Proton pernah menyatakan bahawa prestasi jualan menyaksikan pertumbuhan positif sejak 5 bulan yang lepas. Untuk bulan Oktober sahaja, sebanyak 11,392 unit telah terjual dimana ia merangkumi pasaran domestik dan export.
Dengan pelancaran Proton X50 baru-baru ini, kegemilangan ini diteruskan melalui tempahan yang berjaya diterima daripada 27,400 pembeli. Pada masa yang sama, 447 unit telah diserahkan kepada pemilik setakat akhir oktober.
Jualan untuk tahun 2020 setakat ini adalah sebanyak 84,999 unit. Dengan itu, Proton kini memiliki bahagian pasaran sebanyak 21.3%.
Walau bagaimanapun, prestasi jualan pada bulan Oktober menurun sebanyak 4.6% berbanding bulan September. Namun demikian, tiga daripada model Proton masih menerajui segmen masing-masing.
Proton Persona menerajui pasaran sedan segmen B dengan jualan sebanyak 2,360 unit. Selain itu, Proton X70 mengekalkan takhta di dalam segmen SUV dengan jualan sebanyak 2,216 unit. Menariknya, Proton Exora juga menerajui pasaran MPV segmen C walaupun pembeli sekarang cenderung ke arah SUV.
Untuk maklumat anda, Saga ialah model Proton yang terlaris pada bulan Oktober dengan jualan sebanyak 5,069 unit. Prestasi ini menjadikannya sebagai sedan kedua terlaris dalam kategori sedan segmen A yang selama ini diterajui oleh Perodua Bezza.
Proton Iriz pula berjaya dijual sebanyak 713 unit. Prestasi jualan ini menjadikannya hatchback ketiga terlaris di dalam segmen B.
5