Honda City Hatchback 2021 bakal ke Malaysia, pengganti Honda Jazz?

Haris · May 26, 2020 08:00 PM

Honda City Hatchback 2021 bakal ke Malaysia, pengganti Honda Jazz? 01

Anda pasti tertanya-tanya kenapa Honda ingin menggantikan hatchback Jazz dengan City Hatchback ni, betul tak? Honda City hatchback bukanlah sesuatu yang asing (baca: Honda Jazz) akan tetapi, persoalannya lebih kepada posisi Honda City Hatchback baru ini dalam keseluruhan barisan produk Honda.

Dalam usaha menambah portfolio model keretanya, Honda telah mengklasifikasikan kedua-dua Honda Jazz dan Honda City hatchback terbaru ini dalam segmen yang sama.

Honda City Hatchback 2021 bakal ke Malaysia, pengganti Honda Jazz? 02

Tetapi laporan Autocar India mempunyai berita yang sebaliknya, di mana kedua-dua model ini tidak akan bersaing dalam pasaran yang sama. Malahan, Honda City Hatchback lebih disasarkan ke pasaran yang berlainan berbanding Honda Jazz

Honda City Hatchback 2021 bakal ke Malaysia, pengganti Honda Jazz? 03

Selain daripada pasaran Asia Tenggara, Honda City Hatchback juga disasarkan ke pasaran negara-negara membangun seperti Brazil dan Amerika Selatan.

Honda City Hatchback 2021 bakal ke Malaysia, pengganti Honda Jazz? 04

Hal ini kerana Honda Jazz dibina mengikut kesesuaian pasaran negara-negara maju seperti Eropah dan Jepun.

Toyota juga melaksanakan strategi yang sama untuk model Yaris. Yaris yang dijual di Eropah dan Jepun adalah berbeza dengan Yaris yang dijual di rantau ini, China dan Amerika Selatan.

Honda City Hatchback 2021 bakal ke Malaysia, pengganti Honda Jazz? 05

Namun apa yang lebih menarik lagi berdasarkan laporan tersebut, Honda City Hatchback bakal menggantikan Honda Genia di China. Disamping itu, kami turut mendapat maklumat bahawa Honda Jazz juga akan ditawarkan di China. Ini bermakna, China akan menawarkan kedua-dua model tersebut, tetapi langkah ini sudah menjadi kebiasaan bagi pasaran yang besar seperti China.

Honda City Hatchback 2021 bakal ke Malaysia, pengganti Honda Jazz? 06

Di tanah air kita pula, sedan Honda City terbaru masih lagi dinanti-nantikan. Pelancaran model ini dikhabarkan ditangguh hingga ke hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars