Enjin 1.5 liter Perodua Myvi dan Toyota Yaris - adakah mereka sama?

Mersita · Jun 17, 2020 10:05 AM

Terdapat sedikit persamaan dan perbezaan antara enjin 1.5 liter dalam kedua-dua kereta ini. Perodua Myvi dan Toyota Yaris menggunakan enjin Dual VVT-i 1.5 liter dari keluarga enjin NR dan kedua-duanya dibuat di kilang yang sama iaitu Daihatsu Perodua Engine Manufacturing di Sendayan Techvalley, Negeri Sembilan.

Tapi, kod enjinnya berlainan sedikit - 2NR-FE untuk Toyota Yaris manakala 2NR-VE untuk Perodua Myvi. Walaubagaimanapun, ini hanyalah akhiran kod berbeza untuk Toyota dan Daihatsu.

Wikipedia akan beritahu anda cerita lain pula, dimana ia menyatakan yang enjin 2NR-VE Daihatsu adalah seketul blok besi manakala 2NR-FE Toyota pula ialah blok aluminium. Ini tidak tepat, ya. Kini, kedua-dua enjin ini adalah blok aluminium. Cuba periksa bawah hud dan anda akan dapat jawapannya. Enjin 2NR-VE dan 2NR-FE sama-sama punyai anjakan 1,496 cc.

Nak pastikan lagi? Spesifikasi Perodua sendiri mengesahkan yang Myvi menggunakan enjin 2NR-VE iaitu blok aluminium.

2NR-FE dalam Yaris

Walaubagaimanapun, kuasa kuda enjin ini berlainan sedikit. 2NR-FE menghasilkan 107 PS dan 140 Nm tork manakala 2NR-VE pula (bergantung pada model kereta), menjana 103 PS dan 136 Nm tork.

Tambahan pula, enjin 2NR-FE seringkali dipadankan dengan continuously variable transmission (CVT), manakala 2NR-VE digandingkan dengan transmisi automatik dengan 4 kelajuan konvensional.

2NR-VE dalam Myvi

Kereta-kereta yang dipadatkan dengan enjin 2NR-FE termasuklah Toyota Vios, Toyota Yaris dan Toyota Sienta. Manakala bagi enjin 2NR-VE pula, ia dipadatkan dalam Perodua Myvi, Perodua Aruz, Toyota Rush dan Toyota Avanza.

Daripada info yang kami kumpulkan untuk perbandingan ini, kedua-dua enjin ini sama sahaja, cuma berlainan tuning digandingkan dengan transmisi berbeza. Myvi nampak macam setanding dengan Yaris kan? Tapi percayalah, penghalusan yang dibuat pada Yaris dah tahap lain macam jika dibandingkan dengan Myvi.

Comments