window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu" - fakta atau sekadar auta?

Faisal · Sep 26, 2021 12:00 PM

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Setiap kali hendak membeli kereta recond dari Jepun, pengedar-pengedar pasti akan beritahu anda bahawa kereta tersebut telah dijaga dengan baik. Katanya sebab budaya dan tabiat orang di sana. Malah, kebanyakan pengedar kereta recond akan bagitahu anda bahawa kereta tersebut ada ramai pembeli kerana perbatuannya rendah. Adakah ia sekadar helah ataupun orang Jepun memang jarang memandu?

Juga bacaToyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun!

Cara penggunaan di Jepun

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu kajian yang dijalankan melaporkan bahawa kereta penumpang peribadi di Jepun dipandu sekitar 10,575 km setiap tahun. Sebagai perbandingan, tinjauan yang dibuat oleh MIROS mendapati bahawa pemilik kereta di Semenanjung Malaysia memandu sehingga 28,000 km setiap tahun. Kiranya hampir 3 kali ganda.

Tetapi pasti ada sebab kenapa rakyat Jepun tidak memandu sekerap kita.

Juga bacaToyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan!

Memandu di Jepun agak mahal

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Tempat parkir awam di Jepun agak mahal.

Secara purata, minyak petrol di Jepun berharga sekitar 1.37 USD/liter (RM 5.70). Kos meletak kenderaan di negara itu pula berada dalam julat 100 JPY (RM 3.80) untuk setiap 15 minit. Malah untuk kawasan bandar, harganya boleh mencecah sehingga 1,000 JPY (RM 38) setiap jam. Disebabkan inilah mereka lebih gemar menggunakan pengangkutan awam.

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Lagipun, sistem pengangkutan awam di Jepun adalah antara yang terbaik di dunia. Segalanya tepat, mudah dan praktikal.

Kiranya, pengangkutan awam sahaja sudah cukup memuaskan. Bukan setakat tidak leceh, mahal ia juga menjimatkan poket rakyat.

Juga bacaSuzuki Swift Sport 2021 - patut beli ‘recond’ atau beli baru dari Naza?

Dijamin perbatuan yang rendah. Betul ke?

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Kita sudah sedia maklum bahawa pemilik kereta di Jepun sememangnya kurang memandu berbanding negara kita. Tetapi kereta recond yang tiba dari Jepun tidak semestinya memiliki perbatuan yang rendah.

Cara paling mudah untuk mengira standard perbatuan ialah kereta yang berusia 5 tahun sepatutnya sudah berjalan sekurang-kurangnya 50,000 km. Kiranya paling kurang pun 10,000 km setiap tahun. Kalau bacaannya lebih rendah, macam tak logik pula kan?

Laporan jualan (Auction report)

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Contoh sampel laporan Auction dari Jepun.

Selain daripada firasat sendiri, pembeli zaman sekarang juga mempunyai kemudahan untuk periksa ketulenan perbatuan kereta tersebut melalui laporan Auction dari Jepun.

Untuk maklumat anda, penjual boleh memberi satu salinan kepada anda tetapi mereka tetap boleh menipu laporan tersebut. Satu laporan Auction yang asal hanya berharga RM 50. Jadi, lebih baik anda dapatkannya sendiri.

Laporan Auction sahaja tidak cukup. Perbatuan masih boleh ditipu

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Selang perlaksanaan shaken sepatutnya dua tahun.

Kalau anda nak tahu, perbatuan kereta boleh ditipu awal-awal lagi iaitu sebelum kereta tersebut masuk ke dalam Auction. Di sinilah bergunanya Japanese Registration Certificate. Untuk pengetahuan anda, setiap kereta yang hendak dieksport ke luar Jepun perlu melakukan nyahdaftar dengan Japanese Transport Authority (MLIT).

Yang menariknya, segala maklumat yang relevan akan tertera dalam dokumen nyahdaftar tersebut, termasuklah sejarah ‘shaken'. Secara teknikal, shaken ini merupakan pemeriksaan keselamatan kenderaan yang wajib dibuat setiap dua tahun. Melihat kepada Japanese Registration Certificate di atas, anda akan perasan bahawa ada selang dua tahun di antara kedua-dua bacaan odometer. Ini memberitahu bahawa shaken dijalankan secara berkala.

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Tetapi kalau selang shaken yang dibuat itu tidak sampai 2 tahun, berkemungkinan terdapat cubaan dari penjual untuk padamkan rekod asal daripada tertera dalam sijil tersebut.

Jadi, abaikan sahajalah kereta yang ada Japanese Registration Certificate sebegitu. Apapun, perlu dimaklumkan bahawa Japanese Registration Certificate berharga sekitar RM 500 sekiranya anda mahu dapatkannya.

Konklusi

“Kereta recond Jepun lagi bagus, mileage rendah, jarang dipandu

Walaupun persepsi mengenai pemandu di Jepun kurang menggunakan kereta itu benar, tidak semestinya anda tidak perlu berhati-hati. Lakukan siasatan yang lebih mendalam dan jangan termakan dengan kata-kata jurujual. Mereka buat kerja mereka, anda buat kerja anda.

Juga bacaCarta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli "recond" berbanding pengedar rasmi

Tetapi kalau anda nak tahu, pengedar yang telus dan jujur juga sebenarnya ada. Cuma, tidak salah untuk lakukan sedikit kaji selidik demi melindung diri daripada sebarang penipuan yang mana ia melibatkan pembelian kereta recond yang anda berminat.

Juga bacaWaranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda