window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto?

Khairil ยท Mar 13, 2021 12:00 PM

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 01

Bukan lagi rahsia jenama motosikal keluaran MForce Bike Holdings (MForce), WMoto akan melancarkan sebuah model skuter maxi dengan enjin bersesaran 'besar' pada hujung minggu ini.

Sejak minggu yang lalu, laman Facebook rasmi syarikat berkenaan rancak memaparkan imej 'teaser' motosikal berkenaan selain menghitung hari menjelang pelancaran berkenaan.

Berdasarkan imej-imej berkenaan, jelas ia adalah sebuah model skuter dan selepas penelitian lanjut serta maklum balas pengguna di laman sosial berkenaan, ia cukup mirip model skuter buatan China iaitu Zongshen Cyclone RT3.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun belum dapat dipastikan 100 peratus, ramai berpendapat ia adalah model berkenaan yang tampil dengan reka bentuk moden selain padat dengan teknologi terkini.

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 01

Meneliti lanjut spesifikasi versi terbaharu Zongshen Cyclone RT3 yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu, ia jelas tidak kalah berbanding skuter maxi lain dalam kelas sama.

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 02

Sebagai tambahan, ia turut datang dengan panel meter digital berwarna TFT bersaiz 6.75 inci yang memberi nilai tambah kepada pembeli. Begitupun, model berkenaan juga datang dengan panel semi digital.

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 03

Bagi panel meter TFT, ia bukan saja memaparkan informasi asas, namun turut dibekalkan dengan paparan tekanan tayar, skrin projektor tanpa wayar, navigasi mudah alih, tontonan filem, muzik, permainan video, sambungan interkom selain mempunyai suis lampu automatik dan skrin yang terang.

Seperti skuter lain dalam segmen berkenaan, Zongshen Cyclone RT3 dilengkapi dengan brek cakera depan (240 mm 4 piston caliper) dan belakang (200 mm 2 piston caliper) bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dari Bosch.

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 04

Dari sudut kuasa ia menggunakan enjin bersesaran 250 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, DOHC, 4 Injap, Penyejuk Cecair (Delphi EFi) yang patuh piawaian emisi Euro 4. Kuasa yang dihasilkan ialah 22.7 Hp pada 8,000 rpm dan tork 22.5 Nm pada 6,500 rpm.

Dari sudut rangka, ia menggunakan rangka jenis steel tube underbone, fork teleskopik hidraulik 100 mm dan dual shock 78 mm di bahagian belakang bersama dengan padanan roda 120/70-15 di bahagian depan dan 140/60-14 (belakang).

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 05

Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan sistem tanpa kunci, lampu depan dan belakang LED dan dua port pengecas USB.

Dengan berat kering 187 kg, ketinggian tempat duduk Zongshen Cyclone RT3 adalah 755 mm dengan kapasiti bahan api adalah 12 liter. Dan menurut laman web Zhongshen Mauritius, ia dijual pada tanda harga Rs 148, 500 iaitu kira-kira RM 8,399.

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 06

Harga berkenaan jelas cukup mengujakan jika berpandukan kepada ciri-ciri dan teknologi moden yang dimiliki motosikal berkenaan. Begitupun, jangan terlampau teruja kerana ia masih bersifat spekulatif.

Tetapi sebagai perbandingan harga, skuter yang berada dalam kelas sama iaitu Modenas Elegan 250 ABS 2020 hadir pada tanda harga RM 15,315.

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto? 07

Perbandingan imej antara teaser WMoto dan Zhongshen Cyclone RT3 yang diambil daripada laman web syarikat berkenaan (kanan).

Sebagai info, pelancaran itu nanti akan dibuat mengikut norma baharu iaitu secara maya menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi WMoto Malaysia dan laman YouTube MForce TV bermula jam 8.00 malam.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda