Tidak dinafikan, Honda City 2020 sememangnya antara sebuah kereta yang mendominasi segmen B sebelum ini. Model ini bersaing dengan Toyota Vios, Mazda 2 dan Volkswagen Vento dalam segmen B bagi pengeluar bukan tempatan.
Oleh itu, kami telah menyenaraikan kos-kos penyelenggaraan dan insurans untuk Honda City varian biasa 1.5 dan Honda City versi hibrid.
Honda City 1.5
Penyelenggaraan pertama dilakukan pada sela masa 6 bulan / jarak perbatuan 10,000 km. Tugas penyelenggaraan yang dilakukan adalah penukaran minyak hitam, penapis udara dan pemeriksaan brek. Kos bagi kesemua tugas-tugas tersebut adalah RM 235.39.
Seperti kesemua model Honda, servis penyelenggaraan dilakukan pada sela masa 6 bulan / jarak perbatuan 10,000 km.
Pada sela masa 24 bulan / jarak perbatuan 40,000 km, anda perlu menukar minyak CVT dengan kos sebanyak RM 127.17.
Kos penyelenggaraan paling mahal dilakukan pada jarak 48 bulan / 80,000 km. Hal ini kerana, tugas-tugas penyelenggaraan major mestilah dilakukan. Tugas-tugas yang akan dilakukan merangkumi penukaran minyak CVT, penapis minyak dan penyendal minyak (fuel retainer). Kosnya adalah RM 780.30.
Anda turut memerlukan belanja yang tidak kurang banyak selepas itu. Pada jarak 60 bulan / 100,000 km, tugas penyelenggaraan merangkumi penukaran spark plug. Honda City memerlukan spark plug jenis iridium dan kos 4 set spark plug iridium ini adalah RM 380.80. Hal ini menjadikan jumlah kos penyelenggaraan pada jarak ini menjadi RM 648.34.
Honda City Hibrid
Penyelenggaraan pertama dilakukan pada sela masa 6 bulan / jarak perbatuan 10,000 km. Kos bagi tugas-tugas penyelenggaraan Honda City Hibrid jauh lebih murah iaitu RM 98.29.
Kos penyelenggaraan paling mahal dilakukan pada jarak 60 bulan / 100,000 km. Seperti Honda City 1.5, kos ini disebabkan oleh harga spark plug iridium yang mencecah sehingga RM 573.58. Hal ini menjadikan jumlah kos penyelenggaraan pada jarak ini menjadi RM 841.12.
Honda City Hibrid menggunakan transmisi DCT automatik yang turut membantu mengurangkan kos penyelenggaraan. Minyak transmisi DCT automatik ini ditukar pada jarak perbatuan 160,000 km dengan kos penukaran sebanyak RM 71.57.
Kesimpulan
Dalam jangka masa 5 tahun / 100,000 km, kos penyelenggaraan dan servis Honda City 1.5 mencecah RM 3,880, sementara Honda City Hibrid hanya berharga RM 3,182. Hal ini bermakna, kos penyelenggaraan Honda City Hibrid adalah hampir RM 700 kurang berbanding Honda City 1.5.
Kos-kos yang disenaraikan tidak termasuk kos penukaran tayar atau bateri kereta.
Untuk sebut harga insurans bagi varian-varian Honda City, kami menerima sebut harga seperti di bawah:
*harga berdasarkan tiada NCD (No Claim Discount), tiada kos loading dan tiada penambahan perlindungan seperti cermin hadapan.
Berikut adalah jadual yang kami senaraikan sebagai perbandingan antara Honda City 1.5 V dan Honda City Hibrid.
Penafian: Artikel ini ditulis sebagai panduan sahaja. Tertakluk kepada perubahan harga semasa.