window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami

Faisal · Feb 19, 2021 12:00 PM

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 01

UMW Toyota Motor (UMWT) memulakan tahun ini dengan pelancaran facelift untuk Toyota Innova dan Fortuner. Sebelum ini, kami beri panduan untuk mereka yang berminat dengan Innova. Kali ini, kami akan beri tips untuk mereka yang berminat dengan Fortuner pula.

Antara perubahan yang paling ketara kali ini ialah pada varian pengenalan 2.4 AT yang hanya terhad untuk Sabah, Sarawak, dan Labuan. Mari kita mulakan dengan rumusan varian dan harga seperti berikut:

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior – Pilih yang anda suka

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 01

Sebagai model facelift, Fortuner 2021 menampilkan beberapa pembaharuan visual. Namun begitu, lampu LED dengan 4 suluh hanya khas untuk varian VRZ sahaja. Dua varian di bawahnya hanya datang dengan lampu LED kembar.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 02

Selain itu, varian VRZ tampil dengan visual depan yang berlainan. Ini jelas pada gril yang lebih kecil dan susunan lampu kabus yang berbeza.

Varian VRZ dan SRZ juga hadir dengan roda 18 inci tetapi unik untuk varian VRZ ialah sentuhan dwi-tona. Varian 2.4 pula hanya datang dengan saiz 17 inci.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 03

Varian VRZ dilengkapi dengan lampu insyarat jenis sequential, manakala varian 2.4 hanya datang dengan jenis mentol

Terpulang pada pembeli, Toyota Fortuner 2021 hadir dengan pilihan warna:

  • Medium Silver Metallic
  • Silver metallic
  • Attitude Black Mica
  • Phantom Brown Metallic
  • Super White II
  • Bronze Mica Metallic (warna baru)

Khusus untuk varian VRZ, pembeli yang memilih warna Super White II dan Bronze Mica Metallic boleh mengenakan bumbung, tiang-A, cermin sisi, dan spoiler belakang dengan warna hitam.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 04

Contoh personafikasi varian VRZ untuk warna Super White II dan Bronze Mica Metallic

Interior – Anda nak nampak mahal atau lasak?

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 05

Secara standard, Toyota Fortuner ditawarkan dengan 7 tempat duduk dan ciri seperti:

Kelengkapan standard pada Toyota Fortuner 2021
Infotainment

SIstem infotainment sesentuh 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto

6 pembesar suara

Kluster instrumen Optitron dengan skrin maklumat 4.2 inci
Kerusi barisan ke-2 & ke-3 Lipatan 60:40 dengan pelarasan sandar
Mod pemanduan Eco, Normal, Power
Port USB dengan pengecas pantas VRZ: 2, 2.4 & SRZ: 3

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 06

Kabin varian 2.8 VRZ 

Jujurnya, varian 2.4 nampak paling lasak. Ia datang dengan kerusi fabrik (pelarasan manual), tiada penyejuk minuman di dalam glovebox, dan tiada ambient lighting.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 07

Penyaman udara automatik, mungkin tak penting untuk sesetengah pengguna

Varian ini juga tiada penyaman udara automatik seperti yang terdapat pada varian SRZ dan VRZ.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 08

Ambient lighting pada varian VRZ

Untuk kegunaan yang tidak terlalu lasak, tiada masalah untuk anda pilih varian SRZ ataupun VRZ. Lagipun, varian VRZ ada ciri lampu ambient lighting.

Prestasi – enjin lebih besar lebih baik?

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 09

Bagi anda yang belum tahu, varian VRZ hadir dengan enjin 2.8L turbodiesel yang sama pada Toyota Hilux Rogue. Enjin ini cukup terkenal dengan kuasanya.

Apapun, enjin 2.7L dan 2.4L masih ditawarkan seperti sebelum ini. Spesifikasi enjin mengikut varian adalah seperti berikut:

Varian dan trenkuasa Toyota Fortuner 2021
2.4 4X4

2GD-FTV

2.4L. turbodiesel, 4 silinder

150 PS / 400 Nm tork

Automatik 6 kelajuan

2.7 SRZ 4X4

2TR-FE

2.7L, petrol aspirasi natural, 4 silinder

166 PS / 245 Nm tork

Automatik 6 kelajuan

2.8 VRZ 4X4

1GD-FTV

2.8L, turbodiesel, 4 silinder

205 PS / 500 Nm tork

Automatik 6 kelajuan

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 10

Kluster instrumen Optitron dengan skrin maklumat 4.2 inci adalah standard pada semua varian

Sebelum ini. kami pernah menguji-pandu Toyota Hilux Rogue. Pada pendapat kami, enjin 2.8L yang baru ini cukup padu dan lancar. Tetapi ini bukan bermaksud varian petrol tidak bagus. Cumanya ia boleh terasa agak lemau untuk kereta seperti Fortuner.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 11

Pada masa yang sama, varian VRZ dilengkapi dengan sistem stereng Variable Flow Control (VFC) yang melaras kuasa stereng mengikut kelajuan untuk memudahkan pemanduan pada permukaan yang mencabar.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 12

Varian SRZ dan VRZ juga hadir dengan Auto Limited Slip Differential (A-LSD). Sistem ini mengawal brek apabila roda belakang mula tergelincir. Teknologi sebegini cukup berguna sewaktu roda kekurangan cengkaman.

Ciri keselamatan – satu varian sahaja yang ada TSS

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 13

Secara standard, Toyota Fortuner 2021 hadir dengan ciri keselamatan seperti:

  • 7 beg udara
  • Peletak kerusi bayi ISOFIX
  • ABS & EBD
  • Active Traction Control (A-TRC)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Vehicle Stability Control (VSC)

Amaran titik buta dan pelintas bahagian belakang (BSM, RCTA) (boleh tambah pada varian 2.4)

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 14

Unik untuk varian VRZ ialah ciri bantuan keselamatan ADAS (TSS) yang merangkumi:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert dengan Yaw Assist (LDA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)

Konklusi – dah buat pilihan anda?

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 15

Apapun, pilihan sepatutnya berpandukan tujuan yang hendak anda gunakan.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 16

Untuk anda yang tinggal di Malaysia Timur seperti Sabah, Sarawak, dan Labuan, varian 2.4 yang lebih murah sebenarnya lebih sesuai. Ia serasi dengan keperluan penggunaan yang lebih lasak seperti offroad ataupun mengangkut muatan yang berat.

“Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami 17

 Ciri but belakang berkuasa dengan pengesan kaki yang datang pada varian SRZ dan VRZ

Untuk Semenanjung pula, varian SRZ sudah memadai tetapi varian VRZ lebih mengagumkan kerana ia datang dengan enjin yang padu dan ciri keselamatan yang serba moden.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda