Imbau Kembali: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, sentuhan R3 yang terakhir

Faisal · Sep 1, 2020 11:55 AM

Imbau Kembali: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, sentuhan R3 yang terakhir 01

Selain Proton Saga, Proton Satria juga merupakan ikon dalam jenama Proton. Ia telah wujud dari tahun 1994 hingga 2015.

Sewaktu zaman kegemilangan Proton R3 (Race, Rally, Research), mereka telah membangunkan beberapa model terhad yang mempunyai keutuhan jiwa adrenalin.

Kenderaan terakhir yang menerima pembangunan daripada R3 ialah Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition. Hanya 25 unit sahaja yang dikeluarkan, dengan harga yang agak padu: RM 115,000. Untuk maklumat anda, Honda Civic 1.8 mempunyai harga yang sama ketika itu.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Walaupun berharga dua kali ganda daripada Satria Neo CPS, ia tidak menghalang peminat untuk mendapatkan hot hatch edisi terbaru daripada Proton R3 ini.

Pada bahagian luar, Satria Neo R3 Lotus Racing Edition memiliki warna Lotus Racing Green untuk menyambut penglibatan Proton dengan Lotus Racing dalam Formula One ketika itu. Sentuhan jalur kuling melengkapkan lagi rupa paras Satria Neo yang istimewa ini.

Imbau Kembali: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, sentuhan R3 yang terakhir 01

Selain itu, ia mengenakan roda Advanti 16 inci dengan saiz 205/45 R16, bampar R3 dengan reka bentuk yang lebih ganas, dan fender hadapan dengan bahan fibre-reinforced plastic (FRP).

Pada bahagian kabin, ia mempunyai kerusi kulit jenis Nappa dengan lencana Lotus Racing, sentuhan warna hijau, dan tombol gear R3 dengan kemasan aluminium.

Imbau Kembali: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, sentuhan R3 yang terakhir 02

Dengan 1,150 kg, hot hatch Proton edisi Lotus Racing ini 62 kg lebih ringan daripada Satria Neo CPS.

Dalam aspek tren kuasa, Proton R3 memberikan talaan pada enjin 1.6 liter aspirasi natural CamPro CPS. Ia menghasilkan 147 PS @ 7,000 rpm dan 168 Nm tork @ 5,000 rpm yang dipacukan ke roda hadapan melalui transmisi 5-kelajuan manual.

Imbau Kembali: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, sentuhan R3 yang terakhir 03

Angka ini tidaklah begitu hebat pada zaman sekarang namun sebagai perbandingan, enjin 1.8 liter 4-silinder 1ZZ-FE pada Lotus Elise S2 menghasilkan 122 PS dan 165 Nm tork.

Antara komponen yang digunakan oleh Proton R3 untuk menghasilkan lebih daya kuasa ialah:

  • Proton R3 Engine Management System
  • Proton R3 Camshafts with Adjustable Alloy Cam
  • Proton R3 Alloy underdrive pulleys
  • Proton R3 Titanium Headers
  • Proton R3 Tuned Exhaust System
  • Proton R3 Carbon Fibre Air Intake with K&N Filter

Kami belum berkesempatan untuk memandu uji tetapi anda boleh ikuti rumusan oleh Adian Yein, pengasas Malaysia Speed Festival (MSF) mengenai pengalaman beliau dengan kereta ini sewaktu ia dikeluarkan 10 tahun yang lalu.

Kenderaan ini merupakan saat kegemilangan dalam kerjasama Proton dan R3. Sejak edisi ini, R3 tidak memberikan sentuhan kepada model Proton yang lebih baharu. Dengan itu, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition kekal istimewa dalam sejarah Proton.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Honda City Hatchback International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars