window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China

Mersita · Nov 20, 2021 08:00 PM

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 01

Sepuluh tahun lalu, kereta China seringkali dianggap sebagai kereta tiruan atau ‘celup’ dengan tahap kualiti yang teruk. Namun, kini ekonomi China semakin pesat berkembang dan landskap automotif di republik itu juga telah mengalami perubahan besar dari segala aspek.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 02

"Nampak macam Volvo, tak?”

Sedangkan para konglomerat China juga bekerjasama dengan pengeluar kereta asing dan ada juga di antara mereka yang memiliki jenama asing. Ini membuktikan lagi landskap automotif negara itu yang sudah berkembang dengan sangat-sangat pesat.

Ada diantara mereka yang juga menawarkan alternatif kepada model-model terkenal dalam versi lebih mewah dan dalam masa sama, ‘kebanyakannya’ masih ada keasliannya yang tersendiri – walau ada yang masih nampak terlalu sama dengan model asal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 01

Zaman kereta ‘celup’ buatan China semakin menghilang, Landwind X7 ini tidak lagi dijual

Apa-apa pun, 8 kereta buatan China ini menawarkan alternatif menarik kepada pembeli yang mahukan aura kemewahan tanpa perlu berbelanja lebih.

Baca juga: Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je!

Zeekr 001 – alternatif kepada Porsche Panamera

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 02

Apabila konsep Lynk & Co Zero EV ini mula-mula ditayangkan di Beijing Auto 2020, tak ada siapa pun yang boleh menjangka model produksinya tidak dilencanakan sebagai Lynk & Co. Sebaliknya, ia membawa nama jenama EV premium serba baru oleh Geely yang dipanggil Zeekr.

Baca juga: Geely melancarkan Zeekr 001 EV pertama dari Intelligent Factory di Ningbo, China

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 03

Zeekr barangkali salah satu sub-jenama paling bercita-cita tinggi yang dikeluarkan oleh gergasi automotif negara itu. Dengan pimpinan pengasas dan bekas pengerusi Geely, Li Shufu, keluaran ini sememangnya ditunggu ramai. Ia nyata tidak menghampakan apabila keseluruhan stok Zeekr 001 untuk tahun 2021 habis terjual dalam masa 2 bulan selepas pelancarannya.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 04

Walaupun rekaan Zeekr 001 lebih kurang sama dengan Porsche Panamera, ia merupakan kereta elektrik. Zeekr 001 dikuasakan oleh motor elektrik yang menghasilkan 543 PS dan 700 Nm dengan masa pecutan 0-100km/jam hanya 3.8 saat. Dengan harga bermula dari RMB 281,000 (~RM 177,000), Zeekr 001 dengan mudahnya mencantas Panamera yang berharga mula dari RMB 973,000 (~RM 630,000).

Baca juga: Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla!

Tank 300 – alternatif kepada Land Rover Defender

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 05

Selain daripada Haval dan Ora, Great Wall Motors (GWM) juga mempunyai beberapa sub-jenama disasarkan untuk pasaran kereta premium, dipanggil Wey dan Tank. Barisan model Tank terdiri daripada kenderaan off-road, lantas menjadikannya Land Rover atau Jeep versi China.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 06

Oleh yang demikian, Tank 300 dilihat sebagai pesaing lebih mampu-milik kepada Land Rover Defender ataupun Jeep Wrangler. Berbeza dengan pesaing dari Barat, satu-satunya warisan yang ada pada Tank 300 boleh dilihat dari rekaan retronya memandangkan jenama ini baru saja terbentuk pada penghujung tahun 2020.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 07

Tank 300 mungkin lebih kecil berbanding kereta Barat yang menjadi inspirasinya. Namun, rekaannya yang sasa menyerlahkan aura ‘rugged’ dengan ‘ladder frame chassis’nya serta tetapan pacuan 4 rodanya (4WD). Defender varian asas bermula dari RMB 728,000 (~RM 470,000) di China, manakala Tank 300 paling mahal pula berharga RMB 508,000 (~RM 330,000) lebih rendah dan rupanya pun nampak sama hebat.

Hongqi H9 – alternatif kepada Mercedes-Benz E-Class

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 08

Hongqi dilabel sebagai syarikat kereta paling berprestij dan paling tua di China. Salah satu daripada model terkini mereka iaitu Hongqi H9 disasarkan kepada pembeli Mercedes-Benz E-Class.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 09

Senarai harga bagi Hongqi H9 masih berada dalam julat harga Mercedes-Benz E-Class di China. Harga Hongqi bermula dari RMB 310,000 (~RM 200,000) manakala E-Class dalam bentuk jarak roda panjang (LWB) bermula dari RMB 439,900 (~RM 285,000).

Dimensi H9 vs. E-Class LWB
Model Hongqi H9 Mercedes-Benz
E-Class LWB
Panjang (mm) 5,080 5,065
Lebar (mm) 1,904 1,860
Ketinggian (mm) 1,493 1,467
Jarak Roda (mm) 3,060 3,079

Lebih menarik, Hongqi H6 sebenarnya lebih panjang sedikit berbanding E-Class LWB, dan mereka juga merancang untuk mengeluarkan H6 versi lebih panjang di masa hadapan.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 10

Hongqi H6 juga didatangkan dengan dua pilihan enjin – enjin petrol 2.0 liter berpengecas turbo 4 silinder dengan sistem hibrid sederhana 48V (252 PS/380 Nm) dan enjin petrol 3.0 liter V6 supercharged (283 PS/400 Nm). Kedua-duanya dipadankan dengan DCT jenis basah 7 kelajuan yang memacu roda belakang.

Changan UNI-T – alternatif Lexus NX

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 11

Warga Malaysia mungkin kenal dengan nama Changan sebagai jenama disebalik dua kereta paling teruk dijual di sini, Chana Era CV6 dan CM8. Walau jenama ini masih dijual di Malaysia dengan barisan trak Suzuki Carry dilencanakan semula, di China, model ini boleh jadi pesaing hebat kepada Lexus NX.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 12

Dimensi
Model Changan UNI-T Lexus NX*
Panjang (mm) 4,515 4,640
Lebar (mm) 1,870 1,845
Ketinggian (mm) 1,565 1,645
Jarak Roda (mm) 2,710 2,660

*Generasi terdahulu

Dengan jejaring yang nampak garang serupa Spindle Grille Lexus, Changan UNI-T lebih pendek daripada NX namun SUV China itu menawarkan jarak roda lebih panjang. Harga bagi UNI-T juga lebih murah berbanding NX dengan varian paling mahalnya bermula dari RMB 138,900 (~RM 90,000). NX asas pula bermula dari RMB 302,200 (~RM 195,000).

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 13

Cuma ada satu pilihan enjin untuk UNI-T, iaitu enjin petrol 1.5 liter berpengecas turbo 4 silinder (180 PS/300 Nm) dipadankan dengan DCT 7 kelajuan yang memacu roda hadapan.

Changan menyatakan yang UNI-T menawarkan pemanduan berautonomi Tahap 3 dengan bantuan penderia radar gelombang 5 mm, 6 kamera, dan 12 penderia radar ultrasonik – lebih baik daripada Proton X50.

Baca juga: Sistem bantuan pemandu Tahap 2 pada Proton X50 setaraf Tesla!

Xpeng P7/Nio ET7 – alternatif Tesla Model S

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 14

Selepas kegagalan Faraday Future dan Byton, Xpeng (disebut sebagai “Xiaopeng”) dan Nio membuktikan bahawa syarikat EV ‘start up’ China mempunyai potensi untuk mencabar Tesla jika kena pada caranya. P7 bukanlah model Xpeng yang pertama, namun ia pastinya mempunyai ciri-ciri penting dari Tesla Model S (yang juga bukannya model pertama Tesla).

 

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 15

Xpeng P7, nampak hebat, kan?

