‘Balancing’ dan ‘alignment’, adakah anda betul-betul perlukannya?

Apabila anda memasang tayar atau rim baru, mekanik kedai tersebut kadang-kadang akan membuat penyeimbangan (balancing) dan penjajaran (alignment) untuk kereta anda. Memang anda kena bayar lebih sikit lah.

Persoalannya adalah; adakah penyeimbangan dan penjajaran ini betul-betul perlu? Adakah ia hanya gimik semata-mata untuk pengusaha kedai tayar buat duit lebih? Sebelum anda buat sebarang kesimpulan, jom kita fahami terlebih dahulu tentang penyeimbangan dan penjajaran.

Pernahkah anda lihat mekanik meletakkan tayar anda di atas sebuah mesin dan melekatkan beberapa pemberat pada rim tayar anda? Itu adalah penyeimbangan (balancing).

Pemberat tersebut digunakan untuk mengimbangi pembahagian jisim keseluruhan tayar anda bagi memastikan yang tayar anda mempunyai putaran yang seimbang dan sekata. Apabila tayar anda tidak diseimbangi, anda akan mengalami gegaran berlebihan pada stereng semasa memandu laju sedikit kerana tayar anda tidak berputar dengan sekata.

Ini akan menyebabkan ketidakselesaan disamping membuatkan anda risau semasa memandu. Ia juga akan menyebabkan tayar haus dengan tidak sekata dan ini akan memberi impak pada prestasi sebenar tayar serta ketahanannya.

Penjajaran (alignment) tayar pula adalah penyelarasan sudut tayar bagi memastikan yang kereta bergerak dalam satu garisan lurus apabila stereng diluruskan. Tujuannya bukan sahaja untuk membuatkan kereta anda bergerak lurus dengan mudah seperti yang sepatutnya, tetapi ia juga mengurangkan hakisan tayar kerana anda sudah tidak perlu membetulkan sudut stereng anda berkali-kali apabila memandu di jalan yang lurus.

Rim besi pun perlukan penjajaran juga

Satu isyarat yang menandakan kereta anda memerlukan penjajaran ialah apabila kereta anda tersasar dari landasannya (di atas jalan rata) walaupun stereng anda sudah diluruskan. Satu lagi cara untuk memastikan samada penjajaran harus dibuat atau tidak ialah apabila stereng anda tidak seimbang atau lurus semada memandu di jalan yang lurus.

Satu perkara yang merosakkan keseimbangan dan penjajaran kereta anda adalah apabila anda melanggar lubang jalan dengan kuat dimana ia memberi kejutan hebat pada seluruh badan kereta. Oleh itu, walaupun anda telah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan lubang semasa memandu, tetapannya memang akan berkurang sedikit demi sedikit sepanjang jarak tempuh kereta anda.

Selalu sangat langgar lubang? Sumber: Facebook Brotherhood Shah Alam

Pengimbangan dan penjajaran tayar kereta selalunya dibuat sekaligus kerana keduanya adalah penjagaan berkaitan tayar. Selang waktu yang disarankan untuk anda membuat pemeriksaan tayar adalah setiap 10,000 km. Walaubagaimanapun, jika anda rasa gegaran pada stereng anda berlebihan apabila dipandu laju sedikit atau kereta anda tidak bergerak lurus, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan ini.

Antara kebaikan penjajaran dan penyeimbangan yang baik adalah pemanduan anda akan jadi lebih selesa dan tepat. Yang paling penting, hakisan tayar yang berlebihan juga dapat dielakkan.

Jika anda seorang pemandu profesional, selalunya anda akan mengambil lebih langkah berjaga-jaga dan sering memastikan keseimbangan dan penjajaran tayar anda sentiasa dalam keadaan sempurna. Walaupun anda pemandu biasa-biasa sahaja, anda masih perlu rajin membuat pemeriksaan rutin setiap 10,000 km.

Mersita

Penulis

Dari bidang hartanah kini ke automotif, penulis berpendapat ‘research’ amat penting dalam proses pembelian aset (fikir sampai hangus baru beli). Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta. “The future is electric”.

Latest News

Owner Stories
Mod My Car: 1994 Mercedes Benz E280 (W124): Straying away from ‘standard’
** This article is the personal experience of a 1994 W124 Mercedes Benz E280 owner and does not necessarily reflect the views of WapCar.Instagram: @chrisxchingAbout the Mercedes-Benz E280 (W124)The Mercedes-Benz W124s, or people like to call them “German tanks”, have a reputation of being built to last, not to mention over-engineered as well. Some people say that these cars are the last “real” Mercedes-Benz ever built, due to the newer models having more electronics, redu
News
Turbocharged Subaru Forester could return with Levorg’s new 1.8L turbo
When the fourth-generation Subaru Forester bowed out in 2018, it marked the discontinued of the turbocharged engine that was featured on every generation of the model.If a report by a Taiwanese publication is to be believed, Subaru could reintroduce the turbocharged mill on the fifth-generation Forester – back-pedalling its early decision to keep the Forester non-turbocharged.The Forester's naturally-aspirated millThe same report also mentioned that Subaru could plonk in the same 1.8-l
News
Khairy: Third national car? Never even discussed
The third national car company project has been a very controversial topic among Malaysiansever since it was proposed. Even with a change in government, the project seemed to be ongoing despite not knowing where some of the funds went.Interestingly, another minister has said that the third national car project might not even be considered for development. This was first pointed out by Careta.Minister of Science, Technology, and Innovation, Khairy Jamaluddin has said in a townhall livestrea
News
Spied: Hyundai Custo MPV sans camouflage
Previously we reported that Hyundai has an MPV named the Hyundai Custo in the works in China, but our previous reports are of an MPV in the compact segment. Now clear spy shots of the MPV in China have surfaced on the internet and we discovered that the Custo is not a small MPV at all.At first glance, the Hyundai Custo looked to be in bad shape, even the front tow hook is deployed! We suspect this could be a result of having its camouflage stickers removed.Right off the bat, you can tell that it
Buying Guides
Buying used cars: 5 signs a car has been in an accident
A knight in shining armor is a man who has never had his metal truly tested. Likewise, a pristine looking car is a car that hasn’t been driven much. While the former may be an inspirational phrase, the latter is a sign of a good used car.When shopping for a used car, it is normal to see dings, scratches, or the occasional putty. Small damages are good for bargaining, but a used car with major damage is much better avoided. Whether or not to go on with the purchase is entirely up to you. Th

More

Recommended Cars

Latest Popular
BMW X1
RM 208,368 - 233,800 TBC
Get Best Price
BMW 1 Series
RM 355,646 TBC
Get Best Price
Perodua Myvi
RM 41,292 - 52,697 TBC
Get Best Price
Toyota Corolla Cross
RM TBC TBC
Get Best Price
Land Rover Range Rover Evoque
RM 426,828 - 475,398 TBC
Get Best Price
Toyota RAV4
RM 215,664 TBC
Get Best Price
Kia Seltos
RM TBC TBC
Get Best Price
BMW X5
RM 440,745 - 618,800 TBC
Get Best Price
Ford Ranger
RM 90,888 - 208,888 TBC
Get Best Price
Honda BR-V
RM 86,726 - 93,420 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG CLA
RM 448,888 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG A-Class
RM 336,278 - 459,888 TBC
Get Best Price
Ferrari F8 Spider
RM 1,178,000 TBC
Get Best Price
Ferrari 812 GTS
RM 1,538,000 TBC
Get Best Price
BMW 8 Series
RM 968,800 - 1,088,800 TBC
Get Best Price
BMW X6
RM 729,800 TBC
Get Best Price
Land Rover Discovery Sport
RM 379,800 - 409,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-9
RM 282,520 - 336,610 TBC
Get Best Price
Mazda 2 Hatchback
RM 100,870 - 101,310 TBC
Get Best Price
Mazda MX-5
RM 266,154 - 268,154 TBC
Get Best Price
Honda Accord
RM 178,203 - 187,390 TBC
Get Best Price
Honda Civic
RM 109,326 - 134,661 TBC
Get Best Price
Lexus UX
RM 243,888 - 299,888 TBC
Get Best Price
Proton X70
RM 94,800 - 122,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-30
RM 141,649 - 170,459 TBC
Get Best Price
Volkswagen Passat
RM 189,012 - 210,000 TBC
Get Best Price
BMW 3 Series
RM 248,800 - 293,800 TBC
Get Best Price
Perodua Bezza
RM 34,580 - 49,980 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz GLC
RM 281,594 - 349,888 TBC
Get Best Price
Hyundai i30N
RM 298,888 TBC
Get Best Price
MINI Clubman
RM 262,888 - 358,888 TBC
Get Best Price
McLaren GT
RM 908,000 TBC
Get Best Price
Volvo S60
RM 295,888 TBC
Get Best Price