window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model!

Khairil ยท Sep 1, 2021 07:00 PM

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 01

Syarikat pengeluar motosikal China, Zontes sudah bertapak di Malaysia sejak 2019 dengan antara model yang dipertaruhkan di pasaran ketika ini adalah dalam siri ZT310 iaitu 310T, 310X, 310R dan 310V.

Menggunakan trenkuasa yang sama, Zontes ZT 310T adalah motosikal dalam segmen (Adventure Touring), ZT310X (Sport touring), ZT310R (Naked) manakala ZT310V dalam segmen 'Kruiser'.

Juga baca: Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 01

Begitupun baru-baru ini, syarikat berkenaan membuat pengumuman bakal membawa masuk model baharu dengan sesaran lebih rendah iaitu Zontes ZT155 2021 di laman Facebook rasminya.

Berdasarkan video acah yang disiarkan, terdapat dua model yang dipamerkan dipercayai dalam segmen Zontes ZT155U-1 (Adventure) dan juga model Scrambler, Zontes ZT155G berdasarkan 'siluet' motosikal berkenaan.

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 02

Dan Zontes sendiri masih ingin berteka-teki dengan meletakkan kapsyen ZT155_? dalam keterangan video berdurasi 1 minit 19 saat berkenaan.

Menurut Zontes lagi, model ZT155 cukup popular terutama di benua Eropah dan turut disertakan dalam video berkenaan adalah reviu pengguna bersama model ZT155 yang dikaburkan.

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 03

Justeru, Zontes Malaysia dijangka akan melancarkan kedua-dua model berkenaan secara serentak. Apapun, ini adalah video teaser pertama daripada Zontes Malaysia dengan tarikh pelancarannya belum dapat dipastikan.

Juga baca: Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi!

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 04

Mengulas aspek spesifikasi teknikal, model ZT155 dikuasakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, 4 Injap, Suntikan Bahan Api EFI Bosch dan patuh piawaian emisi Euro 5. 

Ia digandingkan dengan transmisi enam kelajuan bersama sistem Assist & Slipper Clutch. Kuasa yang dihasilkan ialah sekitar 17.7 Hp pada 9,250 rpm dengan tork maksimum 16 Nm pada 7,500 rpm. 

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 05

Zontes ZT155U-1

Seperti model-model lain daripada Zontes, ia sarat dengan kelengkapan moden dan mempunyai dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport. Dari sudut tunggangan, ia menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan suspensi belakang monoshock boleh laras.

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 06

Ciri-ciri lain adalah panel meter LCD, sistem lampu LED penuh, penghidup tanpa kunci, soket pengecas USB dan pelbagai lagi.

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 07

Zontes ZT155G

Sistem brek adalah menggunakan cakera tunggal depan dan belakang yang lengkap dengan sistem ABS dua saluran daripada jenama Bosch.

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 08

Seterusnya melengkapkan lagi ciri-ciri menarik dan canggih pada model Zontes ZT155 termasuklah panel meter digital LCD, sistem lampu LED sepenuhnya, teknologi keyless yang canggih dengan pelbagai ciri kawalan dan port pengecasan USB. 

Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model! 09

Seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan, antara kelebihan motosikal jenama Zontes ini adalah menerusi penawaran harga yang menarik serta rekaannya yang moden. Anda tertarik? Sama-sama kita nantikan.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda