window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Dash cam’ boleh bantu pemandu Malaysia jadi lebih berhemah?

Mersita · Sep 22, 2020 11:50 AM

‘Dash cam’ boleh bantu pemandu Malaysia jadi lebih berhemah? 01

Penggunaan ‘dash cam’ atau kamera papan pemuka kereta sememangnya banyak faedahnya. Pemandu Malaysia mana yang tak pernah tersekat dalam kesesakan lalulintas disebabkan kemalangan yang BUKANNYA dalam belah lorong jalan sendiri? Sebelah sana yang ‘accident’, sebelah sini pulak yang ‘stuck’.

Tabiat gemar melihat dan berkongsi rakaman kemalangan sememangnya sebati dengan kebanyakan warga kita. Antara sebabnya ialah mungkin kita nak belajar dari kesilapan orang lain ataupun sebenarnya ‘teruja’ melihat kebodohan pemandu lain di jalan raya - jari jemari pantas menaip kata-kata makian dan cacian.

Tak percaya bila kami kata yang orang kita suka tengok rakaman kemalangan? Cari saja "group" di Facebook yang didedikasikan khas untuk kemalangan jalanraya. Berlambak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi ‘viral’ di media sosial selalunya adalah perkara yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Tapi, bila nombor pendaftaran kereta anda terpampang jelas di dalam video yang dirakam oleh ‘dash cam’ dan dimuat-naik di media sosial, keseronokan boleh bertukar jadi kemurungan. Ditambah lagi dengan komen, “Oh aku tau kereta siapa ni, kereta kawan aku ni..” Dah sudah, mana nak letak muka?

Tujuannya bukan untuk menyokong pembuli siber. Tapi, hakikatnya, selagi netizen ada ‘dash cam’, perilaku anda di jalanraya takkan terlepas dari pandangan dan penghakiman orang awam. Selain daripada menjadi bukti untuk laporan polis dan syarikat insuran, perangai tak elok anda di jalanraya sentiasa dipantau dan direkod untuk tatapan ramai.

‘Dash cam’ boleh bantu pemandu Malaysia jadi lebih berhemah? 01

Mungkin ada yang lebih rela bayar denda daripada dimalukan di media sosial

Dalam laporan kami baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Kerajaan Malaysia akan menjalankan kajian keatas penggunaan rakaman ‘dashcam’ di mahkamah atau untuk sebarang tuntutan dan kes undang-undang sivil. Selain dari itu, pihak kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penggunaan peranti tersebut di dalam kereta yang baru didaftar.

‘Dash cam’ boleh bantu pemandu Malaysia jadi lebih berhemah? 02

Beberapa pembuat kereta tempatan dan luar negara juga sudah mula menjual model-model baru mereka dengan ‘dash cam’ yang dibina-dalam. Hyundai Malaysia adalah antara yang pertama untuk memasang ‘dash cam’ di dalam model spesifikasi tinggi mereka. Toyota dan BMW pun sudah mula memasang 'dash cam' di dalam model-model baru keluaran mereka.

Kajian telah menunjukkan yang orang awam lebih menjurus kepada “menyesuaikan tingkah laku mereka sesuai dengan norma sosial” apabila mereka tahu yang mereka sedang dilihat oleh lensa kamera. Bukannya kita nak reka suasana seperti di China dimana kamera ada di setiap pelusuk untuk memantau setiap tingkah-laku anda dengan sistem kredit sosial.

Tapi, penggunaan ‘dash cam’ untuk mengesan pesalah tidak patut dipandang ringan. Jika ia betul-betul membantu, apa salahnya?

‘Dash cam’ boleh bantu pemandu Malaysia jadi lebih berhemah? 03

Dikatakan CCTV palsu pun boleh menakutkan penjenayah

Tambahan pula, ‘dash cam’ bukan saja membantu memantau pemandu di jalanraya, malah ia juga boleh membantu pemandu untuk mempertahankan diri. Beberapa jenis ‘dash cam’ yang dijual di pasaran boleh berfungsi dengan bateri dan masih boleh merakam futej semasa kereta diparkir. Penulis berpendapat yang perkara ini bukan saja membantu pemilik kenderaan secara am, tapi ia juga berguna untuk pemandu wanita yang sering berseorangan.

‘Dash cam’ boleh bantu pemandu Malaysia jadi lebih berhemah? 04

Seperti CCTV peribadi

Oleh itu, diharapkan penguatkuasaan untuk penggunaan ‘dash cam’ di dalam kenderaan awam boleh diperhalusi dan digubal dengan sepatutnya. Prosesnya barangkali panjang kerana ‘dash cam’ ada banyak spesifikasi yang berbeza-beza. Kawalan rakaman ‘dash cam’ juga mungkin perlu diteliti supaya hak setiap pihak terlibat boleh dijaga. Tapi, sebagai satu komuniti, menjaga keharmonian dan keselamatan kita bersama bukanlah tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata. #KitaJagaKita.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda