Lampu Halogen vs. LED: Mana satu lebih bagus?

Lampu hadapan halogen mula-mula diperkenalkan pada tahun 1962. Lampu hadapan LED pula muncul 46 tahun kemudian pada 2008 (Lexus). Resam kebanyakan teknologi baru, LED mula-mula diperkenalkan pada kereta-kereta premium sahaja. Penggunaan lampu LED kini boleh didapati pada varian-varian premium seperti Honda City dan Honda Civic. Lampu HID hanya ditawarkan pada beberapa kereta serba baru sahaja, oleh itu kita tidak akan bincangkannya dalam topik kali ini.

Kereta spesifikasi rendah Mercedes-Benz di Eropah didatangkan dengan lampu hadapan halogen

Jenama premium seperti Mercedes-Benz dan BMW menawarkan lampu hadapan LED sahaja pada semua model mereka di Malaysia. Perkara yang sama dilakukan untuk beberapa model premium di negara kita seperti Toyota Camry. Ada juga beberapa kejadian dimana lampu hadapan LED digunapakai pada seluruh barisan varian kereta mampu-milik seperti Perodua Myvi. Memandangkan lampu LED disambut dengan sangat baik kerana penggunaan tenaganya yang rendah serta penghasilan cahaya yang lebih terang, mungkin ada yang masih tertanya-tanya kenapa lampu hadapan halogen masih lagi digunakan?

Memandangkan ia sering ditawarkan pada varian yang lebih premium, persepsi umum terhadap kualiti lampu LED pastilah lebih baik berbanding lampu halogen. Beberapa peminat kereta juga menyatakan kekecewaan mereka terhadap kereta baru yang tidak didatangkan dengan lampu hadapan projektor LED.

Beberapa kereta serba baharu yang masih menggunakan lampu halogen (projektor dan pemantul) termasuklah Honda Jazz, Toyota Yaris, Toyota Vios, Honda Civic 1.8 L, Honda City, Perodua Axia, VW Vento & Polo (comfort line), dan Honda HR-V(E).

Ada yang berkata lampu halogen sudah tidak perlu digunakan dan ia tidak sebagus LED. Apakah ada benarnya kenyataan ini? Kalau LED bagus sangat, kenapa kita masih gunakan lampu halogen pada kereta serba baru?

Untuk dapatkan jawapan yang betul, kita mestilah tanya soalan yang betul.

S: Adakah lampu LED betul-betul lebih terang berbanding halogen?

J: Ya, lampu LED lebih kurang 3 kali lebih terang berbanding lampu halogen. Lampu hadapan LED boleh menghasilkan 72 lumen/watt manakala lampu halogen hanya menjana sekitar 25 lumen/watt. Pendek kata; kurang tenaga, lebih terang.

Beberapa lampu LED dipasang kipas

S: Adakah penggunaan elektrik lampu LED lebih rendah?

J: Ya, seperti yang kami nyatakan di atas. Tapi, lampu LED selalunya dipasang sekali dengan kipas dan penyerap haba yang barangkali mengganti balik jumlah penjimatan tadi.

S: Lampu LED ada kipas? Betul ke?

J: Ya, beberapa jenis ada kipas. Berlainan dengan persepsi umum, lampu LED pun boleh jadi panas. Cuma bezanya ialah haba tertumpu pada pemancarnya.

Ada juga yang mempunyai kaedah pelepasan haba dari pemancar seperti ‘sinki’ haba berjalin yang mengeluarkan haba.

Lampu LED dengan sinki haba berjalin

S: Apakah kebaikan lampu LED?

1. Ia menyala serta-merta apabila arus elektrik dipasang. Inilah sebabnya mengapa lampu LED mula-mula digunakan dalam lampu brek pada tahun 1992 oleh BMW dan terus-terusan digunakan hingga ke hari ini. Penyalaannya yang pantas sesuai digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu lain dengan lebih pantas dalam situasi brek mengejut. Ia tiada kelewatan seperti mentol halogen.

2. Mentol LED jauh lebih kecil, membolehkan rekaan yang lebih pelbagai. Lampu LED membolehkan rekaan DRL yang lebih menarik pada kereta Audi dan juga pencahayaan dalaman kereta-kereta mewah.

3. Lampu LED menggunakan tenaga yang lebih rendah. Ia mungkin tidak berapa ketara bagi kereta dengan enjin 200 kuasa kuda, tapi ia amat berguna untuk kereta penuh-elektrik.

S: Apakah kekurangan lampu LED?

