window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan?

Khairil · Dec 15, 2021 08:00 PM

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan? 01

Seperti jangkaan, jagoan terbaharu Boon Siew Honda (BSH) Honda RS-X pantas mencipta sensasi dalam arena 'kapcai' tempatan sejak ia mula menjengah pasaran tempatan pada bulan lalu.

Selain reka bentuknya yang cukup menarik dan menggoda, ia tampil dengan penawaran harga berpatutan sekaligus bergelar antara kapcai 'panas' di pasaran ketika ini.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan? 01

Tampil sebagai model dengan sesaran enjin 150 cc, timbul persoalan bilakah model berkenaan bakal digunakan untuk berentap di pentas Cub Prix dan bersaing dengan sensasi Yamaha, YZ15ZR atau YSuku.

Ia berbeza dengan Yamaha Y16ZR yang tidak memenuhi spesifikasi untuk bersaing di pentas berkenaan berikutan sesaran enjinnya yang sedikit besar.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan? 02

Dan bagi menjawab persoalan itu, penantian untuk melihat Honda RS-X di pentas perlumbaan berprestij negara itu berkemungkinan tidak lama malah seawal tahun depan. 

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan? 03

Ia berikutan legenda sukan permotoran dua roda negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang juga pemilik pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing menayangkan jentera berkenan dengan seragam lumba pasukan itu.

Juga baca: Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan? 04

Shahrol Yuzy

Selain Yuzy, satu lagi pasukan Honda yang bersaing di pentas berkenaan, SCK Honda Racing Team turut menayangkan jentera terbaharu mereka yang dijangka beraksi di Cub Prix 2022.

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan? 05

Ketika ini, kem Honda menggunakan Honda RS150R sebagai jentera dan mereka berjaya merampas gelaran keseluruhan kelas utama CP150 pada tahun lalu daripada Yamaha menerusi pelumbanya, Md Helmi Azman (SCK Racing).

Sedikit info mengenai spesifikasi Honda RS-X, ia dikuasakan dengan enjin bersesaran 149.1 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, DOHC dengan Suntikan Bahan Api PGM-FI yang digandingkan dengan transmisi klac manual 6 kelajuan.

Yuzy tayang 'jagoan' baru, Honda RS-X berentap di Cub Prix musim depan? 06

Secara standard, kuasa yang dihamburkan model ini adalah setinggi 15.4 Hp pada 9,000 rpm dan tork 13.5 Nm pada 6,500 rpm.

Ketika ini, pelumba pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar sedang memimpin carta kedudukan pelumba CP150 berbaki 2 pusingan terakhir yang dijadualkan hujung minggu ini.

Juga baca: Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda