Hyundai Kona: SUV segmen B dari Korea bakal dilancarkan di Malaysia pada suku keempat 2020!

Faisal · Aug 27, 2020 12:41 AM

Dengan beberapa intipan yang sudah kelihatan baru-baru ini, Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) akhirnya mengesahkan bahawa pelancaran Hyundai Kona akan berlangsung pada suku ke-4 2020.

Hyundai juga telah membuka tempahan untuk model ini bermula 27hb Ogos di mana-mana bilik pameran Hyundai di seluruh negara.

Hyundai Kona akan didatangkan sebagai model CBU dari kilang mereka di Ulsan, Korea Selatan. SUV kompak ini akan berada di bawah model Tucson dan Santa Fe dalam barisan SUV Hyundai di Malaysia.

Antara ciri utama yang akan didatangkan pada Hyundai Kona ialah:

  • Reka bentuk dan pilihan warna yang menyerlah dan moden dipadankan dengan warna bumbung yang serasi
  • Lampu DRL dan lampu jenis LED di hadapan dan belakang
  • Tema kabin yang menyerlah terutama warna pada jahitan di bahagian stereng dan kerusi yang dipadankan dengan sentuhan warna pada tali pinggang
  • Skrin sistem infotainment 7 inci yang mempunyai sokongan Apple CarPlay/Android Auto
  • Kelengkapan sistem keselamatan Hyundai SmartSense
  • Paparan Heads-up Display (oleh skrin yang terbuka)
  • Pengecas telefon jenis wireless

Hyundai Kona adalah SUV segmen B yang bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, dan Proton X50 yang akan datang.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Hyundai pada 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my ke bilik pameran yang berdekatan.

Comments