Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz?

Mersita · Jun 18, 2020 05:52 PM

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz? 01

Sejak pelancarannya 15 tahun lalu, Perodua Myvi telah menduduki carta teratas dalam kategori hatchback kegemaran Malaysia. Proton telah cuba untuk mengeluarkan produk yang mampu bersaing dengan Myvi, sehinggalah mereka hasilkan Proton Iriz.

Kedua-kedua kereta ini telah bersaing selama 6 tahun, dan kini dengan naiktaraf terbaru mereka, kereta mana yang patut anda pilih? Artikel ini akan membincangkan perbandingan antara spesifikasi tertinggi kedua hatchback ini.

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz? 02

Apabila Iriz mula-mula diperkenalkan, peminat-peminat kereta terkejut dengan harganya yang tinggi - RM 62,888 untuk opsyen metalik dengan spesifikasi tertinggi. Ini meletakkan Iriz pada tahap lebih hampir kepada hatchback Segmen B antarabangsa, meleset sedikit dari sasaran asalnya.

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz? 03

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semasa Iriz dilancarkan, Myvi sudahpun berapa pada generasi kedua. Rekaannya kurang menarik pada masa itu, tetapi Perodua pantas menyelesaikan isu rekaan ini dengan mengeluarkan facelift yang dipadatkan dengan kelengkapan lebih moden.

Memang tak dinafikan, Proton Iriz nampak seperti pilihan yang lebih baik walaupun dengan harganya yang koyak poket. Tetapi bila menjelangnya 2018, Perodua melancarkan generasi baru Myvi dengan harga yang lebih mampu-milik berbanding facelift generasi kedua, ditambah lagi dengan lebih banyak kelengkapan dan ciri-ciri yang tak dijangkakan datang dari kereta nasional.

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz? 01

Myvi generasi ketiga, berharga antara RM 42,790 hingga RM 54,900, didatangkan dengan infotainmen 6.2 inci berserta sistem smart link dan navigasi, Eco Start/Stop untuk penjimatan petrol berserta Advanced Safety Assist (A.S.A). Ia ditambah lagi dengan 6 beg udara, VSC dan kawalan cengkaman.

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz? 02

Generasi pertama ASA di dalam Perodua Myvi

Selain daripada kelengkapan yang cukup lengkap, ruang kabin juga lebih luas dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti pembaca tol built-in, wiper hadapan yang boleh mengesan kelajuan serta penyangkut tas tangan anti-cilok rekaan Perodua.

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz? 03

Anda boleh bagi arahan pada infotainmen Proton Iriz, dan ia agak tepat

Proton Iriz pun tak nak kalah, bro. Mereka menaiktaraf Iriz dengan facelift yang lengkap dengan ciri-ciri seperti Proton X70. Bukan sahaja ia menawarkan handling yang lebih bagus berbanding Myvi, ia juga mempunyai GKUI Proton yang didatangkan dengan sambungan 4G dan WiFi. Tetapi, unit CVTnya masih lagi terasa kurang sedap.

ESC dan kawalan cengkaman juga boleh didapati pada Iriz Premium berserta daytime running lights dan paling penting - harganya yang lebih rendah. Berharga antara RM 36,700 hingga RM 50,700, Iriz facelift berspesifikasi tinggi kini hampir RM 4,000 lebih murah berbanding Myvi 1.5 AV.

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz? 04

Akan tetapi, pilihan kegemaran rakyat Malaysia nampak gayanya dah tetap. Jika sambungan internet adalah keutamaan anda – Proton Irizlah jawapannya. Tapi jika anda mahukan kereta yang praktikal, Perodua Myvilah BFF anda.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars