window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Zapata JetRacer, kereta terbang dikuasa 10 enjin jet-mikro, boleh capai kelajuan 250 km/j!

Khairil · Sep 20, 2022 06:00 PM

Zapata JetRacer, kereta terbang dikuasa 10 enjin jet-mikro, boleh capai kelajuan 250 km/j! 01

Franky Zapata, pencipta kelahiran Perancis yang juga bekas pemenang Jet Ski Dunia, baru-baru ini tampil dengan inovasi mengagumkan selepas menghasilkan kenderaan VTOL (Berlepas dan Mendarat Menegak) yang mirip kereta terbang diberi nama Zapata JetRacer.

Sebagai kenderaan yang bergerak di udara, Zapata JetRacer dihasilkan menggunakan bahan yang ringan dengan kerangka modular dan didakwa memiliki kebolehgerakan yang tinggi mirip pesawat ringan.

Zapata JetRacer, kereta terbang dikuasa 10 enjin jet-mikro, boleh capai kelajuan 250 km/j! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti namanya, JetRacer dijana 10 enjin jet mikro turbo dan mampu terbang setinggi 3,000 meter dan boleh mencapai kelajuan sehingga 250 km/j.

Juga baca: Ingin miliki motosikal terbang? Sediakan RM 2.9 juta untuk 'XTurismo Limited Edition', buatan Jepun!

Zapata JetRacer, kereta terbang dikuasa 10 enjin jet-mikro, boleh capai kelajuan 250 km/j! 01

Begitupun, firma yang menghasilkan kenderaan berkenaan tidak menyatakan berapa jauh jarak perjalanan yang boleh diharungi kenderaan itu.

Zapata JetRacer, kereta terbang dikuasa 10 enjin jet-mikro, boleh capai kelajuan 250 km/j! 02

Dan apa yang menarik, kereta terbang yang juga tampak mirip kerusi kereta 'Sportcar' terbang itu mampu membawa muatan maksimum hingga 200 kg.

Zapata JetRacer, kereta terbang dikuasa 10 enjin jet-mikro, boleh capai kelajuan 250 km/j! 03

Menurut Zapata, JetRacer dicipta untuk kegunaan awam namun ia sebenarnya cukup sesuai dalam sektor ketenteraan dan ia boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh.

Sebenarnya, Zapata yang turut diberi julukan 'The Flying Frenchman' sudah menghasilkan beberapa ciptaan berteknologi tinggi menarik antaranya Flyboard Air dan EzFly.

Zapata JetRacer, kereta terbang dikuasa 10 enjin jet-mikro, boleh capai kelajuan 250 km/j! 04

Ketika ini, Zapata JetRacer sedang menjalani ujian membabitkan orang awam di Amerika Syarikat justeru tiada maklumat mengenai harganya diperoleh.

Juga baca: JetPack Aviation Speeder, motosikal terbang yang dijangka terjah pasaran seawal 2023!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda