Potongan cukai jualan kenderaan? Lihat senarai kenderaan CKD Malaysia di sini

Haris/Jun 05, 2020 05:19 PM

Perdana Menteri ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dalam usaha kerajaan menjana semula ekonomi selepas wabak pandemik Covid-19.

Antara langkah yang paling menarik perhatian adalah potongan cukai jualan kenderaan sebanyak 100% bagi kenderaan CKD dan 50% bagi kenderaan CBU.

Bagi mereka yang belum mengetahui, maksud CKD (Complete Knock Down) bermaksud kenderaan dipasang secara tempatan. Maksud CBU (Complete Build Up) pula bermakna kenderaan dipasang di luar negara dan diimport ke Malaysia.

Berikut adalah senarai kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) untuk rujukan anda.

BMW

Haval

Honda

Hyundai

Isuzu

Mazda

Mercedes-Benz

Mitsubishi

Nissan

Perodua

Peugeot

Proton

Renault

Subaru

Toyota

Volkswagen

Volvo

Namun begitu, potongan ini bakal berlangsung selama 15 Jun hingga 31 Disember 2020 sahaja.

Tarif cukai jualan kereta pada ketika ini hanyalah 10% sahaja untuk kedua-dua unit CKD dan CBU.

Harga kenderaan dijangka berkurang pada kadar yang sedikit rendah. 

 

Comments