window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k!

Khairil ยท Dec 27, 2021 02:00 PM

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 01

Selepas agak lama berteka-teki, Zontes Malaysia akhirnya melancarkan penawaran terbaharunya dalam segmen 155 cc iaitu ZT155-G (Scrambler) ZT155-U1 (Motard) dan ZT155-U (Naked) dengan penawaran harga menarik bermula RM 10,800 (asas).

Seperti penawarannya sebelum ini ZT310, ketiga-tiga varian ZT155 ini berkongsi pelbagai ciri yang sama termasuk trenkuasa, teknologi dan spesfikasi mekanikal.

Juga baca: Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 01

Dimulakan dengan trenkuasa, ia datang dengan enjin 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api (FI) jenama Bosch yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac antigelincir (Slipper Clutch).

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 02

Kuasa yang dijana setinggi 18.8 Hp pada 9,250 rpm dan tork 16 Nm pada 7,500 rpm dengan ketiga-tiga model patuh piawaian emisi Euro5.

Juga baca: Zontes Malaysia giat siar video teaser baharu 3 varian ZT155, pelancaran mendekat?

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 03

Ciri-ciri menarik yang dipadankan di ketiga-tiga varian adalah sistem kunci 'keyless' yang memudahkan, panel meter jenis digital pelbagai informasi dan soket pengecas USB pantas.

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 04

Dan lebih mengujakan, ia turut memiliki 2 mod tunggangan (Eco dan Sport), teknologi yang kebiasaannya tidak dimiliki untuk motosikal bersesaran seperti ini. Untuk pengendalian yang mantap, ia juga menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan monoshock 'nitrox' di belakang. 

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 05

Sistem brek pula menggunakan brek cakera tunggal yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran untuk kedua-dua roda. Perkara lain yang turut dikongsikan untuk ketiga-tiga varian ialah ketinggian pelana iaitu 830 mm dan berat kasar 117 kg.

Juga baca: Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi!

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 06

Zontes ZT155-G 

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 07

Dengan rekaan bergaya 'neo retro' terutama rekaan lampu bulat yang menarik, Zontes ZT155-G didatangkan dengan kapasiti tangki bahan api besar iaitu 20 liter yang didakwa Zontes mampu meliputi jarak 1,000 km untuk isian penuh.
Menggunakan tayar 'dual-purpose', ia turut didatangkan dengan 'Crash bar' secara standard dan 'guard' tangan di tuil brek dan klac. Jarak lega bumi 190 mm.

Zontes ZT155-U

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 08

Rekaan ala 'Streetfighter' dengan rekaan lampu unik yang garang. Tidak seperti ZT155-G dan ZT155-UI, ia tidak datang dengan 'crash bar' tetapi mempunyai 'rear fender' yang pasti meningkatkan lagi kehensemannya. Kapasiti tangki bahan api 12.5 liter dengan jarak lega bumi 185 mm. Turut memiliki 'guard' tangan di tuil brek dan klac.

Zontes ZT155-UI 

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 09

Cukup sesuai untuk peminat yang gemar motosikal jenis tinggi dengan ZT155-UI mempunyai jarak lega bumi 215 mm. Rekaannya juga cukup selari dengan peminat motosikal 'Motard' dengan muncung itik 'mud guard' depan yang unit. Seperti ZT155-U, kapasiti tangki bahan api adalah 12.5 liter. Turut didatangkan dengan 'Crash bar' dan 'guard' tangan di tuil brek dan klac.

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 10

Pilihan warna untuk ketiga-tiga varian adalah seperti berikut: 

  • ZT155-G - Piano Black, Yellow
  • ZT155-U - Red, Purple
  • ZT155-UI - Yellow, Orange, Red

Zontes ZT155-G, ZT155-U, ZT155-UI mendarat di Malaysia, harga asas RM 10.8k! 11

Di Sabah dan Sarawak, harga yang ditawarkan oleh Zontes Malaysia kepada ketiga-tiga model adalah RM 11,300 (asas). Setiap pembelian diberikan jaminan selama 3 tahun, tertakluk terma dan syarat.

Juga baca: Zontes Malaysia umum kehadiran ZT155 2021. Dijangka tampil dengan dua model!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda