Hyundai Santa Fe 2021 baharu, lampu jadi tumpuan

Mersita · Jun 05, 2020 10:15 AM

Hyundai Motor telah melancarkan Hyundai Santa Fe 2021 yang baharu untuk tatapan dunia. SUV rekaan sporty tersebut jelas menunjukkan dedikasi Hyundai dalam memperbaharui penampilan mereka, terutamanya bahagian lampu kereta selepas pelancaran Hyundai Sonata dan Hyundai Elantra.

Pada bahagian hadapan, Santa Fe kini menampilkan gril yang mendominasi hampir keseluruhan muka SUV tersebut. Grilnya yang berbentuk berlian adalah salah satu ciri yang boleh dibanggakan, tetapi elemen yang paling menarik perhatian ramai adalah lampunya yang serba moden. Lampu hadapan kereta ini tersulam rapi dengan grilnya, hampir memberi efek ‘mata sepet’ yang unik lagi moden pada kereta ini.

Seperti yang dipaparkan sebelum ini, Santa Fe akan menonjolkan bentuk daytime running lights (DRL) yang baharu, hampir sama rupanya dengan lampu hadapan Thor hammer pada sebuah jenama kereta Sweden. Pendapat kami pula? Bentuknya seperti keris.

Dari bahagian sisi pula, pereka di Hyundai telah menaikkan lagi lengkungan roda bagi menonjolkan tayar 20 inci bergaya SUV ini. Rodanya melengkapkan penampilan keseluruhan bahagian sisi kereta ini dengan rim 7 jejari yang mengagumkan.

Walaupun ini hanyalah satu facelift, Hyundai telah mereka semula SUV ini secara menyeluruh untuk menyesuaikannya dengan powertrain hibrid baru yang lain. Walaupun inilah fokusnya, Hyundai berjaya meluaskan lagi bahagian dalaman Santa Fe ini berbanding sebelum ia di-facelift.

Oleh itu, Santa Fe baharu ini menjanjikan keselesaan dan kemudahan bagi pengguna jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Hyundai juga telah memastikan yang semua butang-butang fungsi disusun secara ergonomik bagi keselesaan semua yang menaiki kenderaan ini.

Selain itu, Santa Fe baharu ini juga didatangkan dengan gear shift shift-by-wire baharu yang dibolehpakai dengan enjin hibrid yang dipadatkan dalam keluaran ini. Tetapi, kami juga tidak menyangkal yang ia akan didatangkan lagi dengan opsyen enjin petrol dan diesel.

Ciri-ciri lain yang baru pada konsolnya juga termasuklah pemilih Terrain Mode baharu yang membolehkan pemandu untuk mengoptimasikan sepenuhnya tetapan HTRAC All-Wheel-Drive (AWD) berserta paparan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci.

Comments