Rebiu Pemilik: Toyota Yaris - Si Kacak Yang Praktikal

**Artikel ini berkisar tentang pengalaman peribadi pemilik Toyota Yaris 2020 dan ia tidak semestinya mewakili pandangan WapCar.

Pemilik: Riezal Wahab


↓↓↓ Tekan Sini untuk Kongsi Cerita Anda ↓↓↓

Sudah lebih 4 bulan aku memiliki dan memandu Toyota Yaris 2020 ini. Kisahnya, aku telah menjual sebuah kereta harian kegunaan isteriku iaitu Perodua Viva Elite 1.0 (A) berwarna Midnight Blue yang telah berkhidmat selama hampir 11 tahun dengan jayanya. Berbagai ragam, pahit getir, suka dan duka telah dilalui bersama dengan si kenit Viva yang tak menghampakan itu.

Namun masanya tetap akan tiba, manusia pun boleh pencen begitu jugalah Perodua Viva ini terpaksa juga dijual kerana keutamaan untuk aku berikan kemudahan kepada isteriku menggunakan kereta baru untuk ulang-alik ke pejabat dengan selamat. Setelah lebih sepuluh tahun, asyik ‘sakit’ sahaja si Viva ini maklumlah sudah semakin uzur.

Garapan lining merah yang sporty

Demi keselamatan dan kemudahan kepada isteriku, kereta baru mesti dicari. Aku bukan tidak mahu kereta terpakai. Alasan munasabahku adalah kerana aku jenis gunakan kereta dalam tempoh yang lama, paling kuat pun lapan ke sepuluh tahun maka lebih baik membeli kereta baharu.

Persoalannya, apakah jenis kereta yang patut kubeli? Pada mulanya isteriku mahukan Mazda CX3. Aku tersenyum dan kukatakan padanya, bajet tidak melebihi RM80,000 sahaja. Aku syorkan MyVi model baharu kerana memang tujuan sebagai kereta harian ke pejabat, lagipun selesa sikit poketku membayarnya tiap-tiap bulan.

Namun isteriku rasa sudah jemu dengan jenama tempatan atas alasan sebelum ini sudahpun menggunakan Perodua, kali ini mahu yang lain pula. Lantas dalam fikiranku untuk mencari kereta yang sedap dipandu harian, menjimatkan bahan api, kos penyelenggaraan yang tidak terlalu mahal, selesa serta lasak dan sudah tentu bayaran bulanan yang tidak membebankan.

Aliran garis badan yang ergonomik

Antara model yang telah kami senarai pendekkan adalah antara Toyota Yaris dan Honda Jazz. Kami tidak mahu sedan kerana mahukan yang 'slick' dan sedikit 'sporty' walau tidak sehebat VW Golf GTi yang begitu ikonik itu.

Kebetulan Toyota Yaris baharu sahaja dipasaran dan imejnya telah memberi satu wadah kesegaran dari segi rekabentuk 'hatchback' segmen B berbanding dengan Honda Jazz yang masih mengamalkan 'head room' yang luas namun harus korbankan sedikit bentuk 'sporty' dengan ketinggian bumbungnya. Bukan bermaksud Honda Jazz tidak cantik tapi rekabentuknya tidak lagi 'fresh' pada pandanganku.

Sudut belakang yang mengancam

Dengan tawaran harga sebanyak RM77,000 untuk Toyota Yaris varian E pada ketika itu, bagiku boleh diterima. Untuk rekod, Yaris ditawarkan dengan varian J, E dan G. Kebetulan pula, Toyota masih tidak menaikkan harga jualannya pada ketika itu akibat dari pengumuman kadar cukai eksais dinaikkan, sedangkan pengeluar lain sudahpun menaikkan harga terutama saingan Yaris yang paling hampir iaitu Jazz. Bagiku, ini peluang yang tidak harus ditolak.

Kini pemilihan warna pula. Kami mahukan warna yang sentiasa malar hijau atau 'evergreen' seperti putih, merah dan silver. Hitam kami  tidak mahu kerana kami ada sebuah lagi kenderaan yang warnanya gelap jadi kali ini mahu warna yang ada kontras pabila kedua-dua kenderaan tersebut memgambil parkir di ruang 'porch' rumah kami.

Untuk Yaris, Toyota juga memperkenalkan satu warna baharu iaitu Citrus Mica Metalik atau aku lebih suka memanggilnya sebagai warna jus epal asam boi. Cantik dan sangat 'matching' dengan lentuk-liuk badan Yaris ini. Namun bagi kami, warna sebegini boleh dikatakan bermusim dan boleh menjadi sedikit cabaran pada masa hadapan jika mahu menjualnya. Maka kami hanya menumpu kepada warna putih, merah dan silver sahaja. Namun lebih mengharap kepada warna putih.

Penantian lebih kurang 3 minggu akhirnya kami dikhabarkan dengan berita gembira dari jurujual Toyota yang sangat membantu sejak dari awal masa membuat ‘booking’ lagi bahawa stok sudah ada dan paling mengujakan warna putih pilihan utama kami diperolehi. Bagiku warna putih sangat menyerlahkan lagi keterampilan Yaris ini.

Susuk tubuhnya nampak 'sporty' dengan kemasan bodykit yang tidak terlalu melampau. Paling menarik adalah tiang C yang tidak kelihatan akibat disorok dengan baik oleh panel hitam lalu menampakan satu dinamika pandangan seakan-akan bahagian tersebut terapung.

Toyota Yaris ini sebenarnya adalah Vios yang telah 'dikerat' belakangnya untuk menjadikan 'hatchback' yang kacak. Sudah tentulah bukan begitu sahaja 'dikeratnya'. Jangan salah faham pula. Sudah tentu ia harus melalui proses kejuruteraan yang jitu untuk menghasilkan bentuk 'hatchback' sedemikian rupa. Oleh yang demikian, dari tiang C hingga ke tiang A dan seterusnya hingga ke bonet depan Yaris dan Vios adalah sama termasuklah bahagian interior kedua-dua model ini. Beza cuma kemasan dan aksesori yang ditawarkan sahaja.

Kemasan cat putih, di selangkan dengan bahagian 'skirting' tepi, depan dan belakang warna hitam bersama panel di tiang C warna hitam serta cermin dilapisi dengan 'tinted' hitam di kontras pula dengan 'lining' merah di skirting tepi, depan dan belakang maka terserlahlah satu gaya 'sporty' yang segar kepada ‘hatchback’ CKD terbaharu dari Toyota untuk pasaran tempatan.

Enjin Dual VVTi yang terbukti cemerlang

Kilang kuasanya pula dijanakan dengan enjin 2NR-FE, 4 silinder, 16 injap, DOHC, Dual VVTi dengan kuasa kuda sebanyak 107 hp yang tidak asing lagi dalam dunia pemotoran Toyota dan dunia pemotoran secara amnya kerana telah terbukti sekian lama dengan kecemerlangannya dari segi ketahanan, kebolehpercayaan, penjimatan bahan api yang padu dan juga mesra alam.

Dual VVTi bermaksud ‘Dual Variable Valve Timing Intelligence’ di mana pengawalan secara dinamik sistem injap kemasukan dan ekzos oleh ECU untuk menghasilkan tork yang jitu pada setiap tahap rpm atau bilamana kuasa diperlukan tanpa memerlukan penggunaan bahan api yang banyak serta mesra alam dengan pengurangan emisi yang berbahaya. Kenderaan akan melayap dengan lebih lancar dan tidak hilang kuasa bila diperlukan.

Sejarah asal enjin ini sebenarnya adalah berasaskan enjin Toyota Vios 2003 dan dari zaman ke zaman melalui proses evolusi penambahbaikan dari segi kejuruteraannya ke tahap yang lebih baik mengikut citarasa pemandu dan keperluan semasa terutama dari segi penjimatan bahan api dan pengawalan alam sekitar tanpa perlu 'mengorbankan' prestasinya. Kilang kuasanya juga dipadankan dengan sistem kotak gear CVT yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan CVT keluaran Toyota, aku amat yakin dengan kebolehpercayaannya dan ketahanannya.

Kemasan serba kehitaman

Sudah lama Toyota 'bergelumang' dengan sistem CVT ini sejak dari dulu bukannya baharu. Bagiku, tidak perlu dirisaukan malahan dengan jaminan yang diberikan oleh Toyota untuk kenderaan baharu selama 5 tahun jaminan dengan pembatuan tanpa had, ini sangat melegakan.

Pemanduan Toyota Yaris ini sangat seronok dan lancar baik di jalan-jalan sesak ibukota mahupun di lebuhraya. Bilamana aku perlukan kuasa dengan menekan pedal minyak, ia tidak 'kedekut' untuk memberinya kepadaku. Untuk Yaris varian E ini di berikan tiga mode pemanduan iaitu ‘ekonomi’, 'default' dan ‘sports’. Aku mencuba ketiga-tiga mode tersebut. Kenderaan akan sentiasa berada pada mode 'default' pada setiap kali masa menghidupkan enjin.

Dengan mode ‘ekonomi’, rpm seolah-olah di sekat untuk pergi ke lebih tinggi dan kurasakan berat untuk bergerak semacam memandu sebuah lori 'kepala kasut' yang membawa muatan kayu balak. Ternyata mode ini sebenarnya lebih sesuai ketika kenderaan sudahpun berada pada kelajuan malar atau 'cruising speed' di lebuhraya maka dengan menggunakan mode ‘ekonomi’ ini dapat mencapai penjimatan bahan api yang maksimum itupun kalau anda tidak rasa bosan dengan kerasaan seperti memandu lori berat. Mode ini memang tidak sesuai dengan citarasaku.

Meter agak oldskool

Pabila mode ‘sports’ diaktifkan terasa benar kelainannya. Terasa kuasa sebenar yang dihamburkan oleh kilang kuasa Dual VVTi yang mantap bila menekan pedal minyak, memecut dengan lancar ke kelajuan yang lebih tinggi tanpa sebarang henjutan, dengan kata lain, 'dia nak pergi je'. Memang lebih agresif tetapi jangan terkejut semasa permulaan menekan pedal akan ada sedikit ngauman daripada enjin dan rpm sedikit tinggi, ini adalah karekter jentera yang menggunakan CVT. Namun, sepantas kilat rpm tinggi tersebut segera diselaraskan kepada kelajuan yang sesuai demi untuk menghasilkan tork yg cukup kepada kenderaan.

Dengan kuasa kuda sebanyak 107 hp dan penambahbaikan sistem injap kemasukan dan ekzos Dual VVTi, rasanya sudah cukup untuk Yaris 'menguasai' lorong kanan di lebuhraya. Yaris juga dibekalkan dengan 7 kelajuan 'Sports Sequential Shifmatic Mode' atau dengan kata lain, ada gear manual. Tetapi bagiku, gear manual ini hanyalah seperti 'virtual gear' sahaja dan kurang 'ummph' jika dipadankan dengan sistem kotak gear CVT.

Mode ‘sports’ ini juga sesuai digunapakai ketika melalui jalan berliku seperti laluan Genting Sempah dan menuruni curam seperti Genting Highland kerana ada 'Dynamic Engine Braking' yang membantu kawalan kenderaan agar lebih mantap namun kadang-kadang ketika membelok di jalan yang agak sedikit tidak rata fenomena 'sampan' itu berlaku tetapi tidaklah ketara hingga menggugat kepada pemanduan.

Tayar gantian Toyota Yaris bersaiz penuh

Jika terpaksa berhenti di kecerunan yang tinggi, jangan risau jika kereta mengundur ke belakang pabila tapak kaki berpindah dari pedal brek ke pedal minyak kerana ‘Hill Assist Control’ mengelakkan daripada berlakunya perkara sedemikian.

Untuk pemanduan harian, aku lebih suka kepada mode 'default' kerana dalam mode ini keseimbangan dapat dicapai antara kuasa dan penjimatan lagipun aku jenis yang tidak suka untuk menekan butang itu dan ini. Penjimatan bahan api Yaris ini sangatlah boleh diterima, untuk pemanduan lebuhraya, boleh mencapai purata 18km per liter manakala untuk pemanduan bandar, purata boleh mencapai 12km per liter. Bagiku sudah cukup baik.

Dari segi interior pula Toyota Yaris ini kerasaannya adalah seperti berada di dalam sebuah sedan. Dengan kemasan warna kehitaman dari tempat duduk fabrik, papan pemuka hingga ke panel-panel dalamannya dapat membangkitkan suasana 'rugged' tersendiri. Panel pemukanya ringkas tetapi menarik dan tidak terlalu menonjol. Aku suka keadaan sebegini. Ruangan untuk meletak minuman mencukupi namun untuk meletak barangan lain yang mudah dicapai agak kekurangan disitu.

Ruang belakang yang selesa

Walaupun ada 'arm rest' yang boleh dibuka sebagai tempat simpanan barang tapi saiznya agak kecil dan sempit serta agak tidak praktikal, selain kedudukannya agak terlebih ke belakang menjadi sedikit gangguan kepada penumpang di bahagian tengah belakang. Panel meternya pula ringkas dan agak 'oldskool' rata-rata seperti meter kebanyakan kenderaan tahun 90an. Meter sebegini hanya ada kepada Yaris varian J fan E sahaja. Untuk varian G, meternya lebih menarik dan moden. Jentera ini juga dibekalkan dengan ‘dashcam’ depan untuk pelbagai fungsi bantuan pemanduan.

Perkara yang sangat menarik tentang Toyota Yaris ini adalah skrin audio visualnya. Seperti juga kenderaan moden lain sistem ini memaparkan fungsi radio, disc, bluetooth, usb dan lain-lain yang berkaitan dan yang paling menarik adalah paparan panaromik 360 darjah kamera depan, belakang dan sisi dalam membantu untuk parkir dalam pelbagai situasi parkir semasa. Paparan grafik visual tersebut dapat memberikan maklumat penuh kepada pemandu tentang situasi sekeliling sebagai bantuan untuk parkir ditambah dengan sensor kiri dan kanan untuk lebih membantu memberitahu keadaan pergerakan trafik kenderaan lain yang berada di belakang sewaktu mengundurkan kenderaan.

Panaromik 360 darjah kamera tepi

Fungsi amaran 'blind spot' juga diberikan untuk pastikan kenderaan benar-benar selamat semasa pemanduan. Tidak kurang itu juga, 7 beg udara dibekalkan di segenap pelusuk dalam kabin untuk terus memberi jaminan keselamatan yang padu kepada pemandu serta penumpang yang berada di dalam Yaris. Pakej keselamatan sebegini biasanya hanya ditawarkan oleh model-model kenderaan jenama lain yang berharga lebih RM100,000 tetapi Toyota tidak 'berkira' untuk tujuan keselamatan sebegini. Pada pandanganku ini cukup-cukup berbaloi.

Kamera depan

Di samping keselesaan tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, keselesaan penumpang belakang juga tidak dilupakan dengan lantai yang hampir rata serta ruang kaki yang luas cukup memberi keselesaan cuma untuk penumpang yang duduk di bahagian tengah akan rasa sedikit ketidakselesaan akibat kedudukan 'arm rest' agak tertonjol ke belakang sedikit. Untuk tipikal 'hatchback' Toyota Yaris ini amat mengejutkan juga dengan ruang bagasi yang agak luas dengan isipadu 310 liter. Cukup hebat.

Isipadu ruang 310 liter

Setiap penciptaan sesebuah kereta itu tidaklah dapat untuk memenuhi citarasa semua orang, begitu jugalah Toyota Yaris ini. Ada beberapa kekurangan yang bagiku tidaklah terlalu signifikan hingga menggangu pemanduan. Antaranya adalah 'blower' penghawa dingin di bahagian sisi depan agak tidak kuat namun 'blower' di bahagian tengah depan cukup kuat dan berjaya mengatasi kekurangan tersebut.

Selain itu, rekabentuk panel meter seperti yang telah disebutkan awal iaitu agak ketinggalan zaman namun segala maklumat yang diperlukan pemandu sudah mencukupi. Juga, susun atur 'arm rest' tersebut perlu diperbaiki lagi oleh para pereka Toyota. Tidak dilupakan juga, bunyi ‘horn’ rasanya boleh diperbaiki lagi sesuai dengan imejnya sebagai ‘hatchback’ yang ‘sporty’.

Dashboard ringkas tapi menarik

Dengan mengambil kira semua faktor baik dan kurangnya maka Toyota Yaris tetap menang sebagai sebuah kereta 'hatchback' harian yang kacak, versatile, berprestasi baik, menjimatkan bahan api serta praktikal. Toyota Yaris memang boleh mengikut gaya rentak kepada siapa sahaja yang akan memandunya.

Ia boleh menjadi feminin untuk para gadis dan wanita yang memerlukan kereta yang versatile dan segar rupa parasnya dan boleh juga menjadi jagoan kepada sang jejaka juga kepada para 'otai' yang mementingkan prestasi serta kebolehpercayaan yang sangat diharapkan ketika mula memegang steringnya untuk dikemudikan di likuan jalan-jalan yang disukai.

Toyota berjaya membawa keluar stigma sebelum ini yang mengatakan Toyota hanya untuk golongan 'uncle dan auntie' sahaja tetapi tidak lagi pada hari ini dengan hadirnya Toyota Yaris yang mewarnai pasaran kenderaan 'hatchback' segmen B di Malaysia.

Mersita

Penulis

Dari bidang hartanah kini ke automotif, penulis berpendapat ‘research’ amat penting dalam proses pembelian aset (fikir sampai hangus baru beli). Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta. “The future is electric”.

Latest News

Owner Stories
Mod My Car: 1994 Mercedes Benz E280 (W124): Straying away from ‘standard’
** This article is the personal experience of a 1994 W124 Mercedes Benz E280 owner and does not necessarily reflect the views of WapCar.Instagram: @chrisxchingAbout the Mercedes-Benz E280 (W124)The Mercedes-Benz W124s, or people like to call them “German tanks”, have a reputation of being built to last, not to mention over-engineered as well. Some people say that these cars are the last “real” Mercedes-Benz ever built, due to the newer models having more electronics, redu
News
Turbocharged Subaru Forester could return with Levorg’s new 1.8L turbo
When the fourth-generation Subaru Forester bowed out in 2018, it marked the discontinued of the turbocharged engine that was featured on every generation of the model.If a report by a Taiwanese publication is to be believed, Subaru could reintroduce the turbocharged mill on the fifth-generation Forester – back-pedalling its early decision to keep the Forester non-turbocharged.The Forester's naturally-aspirated millThe same report also mentioned that Subaru could plonk in the same 1.8-l
News
Khairy: Third national car? Never even discussed
The third national car company project has been a very controversial topic among Malaysiansever since it was proposed. Even with a change in government, the project seemed to be ongoing despite not knowing where some of the funds went.Interestingly, another minister has said that the third national car project might not even be considered for development. This was first pointed out by Careta.Minister of Science, Technology, and Innovation, Khairy Jamaluddin has said in a townhall livestrea
News
Spied: Hyundai Custo MPV sans camouflage
Previously we reported that Hyundai has an MPV named the Hyundai Custo in the works in China, but our previous reports are of an MPV in the compact segment. Now clear spy shots of the MPV in China have surfaced on the internet and we discovered that the Custo is not a small MPV at all.At first glance, the Hyundai Custo looked to be in bad shape, even the front tow hook is deployed! We suspect this could be a result of having its camouflage stickers removed.Right off the bat, you can tell that it
Buying Guides
Buying used cars: 5 signs a car has been in an accident
A knight in shining armor is a man who has never had his metal truly tested. Likewise, a pristine looking car is a car that hasn’t been driven much. While the former may be an inspirational phrase, the latter is a sign of a good used car.When shopping for a used car, it is normal to see dings, scratches, or the occasional putty. Small damages are good for bargaining, but a used car with major damage is much better avoided. Whether or not to go on with the purchase is entirely up to you. Th

More

Recommended Cars

Latest Popular
BMW X1
RM 208,368 - 233,800 TBC
Get Best Price
BMW 1 Series
RM 355,646 TBC
Get Best Price
Perodua Myvi
RM 41,292 - 52,697 TBC
Get Best Price
Toyota Corolla Cross
RM TBC TBC
Get Best Price
Land Rover Range Rover Evoque
RM 426,828 - 475,398 TBC
Get Best Price
Toyota RAV4
RM 215,664 TBC
Get Best Price
Kia Seltos
RM TBC TBC
Get Best Price
BMW X5
RM 440,745 - 618,800 TBC
Get Best Price
Ford Ranger
RM 90,888 - 208,888 TBC
Get Best Price
Honda BR-V
RM 86,726 - 93,420 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG CLA
RM 448,888 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG A-Class
RM 336,278 - 459,888 TBC
Get Best Price
Ferrari F8 Spider
RM 1,178,000 TBC
Get Best Price
Ferrari 812 GTS
RM 1,538,000 TBC
Get Best Price
BMW 8 Series
RM 968,800 - 1,088,800 TBC
Get Best Price
BMW X6
RM 729,800 TBC
Get Best Price
Land Rover Discovery Sport
RM 379,800 - 409,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-9
RM 282,520 - 336,610 TBC
Get Best Price
Mazda 2 Hatchback
RM 100,870 - 101,310 TBC
Get Best Price
Mazda MX-5
RM 266,154 - 268,154 TBC
Get Best Price
Honda Accord
RM 178,203 - 187,390 TBC
Get Best Price
Honda Civic
RM 109,326 - 134,661 TBC
Get Best Price
Lexus UX
RM 243,888 - 299,888 TBC
Get Best Price
Proton X70
RM 94,800 - 122,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-30
RM 141,649 - 170,459 TBC
Get Best Price
Volkswagen Passat
RM 189,012 - 210,000 TBC
Get Best Price
BMW 3 Series
RM 248,800 - 293,800 TBC
Get Best Price
Perodua Bezza
RM 34,580 - 49,980 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz GLC
RM 281,594 - 349,888 TBC
Get Best Price
Hyundai i30N
RM 298,888 TBC
Get Best Price
MINI Clubman
RM 262,888 - 358,888 TBC
Get Best Price
McLaren GT
RM 908,000 TBC
Get Best Price
Volvo S60
RM 295,888 TBC
Get Best Price
Toyota Yaris
View Now