Benarkah maintenance Proton Saga lebih murah berbanding Perodua Bezza? Jawapannya tak semudah itu.

Mersita/Jun 04, 2020 04:17 PM

Proton Saga atau Perodua Bezza, mana satu lebih jimat? Kereta keluaran tempatan ini adalah sedan paling murah di Malaysia dari segi harga belian. Maintenance pula, korek poket tak?

Harga diatas bukanlah gambaran sebenar kerana Proton tidak menyatakan dan menyenaraikan beberapa servis yang dianggap tidak wajib. Senarai Perodua lebih lengkap dibawah pakej ProCare.

Secara dasarnya, pelan penjagaan kedua-dua jenama kereta ini lebih kurang sama. Kos penjagaan Saga dalam masa 5 tahun atau pada kilometre ke 100,000 lebih rendah iaitu RM 3,008. Manakala bagi Perodua Bezza pula, kos jagaannya adalah RM 3,149. Perbezaannya cuma RM 140 bagi tempoh masa 5 tahun/100,000 km.

Tapi, ada trick dia. Kalau tengok betul-betul, Proton telah mengubah sedikit pelan penjagaan mereka dengan mengalihkan penukaran timing belt Saga kepada jangka masa 66 bulan atau pada kilometer ke 110,000. Tunggu lama sikit lah dari Bezza, baru Saga tukar.

Bukan itu sahaja, pelan penjagaan keduanya juga berbeza dari segi skop servis yang diberi untuk bajet diatas. Proton telah asingkan servis seperti alignment tayar dan balancing, pembersihan sistem brek dan servis penghawa dingin dari senarai mereka atas rasional yang ini hanyalah kerja-kerja servis pilihan. Kami ada bertanya pada Proton tentang kos sebenar servis pilihan tersebut, tetapi Proton tidak memberi sebarang jawapan.

Berbeza dengan Perodua, senarai dan harga servis jagaan mereka amat jelas dari awal lagi. Semua kerja-kerja servis yang dikatakan pilihan atau tak wajib (tapi disarankan) sudah diletakkan dibawah pakej ‘ProCar’ mereka.

Jika pengguna memilih untuk tidak membuat servis pilihan ini, jaminan waranti tidak akan terbatal. Tetapi, ia amat disarankan kepada pengguna bagi memastikan kenderaan Perodua mereka sentiasa dalam keadaan yang sempurna.

Membezakan jumlah kos jagaan yang dinyatakan oleh pembuat kereta itu sendiri mungkin agak susah untuk ditafsir kerana ia selalunya bukanlah kos sebenar. Contoh paling mudah adalah jenis minyak enjin yang digunakan mungkin berbeza antara satu sama lain. Beberapa pengilang lebih suka menggunakan spark plug Iridium yang tahan lebih lama. Walaupun harganya lebih mahal, jangka hayatnya lebih panjang.

Walaupun secara dasarnya kos bagi Perodua Bezza tinggi sedikit, pengguna tidak perlu risau tentang cas-cas tersembunyi. Apa sahaja harga yang anda nampak pada senarai Perodua, itulah harga yang anda akan bayar di pusat servis nanti.

Manakala dengan Proton Saga pula, satu-satunya cara untuk dapatkan kos sebenar ialah dengan bertanya sendiri kepada pemilik Saga yang lain. Tapi, mungkin lebih sukar bagi pengguna untuk tahu kos sebenar penjagaan selepas 5 tahun atau kilometer ke 100,000 kerana Saga ini baru sahaja keluar tahun lepas.

Dalam aspek kos insurans pula, kadar insurans bagi Proton Saga adalah seperti berikut:

Proton Saga 1.3 Standard MT: RM 1,072

Proton Saga 1.3 Standard AT: RM 1,130

Proton Saga 1.3 Premium AT: RM 1,208

Manakala kadar insurans bagi Perodua Bezza pula ialah:

Perodua Bezza 1.0 G MT: RM 1,082

Perodua Bezza 1.0 G A: RM 1,106

Perodua Bezza 1.3 X AT: RM 1,373

Perodua Bezza 1.3 AV AT: RM 1,510

Perlu diingatkan bahawa senarai harga diatas adalah bagi pemandu yang tiada NCD serta loading. Ia juga tak termasuk perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin hadapan atau banjir.

Satu lagi kos untuk dipertimbangkan dalam aspek penjagaan kereta ialah cukai jalan. Cukai jalan Perodua Bezza 1.0 berharga RM 20 setahun, manakala Perodua Bezza 1.3 dan Proton Saga 1.3 berharga RM 70 setahun.

Secara keseluruhannya, perbezaan kos antara Proton Saga dan Perodua Bezza ini tidaklah sejauh mana.  Kedua-duanya ada baik atau buruknya dan pakej keseluruhannya lebih kurang sahaja.

Walaupun tadi dibincangkan yang Perodua Bezza tiada cas-cas tersembunyi dan kos jagaannya rendah sedikit, Proton Saga masih amat murah jika dibandingkan dengan Perodua Bezza dengan beza harga hampir RM 10,000. Tambah tolak, keluar belanjanya sama sahaja.

Bila cakap soal penjimatan petrol pula, Perodua Bezza sememangnya jimat dan cekap petrol, paling terer di Malaysia. Tak hairanlah pemandu Grab sememangnya setia dengan Perodua Bezza atau Axia mereka.

Comments