window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus?

Mersita · Sep 5, 2021 08:00 PM

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 01

Jikalau anda pernah menukar tayar, anda pasti tahu betapa payahnya untuk membuka ‘lug nuts’ atau nat pengunci supaya tayar boleh dicabut. Anda juga mungkin pernah tertanya, mengapa pengilang tidak sediakan satu saja pengunci tayar untuk memudahkan kerja anda?

Walaupun pengunci tayar tunggal nampak agak moden, ia sebenarnya teknologi yang sudah lama dicipta – dari awal tahun 1900-an lagi. Hari ini, sistem pengunci tayar tunggal menjadi perincian unik untuk kereta sport (seperti Porsche 911 GT3) dan juga digunakan dalam perlumbaan seperti yang ada pada kereta Formula One.

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 02

Kredit gambar

Oleh itu, kenapa kita tak diberi sistem pengunci tayar tunggal pada kereta-kereta persendirian yang biasa lihat di jalan raya? Sistem dah mudah dan senang untuk digunakan. Kenapa masih juga gunakan tetapan kunci 4/5 pada tayar? Bukankah lebih menyusahkan? Jom kita kupas topik ini satu persatu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam perlumbaan, kecekapan & kepantasan itu penting

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 01

Kredit gambar

Anda mungkin pernah melihat ‘pitstop’ Formula One – kru bergerak pantas dan semuanya siap ‘berdesup’ (Red Bull Racing masih memegang rekod paling pantas dengan masa ‘pitstop’ 1.82 saat, tonton video di bawah).

Dalam perlumbaan, masa itu emas, dan mereka amat memerlukan satu saja kunci tayar berpusat yang utama bagi menukar tayar sepantas kilat.

Pada kereta jalanan biasa pula, kebolehan menukar tayar ala-pitstop tidak dilihat sebagai satu keperluan. Mekanik tayar anda boleh meluangkan masa untuk menanggalkan 4 atau 5 ‘lug nut’ ada setiap tayar, meletak sedikit gris, dan memasangnya semula sambil minum teh tarik.

Secara ringkasnya, sistem kunci tunggal tak perlu dipasang pada kereta biasa. Ia tidak mendatangkan banyak faedah, sekadar untuk nampak cantik saja.

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 02

Kredit gambar

Walaupun anda mahukan kunci tayar tunggal pada kereta anda, penukaran tayar sepantas kilat seperti yang dilihat dalam Formula One agak mustahil untuk dicapai. Ini kerana anda perlu mengupah 4 orang ‘kru’ untuk menukar kesemua tayar secara serentak. Perkara ini bukan saja mahal, ia juga tidak praktikal. Tak perlu nak cepat ala-F1 pun, kan? Rileks lah.

Ia amat susah dan mahal untuk dikerjakan

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 03

Memandangkan kunci tayar tunggal itu terpaksa menampung keseluruhan berat tayar (berbeza dengan 4 atau 5 kunci yang berkongsi tampungan berat), tork yang diperlukan untuk menanggalkan/memasang satu kunci tayar tunggal adalah sangat-sangat tinggi.

Jika anda tiada ‘power tool’ yang tersedia untuk digunakan apabila hendak menukar tayar dengan kunci tunggal, apa gunanya? Nak buat seorang diri? Lupakan sajalah, ‘confirm’ tak lepas. Tonton saja video di bawah sebagai bukti (lompat ke tanda 4 minit).

Jika anda tidak sanggup membukanya secara manual, boleh saja guna ‘power tools’, kan? Tapi, sanggupkah anda membeli ‘power tool’ istimewa yang mahal harganya semata-mata untuk kunci ini?

Tambahan pula, bayangkan jika salah satu kunci tayar ini hilang. Kami pasti kos untuk menggantinya juga bukan calang-calang lagi. Tak berbaloi.

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 04

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah sistem kunci berpusat ini tidak menggunakan corak ‘lock nut’ yang universal. Yang pastinya, tidak semua kedai tayar ada peralatan yang diperlukan untuk membuka kunci tayar anda supaya tayar pancit anda boleh diganti dengan mudah dan sempurna.

Sebaliknya, anda tidak akan menghadapi masalah sebegini dengan kereta yang mempunyai beberapa kunci tayar kerana kebanyakan kedai tayar mempunyai semua peralatan yang diperlukan. Walaupun hilang satu atau dua ‘lug nuts’, ia cukup murah untuk diganti dengan yang baru.

Banyak risiko yang boleh dihadapi

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 05

‘Lug nut’ biasa cukup murah dan mudah untuk dicari

Walaupun nat kunci tayar yang tunggal nampak menarik, sistem ini juga memerlukan penjagaan tambahan dan ketepatan tinggi apabila dipasang. Bayangkan jika ia tidak dipasang dengan tepat atau tidak cukup ketat, tayar anda boleh tercabut semasa memandu. Berbaloikah membahayakan diri sendiri?

Bagi memberi anda gambaran tentang betapa pentingnya nat kunci berpusat untuk dipasang dengan tepat dan sempurna, kita gunakan Formula One sekali lagi sebagai contoh. Ahli kru dan juruteknik yang bekerja di sini mempunyai kepakaran yang sangat tinggi, tapi malah mereka sekalipun boleh tersalah pasang kunci tayar sebegini. Video di bawah menjadi bukti.

Anda harus terima hakikat yang mekanik tayar di kedai biasa tidak cukup pakar dan teliti seperti ‘pit crew’ Formula One, ditambah pula dengan jumlah kereta pelanggan yang perlu diselesaikan dalam masa sehari. Kesilapan pasti akan terjadi. Walaupun kunci tayar kereta biasa banyak bilangannya, sekurang-kurangnya jika satu silap pasang, yang lagi 3 boleh jadi ‘back up’ untuk memastikan tayar anda kekal berada di tempat sepatutnya.

Dengan kunci tayar tunggal, anda perlu sangat-sangat teliti dan berhati-hati – banyak risikonya. Inilah salah satu pertimbangan paling penting atas keputusan untuk tidak menggunakan sistem pengunci tayar tunggal pada kereta biasa. Kosnya juga memainkan peranan besar dalam hal ini.

Kesimpulan

‘Lock nut’ tunggal vs. ‘lock nut’ 4/5/6 – mana satu lebih bagus? 06

Antara ‘lug nut’ ‘aftermarket’ yang menarik untuk anda

Inilah sebabnya mengapa pengilang kereta jalanan biasa memilih untuk menggunakan lebih daripada satu pengunci tayar dan mengelakkan sistem berpusat. Dalam pembuatan kereta lumba, aspek seperti kepantasan, berat yang rendah, dan kemenangan pastinya jadi sasaran utama.

Bagi kereta penumpang pula, aspek pentingnya termasuklah kos, ketahanan, dan kebolehan untuk diservis sepanjang jangka hayat kenderaan anda. Jika anda masih ‘gatal’ nak ada sedikit perubahan pada bahagian ini, anda boleh tukar ‘lug nut’ yang lebih bergaya mengikut citarasa masing-masing.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda