Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun

Haris · May 27, 2020 09:01 PM

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 01

Dalam sebuah laporan oleh Creative Trend, model Honda City (dikenali dengan nama Grace) dan Civic sedan bakal dihentikan di Jepun menjelang Ogos.

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 02

Selain itu, Honda juga akan mengurangkan barisan model keretanya di Jepun dengan turut menghentikan Honda Jade, sebuah station wagon yang berasaskan platform Honda Civic generasi ke 9. Ketiga-tiga model tersebut bakal dihentikan pengeluaran dan penjualannya menjelang Ogos.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Honda Civic - Ikon keunggulan industri automotif Jepun yang kian dilupakan

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 01

Kejatuhan Honda Civic di Jepun bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini dapat dilihat melalui strategi pemasaran Honda yang menghentikan penjualan Civic generasi FD pada tahun 2010 tanpa menawarkan generasi FB ke pasaran Jepun. Honda kembali menawarkan Civic dengan generasi FC selepas sepi selama 7 tahun.

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 02

Sungguhpun begitu, langkah ini tidak menjejaskan model Civic Hatchback. Namun begitu, model Civic Hatchback juga berpotensi untuk dihentikan kerana Honda bercadang untuk menghentikan operasi kilangnya di Swindon, UK menjelang tahun 2021. Hal ini kerana model Civic Hatchback yang kini dijual di Jepun sebenarnya diimport dari UK.

Honda City/Grace - Terkenal seantero Malaysia, kurang dikenali di Jepun.

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 03

Berikutan laporan daripada Creative Trend tersebut, Honda juga tidak akan menawarkan versi terbaru Honda City di Jepun menjelang Ogos ini bagi menandakan pengakhiran model tersebut.

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 04

Walaupun Honda City gah di Malaysia, sebaliknya pula yang berlaku di Jepun. Sepanjang 2-3 tahun belakangan ini, Honda City/Grace langsung tidak tersenarai dalam 50 kereta terlaris di Jepun.

Honda Jade - Model lama dengan jualan kurang memberangsangkan

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 05

Honda Jade juga bakal menerima nasib yang sama akibat penjualan Honda Freed yang berada dalam segmen yang sama. Disebabkan itu, Honda Jade hanya mampu terjual kira-kira 200 unit sebulan berbanding Honda Freed yang mampu mencecah 7,000 unit sebulan sahaja.

Honda Jade juga merupakan sebuah model lama yang berasaskan platform Honda Civic generasi ke 9. Hal ini menjadikannya antara model kereta yang agak tua di Jepun.

Tambahan pula, Honda turut menjual model dengan konsep yang sama di Jepun iaitu Honda Shuttle. Honda Shuttle merupakan station wagon yang berasaskan Honda Jazz, lebih kecil berbanding Honda Jade.

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun 06

Adakah langkah ini bakal mempengaruhi Malaysia?

Kita bertuah kerana langkah ini tidak menggugat pasaran Malaysia kerana kedua-dua pasaran Malaysia dan Jepun beroperasi secara berbeza. Satu-satunya model yang diimport ke Malaysia dari Jepun adalah Honda Odyssey yang juga tidak terjejas dengan langkah ini.

Honda City masih lagi merupakan antara model kereta terlaris di Malaysia. Honda Civic pula baru menerima kemas kini. Melalui perspektif ini, Honda City dan Civic masih lagi antara model yang terbaik dalam kelasnya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Honda City 1.5L S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars