window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

Khairil · May 19, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 01

Seperti dijangka, jentera Supersport kelas pertengahan itu dibangunkan daripada asas model 'Naked' popular Yamaha, MT-07 versi terbaharu yang menyaksikan segala spesifikasi termasuk trenkuasa diambil daripada motosikal berkenaan.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 02

Yamaha MT-07 2021

Justeru, trenkuasanya datang daripada enjin CP2 bersesaran 689 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 8 Injap, DOHC. Kuasa yang dapat dijana ialah 73.4 PS pada 8,750 rpm dengan tork 67 Nm pada 6,500 rpm.

Juga baca: Yamaha ganti R6 dengan R7? MT-07 jadi platform!

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 03

Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, ia turut dilengkapi sistem Assist & Slipper (A&S) manakala sebagai tambahan, teknologi Quick Shift System (QSS) turut boleh didapati secara pilihan.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 04

Sebagai jentera baharu, YZF-R7 datang dengan tetapan ECU yang baharu dan tetapan pengisisan yang lebih optimum yang memberi lebih penekanan kepada kawalan dan 'throttle response' bagi pengendalian dan pecutan yang lebih responsif.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 05

Dari sudut reka bentuk, Yamaha YZF-R7 tampil memikat sama seperti 'saudaranya' dalam siri 'R' terutama R6 yang sememangnya mempunyai rekaan yang menarik, sporty dan 'menggiurkan'.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 06

Di bahagian depan, ia menggunakan lampu utama LED tunggal di bahagian tengah yang kemudian diapit oleh dua lampu siang (DRL) di bahagian kiri dan kanan dengan kesemua sistem lampu menggunakan LED penuh.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 07

Seperti motosikal moden lain, ia menggunakan panel instrumen digital penuh LCD dengan rekaan baharu yang memaparkan segala maklumat seperti penunjuk aras gear dan sebagainya.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 08

Sebagai jentera Sportbike yang boleh 'dilenjan' di litar atau jalanan biasa, Yamaha YZF-R7 dipadankan dengan fork depan jenis upside-down 41 mm boleh laras manakala suspensi belakang menggunakan jenis monocross dengan ciri preload dan rebound.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 09

Seperti MT-07, sistem brek yang digunakan Yamaha YZF-R7 juga sama. Ia dilengkapi sistem brek cakera berkembar 298 mm di bahagian depan dengan kaliper brek 4-piston yang lengkap dengan radial master cylinder daripada Brembo. Bahagian brek belakang pula menggunakan cakera tunggal dengan saiz 245 mm beserta ABS.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 10

Untuk tayar, ia menggunakan saiz 120/70-R17 di bahagian depan dan 180/55-R17 (belakang) yang dipadankan dengan rim aloi. Ciri-ciri lain adalah ketinggian pelana 835 mm, berat 188 kg dan tangki bahan api 13 liter.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 11

Ketika ini, pilihan warna yang ditawarkan bagi Yamaha YZF-R7 adalah dua iaitu Icon Blue dan Yamaha Black.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 12

Sebagai info, kehadiran YZF-R7 adalah untuk mengisi lompong yang ditinggalkan oleh 'adiknya', YZF-R6 yang tidak lagi dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat berikutan piawaian emisi.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 13

Menurut Yamaha, YZF-R7 akan berada di pasaran Eropah mulai bulan Oktober 2021 sebagai model tahun 2022. Begitupun, tiada tanda harga yang dipaparkan.

Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps! 14

Tetapi di Amerika Syarikat, harga yang ditawarkan bagi jentera berkenaan adalah $ 8,999 iaitu bersamaan RM 37,131 dengan jualannya akan bermula pada pada bulan depan. Menarik bukan harganya di sana. Tapi sebagai makluman, jangan mengharapkan ia dijual pada tanda harga sama jika ia tiba di Malaysia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda