Honda Malaysia akan memanggil semula lebih 55,000 unit kereta akibat masalah fuel pump

Haris · Jun 18, 2020 05:18 PM

Honda Malaysia mengumumkan akan memanggil semula produk Honda yang melibatkan 55,354 unit kenderaan Honda untuk menggantikan fuel pump sebagai langkah berjaga-jaga, sejajar dengan langkah panggilan semula yang dilakukan Honda secara global.

Honda Malaysia meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan kepada pelanggan yang terjejas. Honda turut memberi penekanan bahawa semua model pengeluaran tahun 2020 tidak terjejas dalam penarikan semula produk ini.

Sehingga hari ini, tiada sebarang kemalangan atau kecelakaan yang disebabkan oleh isu ini telah dilaporkan di Malaysia.

Model-model yang terlibat adalah Honda Accord, Honda BR-V, Honda City, Honda City (Hibrid), Honda Civic, Honda CR-V, Honda HR-V, Honda HR-V (Hibrid), Honda Jazz, Honda Jazz (Hibrid).

Penggantian fuel pump yang terjejas adalah percuma dan semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok penggantian akan diperolehi secara berperingkat.

Jika anda salah seorang pemilik kereta Honda, anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai panggilan semula produk ini dengan menghubungi mana-mana peniaga sah Honda ataupun layari laman web Honda untuk memeriksa status kenderaan anda.

*Talian bebas tol Honda masih dikemaskini ketika artikel ini ditulis

Comments