuk kekal bersaing, Yamaha pastinya perlu melakukan kemaskini dan menurut daripada media di Indonesia mahupun Jepun, perubahan drastik atau generasi baharu diperlukan.

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 03

Dan berpandukan kepada imej intip yang tular di Indonesia yang melihatkan Yamaha R25 sedang ditunggang uji, Yamaha benar-benar melakukannya terutama dari sudut rekaan yang lebih moden.

Juga baca: Generasi baharu Yamaha YZF-R15 diintip di India, mirip YZF-R7!

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 04

Sekalipun imej berkenaan dipenuhi pelekat penyamaran, dapat dilihat model sportbike yang sedang ditunggang uji itu tampil dengan rekaan baharu terutama di bahagian lampu depan yang mirip 'abangnya' termasuk yang baru dilancarkan, Yamaha YZF-R7.

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 05

Memiliki ruang angin di bahagian tengah bersama lampu projektor LED, ia diapit oleh lampu siang (DRL) yang seakan lampu utama.

Selain perubahan rekaan, imej berkenaan turut menunjukkan perubahan dari sudut penggunaan ekzos dan menariknya, ia juga menggunakan fork jenis terbalik (USD).

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 06

Tiada maklumat sahih yang diperoleh dari sudut trenkuasa tetapi jika mahu terus bersaing, Yamaha dikatakan perlu melakukan sesuatu termasuk menaiktaraf enjin sedia ada malah lebih drastik, penggunaan enjin 3 silinder.

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 07

Yamaha YZF-R7

Sekalipun kemungkinan itu ada, idea berkenaan begitupun ditepis media dari Jepun berikutan dari sudut kos dan sebagainya.

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 08

Justeru, ia dijangka akan kekal menggunakan trenkuasa sedia ada 2 Silinder namun teknologinya dipertingkatkan sekurang-kurangnya untuk bersaing dengan Honda CBR250RR ataupun Kawasaki Ninja 250.

Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

Yamaha YZF-R25/R3 V3 jalani ujian di seberang, betul ke pelancaran sudah dekat? 09

Dan berikutan usia YZF-R25 V2 yang masih belum terlalu 'tua', baru melepasi angka dua tahun juga, kemungkinan untuk generasi ketiga dilancarkan dalam tempoh terdekat dikatakan nampak tipis.

Malah berdasarkan jangkaan daripada media di Jepun, Kojintekibikematome.blog.jp tempoh paling awal adalah pada penghujung tahun depan. Jadi, sama-sama kita nantikan dengan penuh sabar.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda