15 – 21 Ogos: Harga minyak naik

Mersita · Aug 14, 2020 05:33 PM

Minggu lepas, kita lihat penurunan 5 sen bagi minyak RON 95 dan RON 97 dari minggu sebelumnya. Bermula 12.01 am tengah malam ini, harga minyak kembali naik 5 sen bagi RON 95 dan 97 manakala naik 3 sen bagi minyak diesel.

Oleh itu, harga minyak bagi minggu seterusnya iaitu 15 Ogos hingga 21 Ogos 2020 adalah seperti berikut:

  • RON 95 – RM 1.68/liter (+RM 0.05)
  • RON 97 – RM 1.98 (+RM 0.05)
  • Diesel Euro 2M – RM 1.82 (+RM 0.03)
  • Diesel Euro 5 – RM 1.92 (+RM 0.03)

Ikuti WapCar – BM di Facebook untuk kemaskini pantas setiap minggu dan banyak lagi artikel menarik bagi pemandu di Malaysia!

Comments