window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Mengapa Proton Iriz saya tidak didatangkan dengan tayar Goodyear?!” Ini sebabnya!

Faisal · Aug 30, 2020 03:35 PM

“Mengapa Proton Iriz saya tidak didatangkan dengan tayar Goodyear?!” Ini sebabnya! 01

Sewaktu Proton Iriz facelift 2019 dilancarkan di Malaysia, semua varian didatangkan dengan roda 15-inci yang berukuran 185/55 R15. Model permulaan 1.3 Executive manual pula didatangkan dengan roda 14-inci yang berukuran 175/65 R14.

Namun demikian, beberapa pemilik Iriz telah mempersoalkan jenama tayar yang didatangkan pada kenderaan mereka. Sekiranya anda lihat, Iriz didatangkan dengan tayar Silverstone Kruizer NS800 ataupun Goodyear Assurance.

“Mengapa Proton Iriz saya tidak didatangkan dengan tayar Goodyear?!” Ini sebabnya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sesetengah pemilik kurang berpuas hati jika Iriz mereka tidak didatangkan dengan tayar Goodyear. Untuk maklumat anda, perkara sebegini sudah kebiasaan malah pada kenderaan jenama terkemuka seperti BMW sekalipun.

Bercakap mengenai Proton, keputusan untuk menggunakan tayar jenama yang berlainan pada Proton Iriz ialah disebabkan oleh bekalan tayar Silverstone yang terhad. Oleh itu, Proton memilih jenama Goodyear untuk melengkapkan roda pada Proton Iriz.

Namun begitu, mereka menjelaskan bahawa kedua-dua tayar telah menepati spesifikasi dan piawan prestasi dan keselamatan untuk Proton Iriz. Dalam erti kata lain, kedua-dua tayar memberikan kadar pengendalian, keselesaan dan kualiti bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang serupa.

Model Silverstone Kruizer NS800 Goodyear Assurance
Saiz 185/55 R15 185/55 R15
Indeks beban (beban setiap tayar) 82 (475 kg) 82 (475 kg)
Kadar kelajuan tayar H (210 km/j) V (240 km/j)
Kadar haus 320 280
Kadar cengkaman A A
Kadar suhu A A

Sebagai perbandingan, kedua-dua tayar memiliki kadar beban “H” dan kadar cengkaman dan ketahanan suhu “A” yang sama. Walaupun Kruizer NS800 mempunyai kadar kelajuan “H” yang lebih rendah (sehingga 210 km/j) berbanding Assurance yang mempunyai kadar “V” (sehingga 240 km/j), Kruizer mempunyai kadar haus yang lebih baik pada 320.

Tayar Silverstone dan Goodyear mungkin tidak serupa dalam aspek teknikal tetapi pengguna dijamin akan kualiti yang diberi oleh kedua-dua tayar tersebut.

Sekiranya anda inginkan tayar yang lebih berprestasi tinggi, terdapat pelbagai pilihan lain di pasaran jika anda ingin menukar apabila tiba masanya nanti.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda