GoCar Subs - Jual kereta anda, kemudian sambung memandu atau naik taraf

Faisal · Aug 03, 2020 06:00 PM

Dilancarkan pada 2019, program langganan GoCar adalah bersifat sederhana berbanding dengan jenama perkhidmatan perkongsian kereta secara permintaan langsung. Namun dalam masa 1 tahun sahaja, GoCar bukan sahaja merombak seluruh program langganan tetapi juga mengembangkan dan menjenamakan semula kepada GoCar Subs.

GoCar Subs sekarang menawarkan kepelbagaian jenis pilihan kereta yang terdiri daripada sedan, SUV, MPV dan juga trak pikap. Barisan kereta tersebut merangkumi jenama termasuk Perodua, Proton, Nissan, Toyota, Honda dan juga kereta eropah seperti Volkswagen dan Renault.

Barisan kereta yang ada di GoCar Subs telah menjalani pemeriksaan ketat bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik.

Program langganan juga telah dikemaskini bukan sahaja merangkumi program 12, 24 dan 36 bulan, malah program mingguan dan bulanan. Disamping itu, GoCar juga akan menampung kos kereta seperti insuran komprehensif, cukai jalanan, servis dan penyelenggaraan dan pelbagai lagi.

Pembaharuan terbesar GoCar pada program langganan ini ialah modul perundingan percuma. Pelanggan diberi pilihan untuk menjual kereta kepada GoCar Subs dan terima sehingga 6 bulan plan langganan secara percuma untuk pertukaran tersebut.

Dengan pelan langganan tersebut, mereka boleh memilih kereta yang tersenarai di dalam GoCar garaj ataupun memilih untuk melanggan semula kereta mereka supaya boleh dipandu semula.

Modul baru ini sangat berguna kepada pemilik kereta yang mengalami kesukaran dari segi kewangan dan ingin meringankan beban pinjaman tetapi masih diberi kelapangan untuk menggunakan kereta.

Kepada yang berminat dengan rundingan percuma boleh menghantar perincian mereka di laman sesawang GoCar Subs. Pihak rundingan produk akan memberi maklum balas dan bantuan dalam tempoh 24 jam.

Sebagai tambahan, pelanggan boleh mendaftar akaun langganan baru, memilih kereta dan pelan langganan, melengkapkan proses langganan, menjejak status langganan mereka dalam talian dan mengurus bayaran langganan semuanya di laman sesawang GoCar Subs.

Semua permohonan akan diproses dalam tempoh 24 jam. Setelah lulus, pelanggan akan menerima kereta dan boleh memulakan langganan dalam tempoh 14 hari.

Sudah pasti, GoCar Subs juga menawarkan khidmat pintu ke pintu untuk penghantaran kenderaan dan juga pengambilan dan penghantaran penyelenggaraaan. Khidmat ini hanya percuma bagi pelanggan yang melanggan 12 bulan dan ke atas.

Antara ciri yang ditawarkan oleh GoCar Subs ialah pilihan tambahan dimana pelanggan boleh memilih untuk membahagi kos dalam tempoh langganan mereka supaya lebih mesra pengguna.

Antara tawaran terkini ialah akses kemasukan ke Singapura dengan hanya RM 8 bulanan (termasuk perlindungan insuran yang dipanjangkan), lapisan penapis haba yang bermula daripada RM 28 bulanan dan perlindungan kemalangan penuh untuk RM 99 bulanan (tiada cas lebihan sekiranya mengalami kemalangan).

GoCar Subs terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk (lesen memandu antarabangsa diterima). Untuk melanggan, pemohon hanya perlu menyerahkan salinan lesen memandu, kad pengenalan atau pasport, slip gaji untuk 3 bulan, penyata KWSP dan penyata bank untuk 3 bulan.

Untuk masa yang terhad, pelanggan yang melanggan untuk 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan dan membuat bayaran selewat-lewatnya 31 Ogos 2020 akan mendapat potongan yuran sebanyak 50 % bagi 3 bulan yang pertama.

 

Comments