Barang Rare: Toyota AE101 Levin Coupe GTZ untuk peminat JDM sejati!

Haris · Aug 25, 2020 03:00 PM

Di Jepun, kereta telah menjadi lebih daripada sebuah kenderaan. Akibat daripada industri yang berkembang pesat dan komitmen tinggi terhadap industri pembuatan, kereta dari Jepun telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan budaya.

Oleh hal yang demikian, tidak mengejutkan apabila kadang kala sebuah model JDM yang jarang dijumpai muncul di Malaysia. Malaysia juga tidak kurang dengan lambakan peminat permotoran akibat kerana mempunyai jenama tempatan.

Kali ini, kami menemui sebuah Toyota AE101 Levin Coupe GTZ. Model ini hadir di bawah tanda nama Corolla dan menandakan permulaan kepada rekaan yang lebih melengkung berbanding model-model kereta sebelum itu yang agak petak.

Model ini didatangkan dengan warna kuning yang cantik, enjin 4AGE 20V dengan 4 throtle trumpet yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan manual. Berikut adalah senarai kelengkapan yang hadir pada Toyota AE101 Levin Coupe GTZ ini.

  • ECU yang sudah ditala untuk 6 kelajuan
  • Suspensi hadapan JIC (boleh laras) 
  • Suspensi belakang GAB (boleh laras)
  • Ekzos HKS Hi-Silent Power 
  • Penyejuk minyak
  • Ekstraktor besi
  • Stereng Momo 
  • Papan pemuka AE111
  • Lapik kaki original Levin 
  • Bumbung suria original Levin
  • Bumper Bomex depan dan belakang
  • Spoiler jenis lip
  • Rim 16” Enkei RP01
  • Tayar Michelin PilotSports 

Melihat kepada kelengkapan yang disenaraikan sahaja cukup untuk menjangkakan prestasi kereta ini. Lebih menarik lagi, kereta ini didatangkan dengan nombor plat WHY **** yang agak unik. Nombor plat sahaja sudah agak bernilai.

Jika anda berminat dengan model JDM ini, harga yang ditawarkan adalah RM 47,888. Tengok harga pun dah tau banyak ong. Kereta hensem macam ini memang orang hensem saja yang pakai.

Beli di: Facebook Marketplace Brian

Comments