window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je!

Haris · Aug 30, 2021 04:00 PM

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 01

Yema mungkin bukan jenama yang popular untuk kebanyakan rakyat Malaysia tetapi jenama ini terkenal sebagai jenama klon selepas ‘berjaya’ menghasilkan model terkenal antarabangsa, antaranya Audi dan BMW.

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 02

Terbaru, Yema telah memilih untuk mengklon Geely Boyue (dijual di sini sebagai Proton X70) sebagai model SUVnya, Yema Bojun (博 骏). Malah, nama dalam karakter Mandarin juga turut ‘meniru’ nama Boyue (博 越).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 01

Dari segi reka bentuk, memang tak perlu diterangkan lagi. Yema jelas meniru Boyue / X70. Selain daripada bilah gril menegak dan lambang Yema, anda akan sukar untuk membezakannya dengan Geely Boyue. ‘Inspirasi’ ini juga berlanjutan sehingga profil sisi kenderaan, Bojun dilihat mempunyai garis badan yang mencapah ke atas selepas tiang C - sama seperti Geely Boyue.

Baca: Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 02

Sekilas pandang, bahagian belakang Bojun memang salin tak tumpah dengan Boyue. Bojun memiliki jalur yang menghubungkan kedua lampu belakang, serta dua muffler ekzos di bahagian bawah bumper.

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 03

Namun, tak semua mampu ditiru oleh Yema Bojun. Model Yema Bojun varian rendah dijana oleh enjin 1.5 liter NA petrol yang menghasilkan 109 PS dan 145 Nm, disambungkan ke transmisi manual 5-kelajuan atau automatik jenis CVT.

Varian yang lebih tinggi dari menawarkan enjin 1.5 liter turbocaj petrol, dengan puncak kuasa sehingga 150 PS dan 215 Nm. Enjin ini digandingkan secara eksklusif dengan transmisi automatik jenis CVT.

Baca: 12 kereta 'rebadge' paling pelik – dari Gen.2 China sampailah ke Hilux Jerman

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 04

Kabin dalaman Yema Bojun pula jauh berbeza dengan Boyue. Corong penyaman udara pada Boyue / X70 berada di atas skrin infotainment, manakala corong penyaman udara Bojun berada di sisi sistem infotainment.

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 05

Beberapa varian Bojun juga menawarkan meter instrumen digital dan juga sistem kawalan suhu digital. Namun, ia masih tidak dapat menyaingi kualiti kabin dalaman Boyue / X70 yang lebih baik.

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 06

Aspek keselamatan Yema Bojun agak mengecewakan. Varian asas Yema Bojun sekadar asas, hanya menawarkan 2 beg udara dan brek ABS. Kawalan kestabilan dan 6 beg udara hanya tersedia untuk varian spesifikasi teratas. Varian tertinggi juga menawarkan amaran perlanggaran hadapan (FCW) dan brek kecemasan berautonomi (AEB).

Yema Bojun - klon Proton X70 di China serendah RM 32k, tapi spesifikasi taraf Persona je! 07

 

Jadi berapa adakah berbaloi untuk membeli Yema Bojun? Di China, Yema Bojun berharga dari CNY 49,900 (~ RM 32k) untuk varian asas, manakala varian tertinggi adalah berharga CNY 129,900 (~ RM 84k) untuk varian turbo.

Sebagai perbandingan, Geely Boyue biasa berharga antara CNY 89,900 (~ RM 58k) hingga CNY 106,800 (~ RM 69k), sementara Boyue Pro berharga antara CNY 116,800 (~ RM 75k) hingga CNY 146,800 (~ RM 95k). Nilainya, anda tentukan.

Baca: Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda