Goodyear promosi servis pemasangan tayar tanpa sentuh. Hadiah percuma turut menanti anda!

Haris · Jun 24, 2020 11:08 AM

Goodyear adalah salah sebuah jenama tayar yang terkenal di Malaysia telah menjadi antara jenama terawal untuk menawarkan servis pemasangan tayar tanpa sentuh. Inisiatif yang dinamakan sebagai ‘Goodyear Zero Contact Drop Off’ melibatkan kesemua pusat servis Goodyear Autocare.

Pelanggan hanya perlu meninggalkan kereta di tempat yang ditetapkan dengan mengikut langkah yang tertera. Selain itu, pelanggan juga ditawarkan dengan pemeriksaan percuma pada 12 tempat.

Promosi lain yang berlangsung adalah 0% ansuran faedah sekiranya anda membeli tayar yang terpilih dengan jaminan Goodyear. 

Pelanggan turut berpeluang untuk menerima hadiah percuma yang ditawarkan oleh pihak Goodyear dengan pembelian tayar terpilih seperti di bawah.

Akhir sekali, semua titik sentuh akan disanitasi oleh pusat servis sejurus selepas tayar ditukar oleh pihak pusat servis.

Syabas dan tahniah kepada pihak Goodyear atas keprihatinan dan usaha mereka dalam memerangi wabak pandemik Covid-19.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web Goodyear ataupun imbas kod QR ini:

 

Comments