1. Lampu LED memerlukan ‘driver’ dan ada juga yang perlukan kipas. Ini menyebabkan pemasangan lampu hadapan kereta jadi lebih besar.

2. Lampu LED juga lebih tertumpu pada satu arah pancaran (pencahayaannya tidak meluas atau banyak arah). Oleh itu, pemasangan mentol LED pada posisi yang tidak tepat untuk menggantikan lampu halogen boleh menghasilkan pencahayaan yang kurang baik.

3. Lampu LED boleh menyebabkan silau dalam keadaan cuaca kurang baik.

Lampu tinggi dengan lampu hadapan LED. Gambar: mynissanleaf.com

S: Apakah kelebihan mentol halogen?

1. Ia lebih ringkas berbanding lampu LED. Ia tidak memerlukan ‘drivers’ dan sistem pelepasan haba.

2. Ia lebih murah berbanding lampu LED dan HID.

3. Dalam keadaan cuaca kurang baik, ia tidak menyebabkan silau berlebihan berbanding lampu LED kerana lampu halogen secara semulajadinya mempunyai tona yang lebih lembut. Jika anda mahu kurangkan silau dalam keadaan berkabus dengan lampu LED, pastikan anda pilih tona warna yang lebih lembut.

S: Apakah kekurangan lampu halogen?

J: Ia tidak secekap tenaga dan tidak seterang lampu LED. Selain daripada ini, ia berfungsi baik-baik saja.

S: Patutkah anda beli lampu hadapan LED ‘aftermarket’ atau yang di kedai-kedai?

J: Kalau nak, silakan. Tapi, anda mesti lakukannya dengan betul. Ada banyak pilihan lampu hadapan kereta LED di luar sana. Apa yang anda perlu lakukan ialah beli mentol LED yang menyerupai sumber cahaya mentol halogen.

S: Bagaimanakah caranya untuk menyerupai sumber cahaya?

J: Lampu LED yang bagus dan sama dengan halogen nampak seperti ini:

Penggantian LED yang bagus. Gambar: YouTube Headlight Revolution

Lihat pada ketinggian sumber pencahayaan dari dasarnya dan unjuran cahayanya yang hampir sama.

Penggantian LED yang tidak elok nampak seperti ini:

Lampu ganti LED yang tidak elok: Gambar: Headlight Revolution

Ketinggian dan corak sumber cahayanya berlainan. Ia tidak akan berfungsi dengan baik dengan rekaan asal unit lampu hadapan projektor.

Lampu LED yang menghasilkan corak pancaran yang sama dengan lampu halogen asal adalah satu aspek penting jika anda hendak menggantikan lampu hadapan halogen kereta anda kepada LED. Kalau silap buat, lampu hadapan anda samada akan menyilaukan pengguna jalanraya yang lain atau menyebabkan pandangan anda terjejas.

Jika anda tak dapat jumpa lampu LED yang menyerupai corak pancaran yang sama, kami sarankan anda untuk bersyukur sajalah dengan lampu halogen yang ada.

Secara ringkasnya, lampu LED memang lebih terang dan lebih cekap tenaga. Walaupun lampu LED lebih kecil saiznya, pemasangan lampu LED boleh memakan lebih banyak ruang untuk membolehkan pelepasan haba yang baik. Penjimatan tenaga yang diperolehi daripada penggunaan LED tidak banyak bezanya untuk kereta ICE.

Tak kiralah anda mahukan lampu kereta halogen atau LED, pastikan lampu anda tidak menyilaukan pengguna jalanraya lain. “Blinding Lights” memang lagu paling popular masa kini, tapi penulis cukup benci dan menyampah dengan lampu terlampau terang dari kereta lain. Lagi-lagi “kereta mewah” yang suka ‘high-beam’ pemandu hadapan di lorong kanan lebuhraya. Bahaya, dan jangan pentingkan diri sendiri.

Mersita

Penulis

Dari bidang hartanah kini ke automotif, penulis berpendapat ‘research’ amat penting dalam proses pembelian aset (fikir sampai hangus baru beli). Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta. “The future is electric”.

Latest News

Owner Stories
Mod My Car: 1994 Mercedes Benz E280 (W124): Straying away from ‘standard’
** This article is the personal experience of a 1994 W124 Mercedes Benz E280 owner and does not necessarily reflect the views of WapCar.Instagram: @chrisxchingAbout the Mercedes-Benz E280 (W124)The Mercedes-Benz W124s, or people like to call them “German tanks”, have a reputation of being built to last, not to mention over-engineered as well. Some people say that these cars are the last “real” Mercedes-Benz ever built, due to the newer models having more electronics, redu
News
Turbocharged Subaru Forester could return with Levorg’s new 1.8L turbo
When the fourth-generation Subaru Forester bowed out in 2018, it marked the discontinued of the turbocharged engine that was featured on every generation of the model.If a report by a Taiwanese publication is to be believed, Subaru could reintroduce the turbocharged mill on the fifth-generation Forester – back-pedalling its early decision to keep the Forester non-turbocharged.The Forester's naturally-aspirated millThe same report also mentioned that Subaru could plonk in the same 1.8-l
News
Khairy: Third national car? Never even discussed
The third national car company project has been a very controversial topic among Malaysiansever since it was proposed. Even with a change in government, the project seemed to be ongoing despite not knowing where some of the funds went.Interestingly, another minister has said that the third national car project might not even be considered for development. This was first pointed out by Careta.Minister of Science, Technology, and Innovation, Khairy Jamaluddin has said in a townhall livestrea
News
Spied: Hyundai Custo MPV sans camouflage
Previously we reported that Hyundai has an MPV named the Hyundai Custo in the works in China, but our previous reports are of an MPV in the compact segment. Now clear spy shots of the MPV in China have surfaced on the internet and we discovered that the Custo is not a small MPV at all.At first glance, the Hyundai Custo looked to be in bad shape, even the front tow hook is deployed! We suspect this could be a result of having its camouflage stickers removed.Right off the bat, you can tell that it
Buying Guides
Buying used cars: 5 signs a car has been in an accident
A knight in shining armor is a man who has never had his metal truly tested. Likewise, a pristine looking car is a car that hasn’t been driven much. While the former may be an inspirational phrase, the latter is a sign of a good used car.When shopping for a used car, it is normal to see dings, scratches, or the occasional putty. Small damages are good for bargaining, but a used car with major damage is much better avoided. Whether or not to go on with the purchase is entirely up to you. Th

More

Recommended Cars

Latest Popular
BMW X1
RM 208,368 - 233,800 TBC
Get Best Price
BMW 1 Series
RM 355,646 TBC
Get Best Price
Perodua Myvi
RM 41,292 - 52,697 TBC
Get Best Price
Toyota Corolla Cross
RM TBC TBC
Get Best Price
Land Rover Range Rover Evoque
RM 426,828 - 475,398 TBC
Get Best Price
Toyota RAV4
RM 215,664 TBC
Get Best Price
Kia Seltos
RM TBC TBC
Get Best Price
BMW X5
RM 440,745 - 618,800 TBC
Get Best Price
Ford Ranger
RM 90,888 - 208,888 TBC
Get Best Price
Honda BR-V
RM 86,726 - 93,420 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG CLA
RM 448,888 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz AMG A-Class
RM 336,278 - 459,888 TBC
Get Best Price
Ferrari F8 Spider
RM 1,178,000 TBC
Get Best Price
Ferrari 812 GTS
RM 1,538,000 TBC
Get Best Price
BMW 8 Series
RM 968,800 - 1,088,800 TBC
Get Best Price
BMW X6
RM 729,800 TBC
Get Best Price
Land Rover Discovery Sport
RM 379,800 - 409,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-9
RM 282,520 - 336,610 TBC
Get Best Price
Mazda 2 Hatchback
RM 100,870 - 101,310 TBC
Get Best Price
Mazda MX-5
RM 266,154 - 268,154 TBC
Get Best Price
Honda Accord
RM 178,203 - 187,390 TBC
Get Best Price
Honda Civic
RM 109,326 - 134,661 TBC
Get Best Price
Lexus UX
RM 243,888 - 299,888 TBC
Get Best Price
Proton X70
RM 94,800 - 122,800 TBC
Get Best Price
Mazda CX-30
RM 141,649 - 170,459 TBC
Get Best Price
Volkswagen Passat
RM 189,012 - 210,000 TBC
Get Best Price
BMW 3 Series
RM 248,800 - 293,800 TBC
Get Best Price
Perodua Bezza
RM 34,580 - 49,980 TBC
Get Best Price
Mercedes-Benz GLC
RM 281,594 - 349,888 TBC
Get Best Price
Hyundai i30N
RM 298,888 TBC
Get Best Price
MINI Clubman
RM 262,888 - 358,888 TBC
Get Best Price
McLaren GT
RM 908,000 TBC
Get Best Price
Volvo S60
RM 295,888 TBC
Get Best Price