Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi?

Mersita · Jul 15, 2020 01:30 PM

Honda City generasi terkini boleh jadi sebuah sedan Segmen B bukan nasional yang paling berusia dijual di pasaran sekarang. Tapi, kami dapat rasakan yang model ini masih lagi bergetah walaupun ia dianggap veteran.

Sedikit latar belakang

Ia dilancarkan pada tahun 2014 dan model ini diberi naiktaraf pada 2017, dimana ia didatangkan dengan ruang dalaman baharu seperti yang anda boleh lihat di sini.

Honda Malaysia memperkenalkan City Hybrid pada bulan Julai 2017, lebih kurang empat bulan selepas keluaran facelift diperkenalkan.

Apakah enjin-enjin yang ditawarkan?

Varian petrol yang biasa pada Honda City diberi enjin petrol 4 silinder 1.5 liter yang dibawa masuk dan ia menjana 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm pada 4,600 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT yang memacu tayar hadapan.

Setelah itu, datang pula City Hybrid, dimana ia merangkumi enjin petrol 4 silinder 1.5 liter dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan dan sebuah motor elektrik 22 kW – membolehkan penjanaan hasil gabungan sistem sebanyak 137 PS dan 170n Nm.

Betapa praktikalkah Honda City?

Walaupun sudah berusia, tak banyak pesaingnya boleh menandingi tahap kepraktisan Honda City.

Dengan falsafah Honda iaitu Man Maximum, Machine Minimum, ruang dalaman City menawarkan kepraktisan yang terbaik dalam kelasnya dengan ruang penyimpanan yang cukup banyak diletakkan di sekitar kabin. Nak simpan telefon bimbit anda? Jangan risau, kerana City menawarkan lubang ‘cubby’ yang cukup besar di hadapan tombol gearnya.

Malahan pula, City juga menawarkan ruang penyimpanan pada sisi kanan sterengnya – cukup sempurna untuk menyimpan Smart Tag anda.

Adakah Honda City cukup luas?

Honda City juga menawarkan ruang kaki yang terbaik dalam kelasnya – membuatkannya satu pilihan yang ideal bagi penumpang-penumpang berkaki panjang yang duduk di belakang.

Ruang but pula didatangkan dengan kapasiti 536 liter, lebih besar berbanding Toyota Vios (506 liter) dan Nissan Almera (490 liter).

Adakah Honda City kereta yang cukup selamat?

Sejak Honda Malaysia memperkenalkan City yang difacelift pada tahun 2017, semua varian kini tampil dengan kelengkapan kawalan penstabilan sebagai tetapan standard.

Oleh itu, jika anda mahukan kelengkapan penuh 6 beg udara, anda perlu dapatkan City 1.5 V. Varian yang lebih rendah seperti 1.5 S hanya ada 2 beg udara, manakala yang tengah-tengah pula iaitu 1.5 E dan City Hybrid diberi 4 beg udara.

Semua varian City menawarkan titik pemberat ISOFIX pada tempat duduk belakangnya, sensor undur, Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Start Assist (HSA).

Adakah Honda City satu pembelian yang berbaloi dengan harganya?

Disebabkan harga kereta turun sedikit setelah pengecualian SST baru-baru ini, agak sukar untuk menandingi harga berbaloi Honda City – dimana ia menawarkan janaan kuasa terbaik dalam segmennya. Jika varian petrol tidak cukup canggih bagi anda, City Hybrid boleh jadi pilihan yang lebih tepat untuk anda.

Padankan lagi dengan kepraktisan ruang dalamannya yang cemerlang, agak sukar untuk mengalahkan kelengkapan yang ditawarkan oleh City.

Ya, Toyota Vios juga adalah pilihan yang agak baik. Tetapi, ia ada kekurangannya.

Tidak seperti City, Vios tiada ruang udara penghawa dingin di belakang dan janaan kuasa Vios hampir-hampir sama di belakang City. Sistem keselamatannya iaitu Blind Spot Monitoring (BSM) adalah tambahan yang cukup menarik, tetapi bunyi amarannya yang terlalu kerap cukup menjengkelkan. Sekurang-kurangnya, Vios menawarkan 7 beg udara dan kawalan penstabilan pada semua varian.

Oleh itu, walaupun Vios menawarkan kabin yang jauh lebih selesa dan senyap berbanding City, ia tidak seluas ruang kabin City.

Comments