Harga Model S bermula dari RMB 800,000 (~RM 517,000) manakala P7 bermula dari RMB 410,000 (~RM 265,000). Walaupun P7 mempunyai janaan kuasa lebih rendah berbanding Tesla (P7: 430 PS/655 Nm vs. Model S: 825 PS/1,300 Nm), mereka mengatakan yang P7 mempunyai julat jarak perjalanan lebih panjang (P7: Sehingga 706 km vs. Model S: Sehingga 663 km).

Baca juga: Tak cukup dengan kamera drone, DJI ceburi kereta elektrik berautonomi pula!

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 16

Nio ET7, pun nampak best, kan?

Oleh itu, dari segi saiz, Nio ET7 lebih hampir sama dengan Model S. Sama seperti P7, ET7 masih lagi lebih murah harganya daripada Model S asas – dimana variannya yang paling mahal dijual pada harga RMB 526,000 (~RM 340,000), ditambah lagi dengan julat perjalanan lebih panjang. Nio mengatakan ia boleh mencapai 1,000 km dalam hanya satu cas penuh.

Geely Xingyue – alternatif kepada BMW X4

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 17

BMW memperkenalkan X6 pada tahun 2007 dan ia nyata mendapat sambutan hebat di pasaran dunia. Model panas ini akhirnya membawa kepada kelahiran ‘adik’nya yang datang dalam bentuk BMW X4.

Baca juga: 15 tahun lalu, syarikat Korea ini mencipta SUV-coupe, bukan BMW!

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 18

Namun, SUV-coupe ini juga melangkaui jenama-jenama premium lain, dengan penawaran Renault dan Volkswagen dalam versi mereka sendiri untuk pasaran China dan Rusia iaitu negara yang paling banyak permintaannya. Bercakap tentang China, ini pula versi China untuk SUV-coupe ini – Geely Xingyue.

Di luar negara, ia diberi nama lebih antarabangsa iaitu Geely Tugella. Dengan kemungkinan yang rendah untuk menjadi sebuah Proton, Xingyue lebih rendah daripada X4 namun rekaan dan kualitinya sama bagus seperti BMW. Sedangkan ruang dalaman X70 dan X50 pun digemari ramai, kualiti premiumnya tidak diragui lagi.

Baca juga: Proton X50 vs Proton X70 - Panduan memilih SUV kegemaran Malaysia untuk anda!

Beijing BJ80 – alternatif (celup?) kepada Mercedes-Benz G-Class

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 19

Berbeza dengan 7 model lain dalam senarai ini, Beijing BJ80 ialah model yang hampir benar-benar serupa dengan Mercedes-Benz G-Class. Ini nyata membuatkan pengeluar kereta Jerman itu berasa geram dan tambahan pula, Mercedes-Benz memeterai usahasama bersama syarikat induk Beijing, BAIC Group.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 20

Mercedes-Benz telah bersetuju untuk meminjamkan beberapa model sedia ada mereka untuk dijadikan sebagai asas kepada beberapa sub-jenama BAIC, termasuklah B-Class dan GL-Class. Model-model ini memiliki lesen ‘rebadge’ sah dengan trenkuasa Mercedes-Benz, namun BJ80 tiada semua ini.

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 21

3.5 kali lebih teruk?

Varian BJ80 paling mahal mempunyai kos 3.5 kali lebih tinggi berbanding G-Class termurah di China, namun persamaannya hanyalah setakat pada rupa bentuk sahaja. G-Class dilengkapi dengan enjin 4.0 liter V8 twin-turbo (585 PS/850 Nm), manakala BJ80 paling berprestasi tinggi dikuasakan oleh enjin V6 3.0 liter berpengecas turbo (280 PS/345 Nm).

Tapi, asalkan anda boleh nampak kaya, BJ80 pun BJ80 lah, kan?

‘Pembunuh’ Tesla? G-Class ‘celup’? Ini 8 kereta mewah mampu-milik buatan China 22

Inilah dia 8 contoh bertuah bagi kereta mewah mampu-milik buatan China. Kesemuanya tidak akan hadir ke pasaran Malaysia, namun senarai ini diharap boleh membuktikan bahawa pasaran automotif China, sebahagian besarnya, bukanlah seperti yang kita kenali dulu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 BMW X4 xDrive30i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda