Bermaz Motor, pengedar kenderaan Mazda di Malaysia juga telah mengeluarkan harga kemas kini untuk modelnya bermula minggu ini.
Anda boleh mendapat penjimatan sekurang-kurangnya RM 2,600 apabila membeli Mazda baharu, contohnya Mazda 2 dalam konteks ini.
Model seperti Mazda CX-9 memberikan penjimatan sebanyak RM 37,000, sekaligus menurunkan harga SUV tersebut ke RM 282,610.
Menariknya, model Mazda CX-9 2.5G 4WD tidak ada dalam senarai kemas kini harga baharu ini, menandakan model ini mungkin tidak lagi dijual di Malaysia.
Malah, model Mazda MX-5 RF manual juga tidak lagi tersenarai didalam senarai itu. Yang tinggal hanyalah varian automatik sahaja.
Bercakap tentang MX-5 RF, terdapat dua varian baru iaitu:
- MX-5 RF dengan trim Cokolat Nappa
- MX-5 RF dengan trim Tan
Comments