Cap ayam: Bagaimana nak tahu aksesori dan barang kereta yang anda beli itu asli?

Jika anda lihat di sekeliling anda, terdapat banyak pemilik kenderaan yang menambah atau menukar pelbagai jenis aksesori daripada nut tayar, tempat duduk, ataupun stereng untuk tampak lebih ranggi.

Memang tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia kreatif dan suka untuk menggayakan kereta mereka.

Ada yang terlampau sangat pun ada...

Namun begitu, ada yang terlepas pandang, tidak tahu, ataupun mengambil ringan betapa bahayanya penggunaan aksesori palsu yang berkualiti rendah di kenderaan anda. Malah, ia sebenarnya membahayakan nyawa anda sendiri.

Jika anda membeli brek Brembo asli baru, pastikan ia datang dengan 
kad anti pemalsuan beserta nombor siri.

Antara jenama aftermarket yang terkenal adalah seperti Momo, Nardi, Bride, Rays Engineering, Brembo dan sebagainya.

Menatang 'turbo fan' ni takde fungsi langsung. Usahlah membazir duit anda.

Ini antara jenama dambaan kaum lelaki (wanita juga ada) untuk membuatkan kereta tampak lebih bergaya dan juga menambah baik prestasi baik dari segi kawalan pengendalian ataupun perasaan memandu. Tapi betul ke? 

Tempat duduk 'bucket' Bride Asli (kiri) vs palsu (kanan). Gambar dari ProSportsAuto.

Dalam rencana ini, kami akan terangkan bagaimana untuk mengetahui barang aksesori (ataupun selalu disalah sebut sebagai aksesori kereta sukan) yang anda ingin gantikan adalah barang palsu dan tidak.

Harga

BEAKS adalah jenama dari Amerika Syarikat yang mengeluarkan bar untuk Honda SAHAJA. Bila masa ada untuk Proton pula?

“You get what you paid for”. Ini benda pertama yang paling senang untuk menilai. Jika harganya kedengaran seperti tak masuk akal (terlalu murah), besar kemungkinan ianya palsu. Nasihat kami ialah sila buat uji kaji harga barang tersebut dan ada untuk model kereta apa di laman web pengeluar produk.

Ini harga sebenar bar jenama BEAKS di laman web pengedar. $140 USD bersamaan dengan RM 598 tidak termasuk pos. Nampak tak  beza harga?

Jika tidak ada tanda harga, buatlah perbandingan di laman e-dagang atau ruangan classified seperti Shopee, Mudah.my, Carousell dan Facebook Marketplace.

Antara pilihan tempat duduk Bride di Jepun. Semestinya asli. Tengok harga dia lah...

Jika anda ingin lebih maklumat, buatlah uji kaji dimana asalnya produk itu dikeluarkan. Contohnya, jenama Bride asalnya dari Jepun. Disana, ramai yang menjual barangan mereka di ruangan classified Japan Yahoo Auction.

Anda boleh memilih untuk melihat harga baru ataupun terpakai. Dari situ anda dapat menilai dengan lebih tepat berapakah harga sesebuah model atau barangan tersebut.

Kemasan

Cuba sentuh dan lihat barangan tersebut dengan lebih terperinci. Selalunya, tekstur dan tahap ketumpatan barangan palsu agak kasar. Malah, anda boleh menilai hanya dengan melihat/menyentuh logo dan huruf/perkataan.

Kualiti pelekat yang ada juga boleh menimbulkan tanda tanya sama ada ianya asli ataupun palsu.

Pam minyak Walbro, banyak digunakan pada kereta berprestasi tinggi

Jika anda mempunyai rakan yang memiliki barangan dari jenama yang sama, anda boleh membuat perbandingan dengan lebih tepat.

Kekuatan

Tercabut haa! Gambar dari Robbie Ferreira.

Dah nama pun palsu kan, nak cakap apa lagi? Produk asli telah diuji berkali-kali serta melalui garis panduan dan tahap produksi yang sangat ketat bagi memastikan tahap kekuatan sesebuah produk berada di piawaian tertinggi.

Oleh sebab itu harganya mahal kerana setiap kecacatan dan kerosakkan telah dibetulkan sebelum ia dipasarkan.

Kilang pembuatan stereng Nardi.

Ambil contoh stereng jenama Nardi, antara sebuah jenama popular di kalangan peminat kereta. Nardi ini berasal dari Itali dan ditubuhkan pada tahun 1951 oleh pengasasnya Enrico Nardi.

Enrico Nardi (berbaju gelap) dengan Giovanni Michelottiti disebelah kanan dengan Plymouth Silver Fury tahun 1960.

Dia adalah seorang jurutera, pelumba kereta dan pereka. Malah dia adalah pemandu percubaan Ferrari yang pertama, sebab itu anda lihat banyak Ferrari klasik datang dengan stereng Nardi.

Dari sekecil-kecil Mazda MX-5 hinggalah ke hypercar McLaren F1, jentera terbaik keluaran pengeluar kereta selalunya menggunakan stereng Nardi.

Dipendekkan cerita, banyak pengeluar kenderaan lain seperti Mazda, Subaru, Lamborghini, Lotus, McLaren, Volkswagen, BMW dan lain-lain pernah datang dengan stereng Nardi sebagai kelengkapan asas.

Tiada kemasan sebegini dijual secara rasmi Nardi. Dan lihat harganya.

Jadi kenapa sejak kebelakangan ini tiba-tiba ada Nardi dari Thailand, dengan gentian karbon, titanium dan banyak lagi rekaan pelik pula?

Jika anda lihat di laman web Nardi, tiada kemasan sebegitu. 

Tetapi tidak kisahlah Nardi ataupun Momo sekalipun, lihat video di atas bagaimana bahayanya memakai stereng palsu. Amacam? Berbaloi ke tidak semata-mata untuk gaya sahaja?

Lihat katalog di laman web jenama tersebut

Contoh katalog Proton R3 tahun 2015, lengkap dengan segala macam maklumat.

Saban tahun setiap jenama aftermarket akan mengeluarkan katalog produk terbaharu mereka yang penuh lengkap dengan gambar, harga, spesifikasi, warna dan sebagainya. Zaman internet ini, kebanyakkan boleh dilihat secara dalam talian dengan mudah.

Informasi yang ada akan memudahkan anda untuk membuat anggaran harga barang yang ingin dibeli serta lokasi pengedar sah barangan tersebut.

Seperti laman web Pakelo Lubricants Malaysia, mereka ada pengkala data bagi pengedar sah produk mereka.

Jika tiada pengedar di Malaysia, anda boleh meletakkan pesanan dalam talian secara terus di laman web jenama barangan tersebut ataupun laman pembekal dalam talian seperti RHDJapan dan Nengun.

Bukan sahaja barangan kereta, benda lain pun boleh!

Alternatif lain yang anda boleh lakukan ialah dengan meminta servis barangan dari sana melalui syarikat yang menawarkan perkhidmatan membeli untuk anda dengan caj tertentu (seperti pembeli peribadi).

Barang aksesori baru dan terpakai untuk pelbagai jenis kereta di Velocity Stage.

Cara yang lebih jimat adalah dengan membeli secara terpakai melalui beberapa pengedar barangan halfcut yang boleh dipercayai seperti Sinar Modifikasi ataupun Velocity Stage (kedua ini kebanyakkan menjual barang dari Jepun), namun tidak semestinya barang aksesori yang anda inginkan itu ada kerana semua ini bergantung kepada nasib.

Akhir sekali, setiap barangan asli mempunyai nombor siri yang boleh disemak untuk memastikan apa yang anda beli itu asli.

Kesimpulan

Palam pencucuh pun banyak yang palsu.

Kami berharap tips ringkas kami ini mampu membantu anda untuk tidak terpedaya dengan barangan aksesori yang nampak macam asli namun sebenarnya palsu mahupun memakai barangan palsu itu sendiri kerana ia lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Biarlah berbelanja mahal sekali, janji anda rasa tenang kerana tahu ia adalah asli, sudah diuji ketahanannya, kualiti terjamin, ada waranti serta tidak membahayakan anda dan orang disekeliling. Malah ada juga yang memberikan waranti seumur hidup.

Kalau masih belum mampu lagi, kumpul duit perlahan-lahan dan jangan gopoh kerana anda bukan nak berlumba-lumba dengan sesiapapun. Tiada guna mengejar status atau konon ingin menjadi raja di media sosial atau dalam demi mengejar Like dan Followers.

Passionate motorsports and automotive enthusiast with a touch of creative infused mind. Versatility is his motto and mantra. He enjoys driving (drifting, actually) anything rear-wheel drive with a proper limited slip differential over their limit.

Latest News

Owner Stories
Mod My Car: 1994 Mercedes Benz E280 (W124): Straying away from ‘standard’
** This article is the personal experience of a 1994 W124 Mercedes Benz E280 owner and does not necessarily reflect the views of WapCar.Instagram: @chrisxchingAbout the Mercedes-Benz E280 (W124)The Mercedes-Benz W124s, or people like to call them “German tanks”, have a reputation of being built to last, not to mention over-engineered as well. Some people say that these cars are the last “real” Mercedes-Benz ever built, due to the newer models having more electronics, redu
News
Turbocharged Subaru Forester could return with Levorg’s new 1.8L turbo
When the fourth-generation Subaru Forester bowed out in 2018, it marked the discontinued of the turbocharged engine that was featured on every generation of the model.If a report by a Taiwanese publication is to be believed, Subaru could reintroduce the turbocharged mill on the fifth-generation Forester – back-pedalling its early decision to keep the Forester non-turbocharged.The Forester's naturally-aspirated millThe same report also mentioned that Subaru could plonk in the same 1.8-l
News
Khairy: Third national car? Never even discussed
The third national car company project has been a very controversial topic among Malaysiansever since it was proposed. Even with a change in government, the project seemed to be ongoing despite not knowing where some of the funds went.Interestingly, another minister has said that the third national car project might not even be considered for development. This was first pointed out by Careta.Minister of Science, Technology, and Innovation, Khairy Jamaluddin has said in a townhall livestrea
News
Spied: Hyundai Custo MPV sans camouflage
Previously we reported that Hyundai has an MPV named the Hyundai Custo in the works in China, but our previous reports are of an MPV in the compact segment. Now clear spy shots of the MPV in China have surfaced on the internet and we discovered that the Custo is not a small MPV at all.At first glance, the Hyundai Custo looked to be in bad shape, even the front tow hook is deployed! We suspect this could be a result of having its camouflage stickers removed.Right off the bat, you can tell that it
Buying Guides
Buying used cars: 5 signs a car has been in an accident
A knight in shining armor is a man who has never had his metal truly tested. Likewise, a pristine looking car is a car that hasn’t been driven much. While the former may be an inspirational phrase, the latter is a sign of a good used car.When shopping for a used car, it is normal to see dings, scratches, or the occasional putty. Small damages are good for bargaining, but a used car with major damage is much better avoided. Whether or not to go on with the purchase is entirely up to you. Th

More

Recommended Cars

Latest Popular
BMW X1
RM 208,368 - 233,800 TBC
Get Best Price
BMW 1 Series
RM 355,646 TBC
Get Best Price
Perodua Myvi
RM 41,292 - 52,697 TBC
Get Best Price
Toyota Corolla Cross
RM TBC TBC
Get Best Price
Land Rover Range Rover Evoque
RM 426,828 - 475,398 TBC
Get Best Price
Toyota RAV4
RM 215,664 TBC
Get Best Price
Kia Seltos
RM TBC TBC
Get Best Price
BMW X5
RM 440,745 - 618,800 TBC
Get Best Price
Ford Ranger
RM 90,888 - 208,888 TBC
Get Best Price
Honda BR-V
RM 86,726 - 93,420 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG CLA
RM 448,888 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG A-Class
RM 336,278 - 459,888 TBC
Get Best Price
Ferrari F8 Spider
RM 1,178,000 TBC
Get Best Price
Ferrari 812 GTS
RM 1,538,000 TBC
Get Best Price
BMW 8 Series
RM 968,800 - 1,088,800 TBC
Get Best Price
BMW X6
RM 729,800 TBC
Get Best Price
Land Rover Discovery Sport
RM 379,800 - 409,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-9
RM 282,520 - 336,610 TBC
Get Best Price
Mazda 2 Hatchback
RM 100,870 - 101,310 TBC
Get Best Price
Mazda MX-5
RM 266,154 - 268,154 TBC
Get Best Price
Honda Accord
RM 178,203 - 187,390 TBC
Get Best Price
Honda Civic
RM 109,326 - 134,661 TBC
Get Best Price
Lexus UX
RM 243,888 - 299,888 TBC
Get Best Price
Proton X70
RM 94,800 - 122,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-30
RM 141,649 - 170,459 TBC
Get Best Price
Volkswagen Passat
RM 189,012 - 210,000 TBC
Get Best Price
BMW 3 Series
RM 248,800 - 293,800 TBC
Get Best Price
Perodua Bezza
RM 34,580 - 49,980 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz GLC
RM 281,594 - 349,888 TBC
Get Best Price
Hyundai i30N
RM 298,888 TBC
Get Best Price
MINI Clubman
RM 262,888 - 358,888 TBC
Get Best Price
McLaren GT
RM 908,000 TBC
Get Best Price
Volvo S60
RM 295,888 TBC
Get Best Price