Bagaimana cara untuk menghidupkan enjin sekiranya bateri kunci anda habis?

Faisal · Aug 31, 2020 02:43 AM

Seperti telefon pintar, kunci kereta juga salah satu peralatan yang kita guna tanpa sedar sehingga ia kehabisan bateri.

Kami mempunyai 2 teknik untuk menghidupkan enjin semula tanpa menyusahkan anda untuk mencari buku panduan.

Teknik 1: Untuk membuka pintu

Anda boleh menggunakan kunci besi yang terdapat pada kunci kenderaan. Namun begitu, ini boleh menghidupkan bunyi pengera yang kuat tetapi ia akan mula berhenti dalam beberapa saat.

Anda juga boleh meletakkan kunci kawalan jauh berdekatan dengan pemegang pintu kerana bateri kunci mungkin mempunyai cas yang cukup untuk membuka pintu.

Teknik 2: Untuk menghidupkan enjin

Teknik ini dilakukan dengan meletakkan kunci kawalan jauh berdekatan dengan bahagian pengesan sebelum menekan brek dan menekan butang START STOP untuk menghidupkan enjin.

Cip di dalam kunci pintar anda mempunyai transmitter yang memantul isyarat kepada receiver di bahagian butang penghidup enjin dimana ia mengesan untuk membuka pengunci enjin bagi membenarkan enjin dihidupkan. Namun begitu, anda mungkin perlu mencuba beberapa kali kerana setiap kenderaan mungkin meletakkan bahagian pengesan di tempat yang tertentu.

Untuk mengetahui lokasi pengesan di dalam kenderaan, anda hanya perlu mencari ikon isyarat penerima. Kebiasaanya ia diletakkan di bahagian papan pemuka.

Mudah bukan?

Comments