Honda Jazz: Sistem infotainment yang gagal

Haris · Jun 1, 2020 02:00 PM

Honda Jazz: Sistem infotainment yang gagal 01

Antara hatchback terbaik dalam segmen B sudah tentulah Honda Jazz. Praktikal, luas dan jimat petrol menjadi antara kekuatan Honda Jazz beserta saiz kompak yang sesuai dengan pemanduan dalam bandar. Pun begitu, terdapat satu isu kecil yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa sekiranya anda memilih untuk memiliki Honda Jazz. Isu tersebut adalah sistem infotainment yang kurang bermutu.

Ketika Honda Jazz dikemas kini pada tahun 2017, skrin sesentuhnya dikecilkan (dari 7 inci ke 6.8 inci) seolah-olah sistem tersebut diturun taraf berbanding versi terdahulu.

Honda Jazz: Sistem infotainment yang gagal 02

Skrin sesentuh ‘terbaru’ itu juga terasa kurang intuitif. Anda mestilah fokus ketika menekan butang skrin. Hal ini kerana apabila anda menekan butang dengan kurang tepat, sistem tersebut gagal menerima input anda.

Tambahan pula, imej grafik pada head unit sistem infotainment tersebut kurang jelas. Sebagai perbandingan, head unit sistem infotainment Perodua Bezza jauh lebih jelas dengan lebih paparan maklumat. Lebih memburukkan keadaan, posisi head unit nya juga diletakkan pada darjah yang kurang sesuai. Sekiranya anda memandu pada waktu matahari terik, bacaan pada head unit tersebut sukar dibaca kerana ia memantulkan cahaya matahari.

Honda Jazz: Sistem infotainment yang gagal 03

Paparan antara muka sistem tersebut pula berbentuk segi enam serta diletakkan pada posisi yang kurang ergonomik tanpa fungsi jam. Terdapat juga sedikit sela masa ketika meneroka tetapan yang ada sepertimana yang anda alami apabila menggunakan telefon pintar lama.

Antara sambungan yang ditawarkan adalah sambungan bluetooth, USB dan juga HDMI. Secara realitinya, sambungan HDMI memang jarang digunakan oleh mana-mana pengguna.

Honda Jazz: Sistem infotainment yang gagal 04

Sambungan USB nya pula tidak boleh mengecas telefon pintar disebabkan arus elektriknya yang rendah. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengecas telefon, anda tidak boleh menambat telefon ke sistem infotainment melalui sambungan USB.

Kedudukan port USB nya juga terletak pada posisi yang agak kekok iaitu di sebelah bawah kanan skrin. Akibatnya, tiada tempat meletak telefon yang sesuai apabila anda ingin menambat telefon anda melalui sambungan USB.

Honda Jazz: Sistem infotainment yang gagal 05

Akhir sekali, sistem audio Honda Jazz juga kurang memuaskan. Kalau hendak dibandingkan dengan pencabar lain yang berumur seperti Mazda 2 atau Volkswagen Polo MK5, ternyata sistem infotainment Honda Jazz terasa kuno. Manakan tidak, kedua-dua pencabarnya mempunyai fungsi sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tetapi tidak pada Honda Jazz.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars