Honda City 2020 serba baru: Harga dan kos servis yang lebih murah berbanding generasi dahulu?

Haris · Oct 15, 2020 06:00 PM

Honda City

Seiring dengan pelancaran Honda City 2020 serba baru, harga rasmi turut diumumkan untuk varian S, E dan V. Walaubagaimanapun, belum ada pengumuman untuk varian paling atas iaitu Honda City RS 2020 dan alasannya boleh di baca di sini.

Jadi, untuk memudahkan 5,000 pembeli yang telah menempah Honda City 2020 lebih awal, di sini kami huraikan anggaran bayaran bulanan dengan kos servis Honda City 2020 serba baru untuk 5 tahun atau jarak perbatuan 100,000 km.

Perbezaan varian, harga dan bayaran bulanan

Perbezaan antara harga sebelum dan selepas tempoh pengecualian cukai boleh dibaca di sini.

Baca rebiu awal kami untuk Honda City RS jika anda berminat dengan varian paling atas. Ketua Editor kami, Hans, telah berpeluang mencuba Honda City RS dalam majlis pandu uji media secara tertutup.

Kos servis / penyelenggaraan Honda City 2020

Tidak tertakluk kepada kos penyelenggaraan Honda City RS kerana enjin i-MMD hibrid memerlukan kos servis yang sedikit berbeza.

Jumlah keseluruhan kos untuk menyelenggara Honda City 2020 serba baru sedikit murah berbanding Honda City 2018 generasi GM6. 

Selepas 6 bulan / 10,000 km (mengikut yang mana satu sampai dulu), minyak enjin akan diganti selain pemeriksaan cecair dan sebarang penapis khas. Pemeriksaan brek juga akan dilakukan.

Minyak transmisi/kotak gear akan ditukar pada tempoh 48 bulan / 80,000 km. Minyak tersebut berharga RM 129.24, termasuk palam pembuang minyak.

Perkhidmatan paling mahal adalah pada tempoh 60 bulan / 100,000 km. Sebilangan besar kos semasa servis major ini adalah disebabkan set palam pencucuh (spark plug) iridium - berharga RM 554.20.

Bagaimana dengan kos tayar?

Bergantung pada citarasa anda, penggunaan tayar adalah berdasarkan rim 15 inci atau 16 inci. Rim 16 inci pada varian RS dan V manakala rim 15 inci digunakan pada varian E dan S.

Ukuran tayar adalah: 185 / 60R15 dan 18 / 60R16.  Sehubungan dengan itu, kami mempunyai beberapa cadangan tayar yang bagus untuk anda. Baca di sini.

Jangan lupa juga kos penukaran bateri. Sediakan RM 190 - RM 250 untuk kos tersebut.

Harga insurans

Harga Insurans Honda City 2020 (anggaran)
Varian Harga (RM)
S 2,208.47
E 2,402.76
V 2,530.09

Harga di atas mengandaikan bahawa pemandu tidak mempunyai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), zero loading dan tidak termasuk liputan tambahan seperti cermin hadapan atau sebagainya.

Anggaran kos penyelenggaraan secara penuh ada di bawah:

Tidak percaya bagaimana Honda Malaysia berjaya mengurangkan harga untuk Honda City 2020 serba baru? Baca mengapa Honda masih mahu melabur di Malaysia ketika pengeluar lain memilih untuk menempatkan semula lokasi mereka.

Comments