window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V vs Perodua Aruz: Mahal lebih bagus?

Haris · Jul 17, 2020 03:34 PM

 

 

Tidak adil rasanya apabila ingin membandingkan Honda BR-V yang dilancarkan pada tahun 2016 dengan Perodua Aruz yang baru sahaja dilancarkan tahun 2019. Macam-macam yang boleh berlaku dalam masa 3 tahun termasuklah pertukaran kerajaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Namun, Honda Malaysia telah mengemaskini Honda BR-V dengan facelift baru tahun 2020. Hal ini bermakna, adalah lebih wajar untuk membandingkan kedua-dua kenderaan 7 tempat duduk ini antara satu sama lain.

 

Berapakah harganya?

 

Honda BR-V mengalami kenaikan harga baru-baru ini akibat daripada trend industri yang semakin membimbangkan. Honda BR-V baharu ini sekurang-kurangnya RM 9,000 lebih mahal daripada model  sebelum ini.

 

Harga bermula dari RM 89,900 untuk Honda BR-V 1.5E dan RM 96,900 untuk varian Honda BR-V 1.5V.

 

Sementara itu, Perodua Aruz bermula dari RM 72,900 dan RM 77,900 (harga asal) untuk varian paling tinggi . Hal ini menjadikan perbezaan antara kedua-dua varian tertinggi model ini berjumlah RM 19,000.

 

Rekaan dalaman

 

Honda BR-V menggunakan warna hitam sebagai latar kemasan dalaman. Namun, penggunaan jahitan berwarna merah memberikan kesegaran untuk pandangan yang asyik melihat warna gelap.

 

Selain itu, Honda selalu mendabik dada kerana Honda BR-V mempunyai kelengkapan 11 pemegang cawan dalam kabinnya. Sebagai perbandingan, Perodua Aruz mempunyai 6 pemegang cawan.

 

Perodua Aruz juga tidak kurang hebatnya, kemasan kulit untuk varian paling tinggi dan yang lebih sesuai dengan rakyat Malaysia, pembaca TnG terbina dalam. Seperti biasa, Perodua menawarkan sebuah ciri yang spesifik untuk rakyat Malaysia.

 

Sistem Infotainment

 

Bagi sistem infotainment, sekali lagi Perodua Aruz datang dengan kelengkapan yang spesifik untuk rakyat Malaysia. Sistem infotainment Perodua Aruz adalah sistem infotainment skrin sesentuh 7 inci dengan sistem navigasi yang memberitahu anda mengenai bayaran tol dan mempunyai fungsi Smartlink untuk telefon Android.

 

Honda BR-V pula hanya menawarkan fungsi tambatan Bluetooth dan handsfree telefon bimbit. Memang jauh berbeza dengan tawaran yang diberikan oleh Perodua Aruz.

 

Ciri keselamatan

 

Sayangnya, Honda BR-V facelift yang baru ini tidak didatangkan dengan penambahan ciri-ciri keselamatan. Honda BR-V masih mempunyai 2 beg udara, bantuan kestabilan Vehicle Stability Assist dan kawalan cengkaman Traction Control System.

 

Lain pula ceritanya dengan Perodua Aruz. Perodua Aruz menawarkan sistem bantuan pemandu ASA 2.0. ASA 2.0 disertakan dengan pakej yang merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

 

Selain itu, Perodua Aruz datang dengan 6 beg udara dan dashcam terbina dalam dengan bantuan kestabilan Vehicle Stability Control dan kawalan cengkaman Traction Control.

 

Ruang dan keselesaan

 

Untuk aspek ini, ternyata Honda BR-V lebih menyinar. Honda BR-V dibina berdasarkan platform sedan dan hatchback, semestinya lebih sedap untuk dibawa. Jarak kelegaan tanah yang agak rendah juga lebih praktikal berbanding Perodua Aruz.

 

Perodua Aruz yang dibina berdasarkan casis ladder frame sememangnya kurang selesa jika dibandingkan dengan Honda BR-V. Untuk pemanduan yang lebih mencabar, Honda BR-V tetap lebih selesa.

 

Tempat duduk baris ketiga juga lebih selesa pada Honda BR-V berbanding Perodua Aruz. Tempat duduk baris ketiga Perodua Aruz lebih kecil dah lebih sesuai untuk anak kecil.

 

Kendalian Pemanduan 

 

Perodua Aruz pada dasarnya adalah Toyota Avanza. Kereta ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter 2NR-VE dual VVT-i petrol menghasilkan 102 PS kuasa kuda dan 133 Nm tork. Cukup untuk menggerakkan Perodua Aruz 

 

Bagi perbandingan, Honda BR-V menggunakan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC yang menghasilkan 120 PS kuasa kuda dan 145 Nm tork, jauh meninggalkan Perodua Aruz.

Hal ini bermakna, pemanduan Honda BR-V lebih lancar dengan lebih penjimatan minyak berbanding Perodua Aruz. Gaya pemanduan BR-V yang berasaskan platform sedan memberikan anda pemanduan yang lebih mirip dengan pemanduan biasa berbanding Honda BR-V yang lebih keras.

 

Kalau nak diikutkan, nilai kedua-dua model ini secara keseluruhan bergantung kepada penggunanya. Jika anda sukakan pemanduan yang lancar, Honda BR-V adalah tawaran yang lebih menarik. Sungguhpun begitu, Perodua Aruz lebih berbaloi lagi-lagi dengan trend pemilikan kereta di Malaysia yang sensitif harga.

 

Oleh itu, adakah yang lebih mahal bermakna ia lebih bagus? Jawapannya mungkin boleh dibincangkan di ruangan komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
Car for sale
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Hassle-free purchasing, get your next car fast!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Not trading-in?   Sell your car