4 model kereta paling penting keluaran 2020, Perodua Myvi Style dan banyak lagi!

Mersita · Jun 12, 2020 03:48 PM

Tahun 2020 memang sucks sikit disebabkan pandemik, tapi tak apa. Ada sebab untuk bergembira kerana tahun ini pembuat-pembuat kereta kegemaran anda tengah bersiap siaga untuk memperkenalkan barisan model-model terbaharu mereka.

Perodua Bezza 2020 merasmikan pembukaan tirai 2020 pada awal bulan Januari, diikuti pula oleh Volkswagen Passat yang terbaru, BMW X1, BMW 320iMazda CX-30 dan Proton X70 CKD 2020.

Takkan tu je? Jangan risau, banyak lagi ni!

Nissan Almera 2020

Nissan Almera kini lebih cantik, lebih mengancam dari dulu

Nissan Almera serba baru yang akan datang adalah model penting bagi Nissan Malaysia setelah sekian lama syarikat itu tidak mengeluarkan model baru.

Kit badan yang ranggi lagi bergaya, sesuai sangat untuk kaki racing

Inilah dia Almera baru yang membuat debut rantauannya di Thailand pada November tahun lepas, memaparkan enjin petrol 1.0 liter turbocharged 3 silinder serba baru.

Setelah pelancaran ini, kita belum tahu lagi bila enjin turbocharged baru ini akan sampai ke tanah air kita kerana enjin tersebut adalah solusi bagi Nissan untuk mematuhi skim Thai Eco Car Phase 2.

Kami rasakan yang enjin naturally-aspirated 1.5 liter dengan 4 silinder yang lebih jimat kos barangkali akan dipadatkan pada unit yang akan dipasang di Malaysia.

Perodua Myvi Style 2020

Walaupun gambar ini hanyalah imej rendering, tapi ia boleh berikan anda gambaran tentang rupa sebenar Myvi terbaru nanti.

Kejutan dari Perodua nanti adalah keluaran Perodua Myvi Style – terangkat beb!

Kita boleh jangkakan yang Myvi Style ini nanti akan dapat rawatan yang sama dengan Axia Style, termasuklah rekaan dan stailing seakan-akan SUV di bahagian luar dan dalam kereta.

Merujuk kepada sumber-sumber berkaitan, Myvi Style terbaru ini dijangka akan didatangkan dengan enjin petrol Dual VVT-i 1.5 liter 4 silinder yang sama.

Perodua D55L SUV 2020

Dirancang untuk menjadi model Perodua yang sulungkali dibina atas Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Perodua D55L dijangka untuk sampai di ruang-ruang pameran hujung tahun ini.

Selain daripada platform DNGA terbarunya, Perodua D55L ini juga dikatakan untuk memaparkan enjin turbocharged 1.0 liter dengan 3 silinder serba baru dan dipadankan pula dengan transmisi automatik jenis CVT.

Oleh itu, Perodua D55L ini bukanlah saingan terus kepada Proton X50 yang akan dilancarkan nanti, seperti yang dibincangkan disini.

Proton X50 2020

Kami dah pandu Geely Binyue, dah hampir-hampir nak jatuh cinta…

Inilah dia, model yang paling ditunggu-tunggu tahun ini… dan kami faham kenapa.

Kalau anda suka dalaman Proton X70, anda juga akan suka dengan bahagian dalaman Binyue. Memang best..

Proton X70 telah mengukuhkan penerimaan rakyat Malaysia terhadap produk Geely, dan respon yang kami dapat setakat ini rata-rata positif semuanya. Jika semuanya ngam, X50 dari Geely Binyue ini akan mampu mengekalkan momentum Proton di pasaran.

Kami telah cuba memandu uji Geely Binyue di China dan kami rasakan yang ia adalah model yang sangat kompeten.

Berdasarkan semua info yang ada setakat ini, garis masa sebenar untuk pelancaran kereta-kereta diatas masih tertakluk pada perubahan mengikut cara pengiraan baru OMV (Open Market Value) oleh kerajaan.

Comments