Ford Ranger FX4 2020 bakal diperkenalkan di Malaysia melalui siaran langsung melalui FB dan Youtube

Haris · May 26, 2020 09:00 PM

Ford Ranger FX4 2020 bakal diperkenalkan di Malaysia melalui siaran langsung melalui FB dan Youtube 01

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar rasmi jenama kenderaan Ford di Malaysia akan melancarkan Ford Ranger FX4 2020 pada 3 Jun 2020. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube pada pukul 11 pagi.

Ford Ranger FX4 2020 bakal diperkenalkan di Malaysia melalui siaran langsung melalui FB dan Youtube 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

150 pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 2020 akan menerima aksesori bernilai RM 5,398 berikut secara percuma:

  •  Palang sporty hitam dan lapisan cermin tingkap

  •  Perakam video digital (DVR) terbina dan kad memori 8GB

Ford Ranger FX4 2020 bakal diperkenalkan di Malaysia melalui siaran langsung melalui FB dan Youtube 01

Sekiranya anda tidak mahu menunggu sehingga 3 Jun untuk mendapatkan Ford Ranger FX4, anda boleh menghubungi jurujual digital Ford di talian +6 019-204 1200. Talian tersebut beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat. Ini membolehkan pelanggan menghubungi jurujual di pengedar Ford yang berhampiran.

Ford Ranger FX4 2020 bakal diperkenalkan di Malaysia melalui siaran langsung melalui FB dan Youtube 02

Sedikit sebanyak tentang Ford Ranger FX4 2020, model ini adalah berdasarkan oleh model Ranger XLT. Kuasanya dijana oleh enjin diesel 2.2 liter turbo yang mengeluarkan kuasa sebanyak 160 PS dan 385 Nm tork. Model ini juga menggunakan transmisi automatik 6-kelajuan. Nampaknya kuasa Ford Ranger FX4 tidak akan mencecah 200 PS yang terdapat di model Wildtrak dan Raptor.

Ford Ranger FX4 2020 bakal diperkenalkan di Malaysia melalui siaran langsung melalui FB dan Youtube 03

"Dalam ketika kita mengharungi normal baru, kita juga menggunakan cara baru untuk memberikan kegembiraan kepada pelanggan kita. Trak kita adalah trak pikap yang pertama di negara ini yang dilancarkan secara langsung serentak di Facebook dan YouTube," ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2018 Ford Ranger 2.2 XL Standard 4x4 (M)

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars