window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata!

Faisal · Apr 11, 2021 02:00 PM

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata! 01

Cuba bayangkan anda sedang berhenti di lampu isyarat merah. Kemudian, kereta anda dirempuh dari belakang. Ketika itu mungkin anda hanya mengalami kejutan emosi dan mental.

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata! 02

Kredit: whiplashtreatment.

Tetapi setelah beberapa hari, anda mungkin akan mengalami rasa tidak selesa seperti sakit kepala dan sakit tengkuk. Sewaktu periksa di klinik, doktor pula mengesahkan yang anda mengalami kecederaan ‘whiplash’. Macam tak pernah dengar kan.

Apa itu ‘whiplash’?

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata! 03

Bagaimana kecederaan tengkok boleh terjadi. Imej: cpsmalaysia.org

Menurut WebMD, istilah ‘whiplash’ bermaksud kecederaan tengkuk. Secara teknikal, sambungan seperti invertebral, disc, ligament, otot serviks, dan sumber deria sedang mengalami gangguan. Kesannya, anda akan rasa seperti salah urat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata! 01

Macam ada dalam filem Star Wars. Kredit: reddit.com

Untuk maklumat anda, pelanggaran dari belakang berpotensi mencederakan tengkuk anda. Perkara ini disebabkan oleh pergerakan yang mengejut sehinggakan tengkuk boleh terkehel. Antara rasa yang akan anda alami ialah:

  • Sakit leher dan kejang otot
  • Sakit kepala
  • Sakit bahu
  • Sakit belakang di bahagian bawah
  • Sakit/kebas lengan ataupun tangan
  • Pening dan mual
  • Sukar untuk tumpukan perhatian atau cubaan untuk mengingat semula
  • Keletihan, tidur tidak lena, dan rasa jengkel dengan sekeliling

Apapun, pengeluar kereta peka akan hal ini. Mereka sentiasa cuba untuk pertingkatkan tahap keselamatan kenderaan dari semasa ke semasa, terutama pada bahagian yang melibatkan anggota badan seperti tengkuk.

Hero dalam diam

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata! 02

Pengguna selalu lupa untuk melaraskan perehat kepala.

Kalau anda perasan, banyak kereta di tahun 80-an/90-an yang tiada ‘headrest' pada bahagian tempat duduk. Tetapi sejak dari itu, banyak kereta sudah dilengkapkan dengan ciri ini. Bagi kami, sistem sokongan kepala (headrest kereta anda) adalah hero di dalam diam. Tali pinggang dan beg udara sebenarnya cukup jelas. Tetapi mengenai headrest, ia berfungsi lebih dari sekadar merehatkan kepala anda.

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata! 03

Headrest yang bagus sedikit condong ke depan untuk betul-betul sokong kepala anda.

Tetapi, anda haruslah menggunakannya dengan cara yang betul. Bahagian tengah headrest tersebut perlu selari dengan titik telinga anda yang paling tinggi. Dengan susunan yang sebegini, headrest dapat menangkap kepala pengguna sebaik sahaja mereka ditolak akibat pelanggaran dari belakang.

‘Headrest’ di tempat duduk kereta anda BUKAN untuk merehatkan kepala semata-mata! 04

Lihatlah bagaimana pemandu profesional menunjukkan cara untuk melaras posisi headrest kereta supaya kena dengan bahagian kepala anda.

Jadi, setiap kali anda masuk ke dalam kereta, lakukan pelarasan headrest sehingga ia berada di kedudukan yang optimum. Lagipun, anda sendiri yang tidak mahu cedera kan? Dengan ketidakselesaan dan kesusahan untuk menggerakkan leher di kemudian hari, lebih baik anda peka dari awal.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda