Barang Rare: Honda Civic EG bukan sedan. Coupe bro!

Haris · Aug 18, 2020 07:00 PM

Pada suatu ketika dahulu, pelbagai jenis kenderaan dapat dilihat menghiasi jalan raya kita. Wagon, coupe, Kei-car (Kancil dan Kelias), MPV macam Proton Juara, trak pikap kecil macam Proton Arena dan macam macam lagi jenis kenderaan atas jalan raya. Zaman sekarang, hanya banyak sedan, hatchback dan SUV sahaja.

Oleh hal yang demikian, kami telah menemui sebuah Honda Civic EG Coupe yang agak jarang ditemui. Bagi peminat-peminat Honda tegar, anda tahu berapa rare model ini untuk ditemui.

Difahamkan bahawa kereta ini disasarkan untuk pasaran US dan dibuat di US. Untuk sebuah model dari US untuk didapati di tanah air kita, model ini sememangnya adalah sebuah barang rare.

Honda Civic EG ini dilengkapi dengan cam pulley jenama Works, fuel rail oleh Ktune, pengekstrak Skunk2 Alpha original, paip besi 2.3 inci, muffler jenama Ktune dan klac ATS karbon.

Untuk prestasi kereta ini pula, enjin yang dipasangkan adalah enjin B18 type R dengan gandingan kotak gear S80 Type R Final Drive 4.7 Original.  Enjin ini berkemungkinan mampu mencapai sehingga 200 PS kuasa kuda. Boleh tahan kan?

Jentera yang jarang-jarang ditemui ini boleh dibeli di pautan di bawah. Jika anda berminat, harganya agak ‘keras’ namun boleh lah dikatakan berbaloi dengan spesifikasi yang sudah dilakukan terhadap jentera ini. 

Kenapa nak beli Honda Civic sedan biasa kalau boleh memiliki Honda Civic Coupe yang rare macam ni? Tepuk dada tanya selera.

Beli di: Facebook Mat

Comments