Intipan: Kia Cerato dipandu uji, bakal dilancarkan tahun 2020?

Haris/May 21, 2020 10:00 PM

Kelibat Kia Cerato 2020 serba baharu dilihat sedang dipandu uji di Malaysia.Terdapat kemungkinan bahawa Naza Kia Malaysia akan melancarkan model itu di sini tidak lama lagi.

Mula dipertontonkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, perancangan awal Naza Kia adalah untuk menjual Cerato pada tahun 2019, namun pelan itu tidak kesampaian.

Baru-baru ini, Naza Kia Malaysia dilihat sedang memandu uji model Cerato ini di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh rakan media Careta. Adakah ini bermakna model ini bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun ini?

Kia Cerato dijangka akan dikuasakan oleh enjin Nu 2.0 liter petrol (148 PS, 179 Nm) digandingkan dengan transmisi CVT automatik. Kia telah mengambil keputusan untuk menukar transmisi penukar tork 6-kelajuan automatik kepada CVT automatik.

Selain daripada model Cerato, Naza Kia bakal melancarkan SUV terbaru mereka Kia Seltos pada tahun ini.

Kredit gambar: Careta

Comments