window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya

Faisal · Mar 1, 2021 09:00 AM

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 01

Di Malaysia, syarikat pengeluar jarang memasarkan sedan segmen D mereka melalui satu pilihan enjin sahaja. Kini, nampaknya zaman sudah berubah.

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 02

Ingat lagi di zaman Toyota Camry yang ada pilihan enjin 2.0L dan 2.5L hibrid?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 01

Sebenarnya, Honda Accord dan Nissan Teana lebih ganas. Kalau anda masih ingat, kedua-dua sedan segmen D ini pernah ditawarkan dengan enjin 3.5L V6!

Kini di tahun 2021, Honda Accord, Hyundai Sonata, Toyota Camry, dan Volkswagen Passat hanya ditawarkan dengan satu pilihan enjin sahaja.

Tetapi apa sebabnya?

Kejutan! Harga untuk varian 2.0L hari ini tidak lagi seperti dulu

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 02

Kluster instrumen digital bukanlah sesuatu yang murah

Sedan segmen D hari ini lebih canggih berbanding dahulu. Seperti yang anda tahu, kebanyakannya datang dengan ciri kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik, sistem infotainment yang hebat, dan kluster instrumen digital.

Ditambah pula dengan matawang Ringgit yang tidak sekuat dahulu, tidak hairanlah harga sedan dalam segmen ini telah melonjak naik dengan ketara.

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 03

Pada tahun 2018, UWM Toyota Motor telah perkenalkan Toyota Camry TNGA dengan satu varian sahaja. Dikenali sebagai 2.5V, varian tersebut ditawarkan dengan harga RM 189,900.

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 04

Toyota Camry 2.0G

Pada masa yang sama, UMW Toyota Motor turut menawarkan varian 2.0G melalui tempatan khas. Untuk maklumat anda, varian ini khusus untuk kereta syarikat korporat Jepun di UMW yang menetapkan kapasiti enjin tidak lebih dari 2.0L.

Menarik? Tidak semestinya.

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 05

Walaupun varian 2.0G tersebut hanya RM 10,000 lebih murah, ia dikompromi oleh lampu isyarat dan lampu undur jenis mentol, rim kecil, dan tiada sebarang ciri bantuan pemandu ADAS Toyota Safety Sense (TSS). Tidak berbaloi kan?

Sambutan sedan segmen D di Malaysia semakin hambar

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 06

Pada masa kini, hanya ada 6 saja pilihan sedan di dalam segmen D yang dijual di Malaysia. Jumlah ini sekalipun tidak dapat mengembalikan kehangatannya seperti dahulu, inikan lagi varian yang pelbagai.

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 07

Dengan itu, pengeluar kereta harus teliti dalam memilih enjin yang terbaik untuk ditawarkan di pasaran yang semakin pupus ini. Dengan perbezaan harga yang tidak begitu ketara, kebanyakan syarikat menggunakan strategi spesifikasi yang tinggi ataupun enjin yang lebih berkuasa.

Alang-alang harga dah mahal, baik jual varian tertinggi saja, betul tak?

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 08

Honda Accord varian EL di Thailand. Perasan tak rim yang lebih kecil dan tiada lampu kabus?

Trend ini turut diguna pada Honda Accord dimana kedua-dua varian datang dengan enjin 1.5L turbo (201 PS, 260 Nm tork) yang sama. Trend yang sama juga diamal oleh Hyundai Sonata (180 PS, 232 Nm tork) dan Toyota Camry (184 PS, 235 Nm tork) dimana kedua-dua model ini hanya datang dengan satu varian sahaja.

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 09

Tidak lupa juga dengan Volkswagen Passat dimana kedua-dua varian hadir dengan enjin 2.0L turbo (190 PS, 320 Nm tork) yang sama. Malah, enjin ini turut diguna pada Volkswagen Arteon yang lebih istimewa.

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 10

Sedikit lain di segmen ini ialah Mazda 6. Bermaz Motor memasarkan Mazda 6 dengan empat varian melalui 3 enjin yang berlainan. Malah ia turut hadir dengan badan sedan ataupun wagon. Macam nak buli kan? Dengan usaha sebegitu sekalipun, jualannya masih di belakang Toyota Camry dan Honda Accord.

Konklusi

“Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya 11

Dengan itu, pesaing sedan segmen D di Malaysia dijangka tidak lagi hadir dengan pelbagai pilihan enjin. Untuk pengetahuan anda, Toyota Camry facelift yang akan dilancarkan oleh UMW tidak lama lagi juga akan mengekalkan pilihan enjin 2.5L.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda