Hanya 59 unit DFSK Glory i-Auto dijual di Indonesia setakat tahun ini, Malaysia patut batalkan?

Faisal
Faisal · 2021-05-19 19:00:00

Mencipta impak di pasaran Indonesia bukanlah sesuatu yang mudah, khususnya buat jenama dari China. Walaupun jenama Wuling agak berjaya, impak jenama DFSK seperti tidak menjadi langsung.

Mengenai DFSK Glory i-Auto, SUV itu sudah memasuki pasaran Indonesia sejak setahun yang lalu. Ia cukup digemari oleh para media kerana SUV ini mempunyai spesifikasi dan kelengkapan yang mengagumkan tapi pada harga yang menarik.

Antara ciri yang menonjol pada SUV ini ialah kawalan suara, but belakang berkuasa, dan pengelap cermin automatik. Dengan tawaran harga serendah IDR 335 juta (sekitar RM 97,000) dan waranti selama 7 tahun, sukar untuk menafikan pakej yang ada pada SUV ini.

Malah, ia turut hadir dengan enjin 1.5L turbo (150 PS, 220 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Namun begitu, sambutannya dalam 4 bulan terakhir ini cukup menghampakan yang mana ia hanya terjual sebanyak 59 unit sahaja.

Menurut Gaikindo, pesaingnya seperti Wuling Almaz RS berjaya dijual sebanyak 1,083 unit walaupun baru sahaja dilancarkan pada Mac yang lalu. Setakat tahun ini, MG HS juga telah terjual sebanyak 194 unit.

Juga bacaWuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia – SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k!

Jadi, apa yang tak kena?

Pertamanya, sistem kawalan suara yang digembar-gemburkan oleh DFSK pada model Glory i-Auto sebenarnya hanya boleh menangkap arahan dari Bahasa Inggeris sahaja. Sebagai perbandingan, Wuling Almaz RS boleh faham arahan Bahasa Indonesia sendiri.

Yang kedua, Wuling Almaz RS yang berharga lebih mahal datang dengan ciri yang lebih meyakinkan seperti kawalan pelayaran adaptif dan brek kecemasan automatik.

Bagaimana dengan desas desus jenama ini di Malaysia?

DFSK Glory S80 pernah dilihat di Malaysia pada lewat akhir tahun lepas. Asalnya, ia patut dilancarkan pada awal tahun ini tetapi sehingga sekarang, belum ada sebarang petanda dari pengedar.

Juga bacaDFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia?

Ada juga yang telah membawanya masuk ke Malaysia.

Walaupun DFSK Glory i-Auto ada dalam perancangan, pengedar yang seakan entah kemana dan sambutan yang hambar di Indonesia mungkin akan menangguh pelancaran di Malaysia buat selamanya.

Faisal

Faisal Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia